Pages

Monday 12 December 2016

: : ANJURAN DATANG AWAL KE MASJID : :

ANJURAN DATANG AWAL KE MASJID UNTUK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT


1. Orang Yang Datang Paling Awal Seolah-Olah Berkorban Seekor Unta

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda,

“Barangsiapa mandi pada hari Jumaat sebagaimana mandi junub kemudian berangkat pada waktu yang pertama, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta. Barangsiapa yang berangkat pada waktu kedua, maka seolah-olah dia berkorban seekor lembu. Barangsiapa yang berangkat pada waktu ketiga, maka seolah-olah dia berkorban seekor kambing bertanduk. Barangsiapa yang berangkat pada waktu keempat, maka seolah-olah dia berkorban seekor ayam. Barangsiapa berangkat pada waktu kelima, maka seolah-olah dia berkorban sebutir telur. Jika imam telah hadir, maka para malaikat hadir mendengar zikir (khutbah).

Diriwayatkan oleh Malik, al-Bukhari dan Muslim.

2. Orang Yang Hadir Setelah Imam Duduk Untuk Berkhutbah Tidak Termasuk dalam Catatan Malaikat

Di dalam riwayat lain,

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda,

“Di setiap pintu dari pintu-pintu masjid pada hari Jumaat terdapat dua malaikat yang menulis orang yang hadir pertama sekali (paling awal) dan yang berikutnya; seperti orang yang berkorban seekor unta, seperti orang yang berkorban seekor lembu, seperti orang yang berkorban seekor kambing, seperti orang yang berkorban seekor burung, dan seperti orang yang berkorban sebutir telur. Jika imam duduk maka buku catatan ditutup.

Diriwayatkan oleh Malik, al-Bukhari dan Muslim.

Sumber: Shahih At-Targhib wa At-Tarhib

Wednesday 24 August 2016

: : Anjuran Menundukkan Pandangan : :

Anjuran Menundukkan Pandangan


1. Tiga golongan yang mata mereka tidak melihat neraka

Dari Mu’awiyah bin Haidah r.a, ia berkata, Rasulullah saw bersabda,

“Ada tiga golongan yang mata mereka tidak melihat neraka, yaitu mata yang berjaga-jaga di jalan Allah, mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang menahan diri dari melihat perkara yang diharamkan Allah.”

Hadis riwayat at-Thabrani

2. Sesiapa yang menjamin 6 perkara, Rasulullah saw menjamin syurga untuknya

Dari Ubadah bin ash-Shamit r.a, bahawasanya Nabi saw telah bersabda,

“Jaminkanlah untukku enam hal dari diri kalian, nescaya aku menjamin syurga untuk kalian, yaitu jujurlah apabila kalian berbicara, tepatilah apabila kalian berjanji, laksanakanlah amanah apabila kalian diberi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkanlah pandangan mata kalian dan tahanlah kedua tangan kalian.”

Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan al-Hakim

3. Pesanan Rasulullah saw terhadap Ali r.a berkenaan pandangan pertama

Dari Buraidah, ia menuturkan, Rasulullah saw telah bersabda kepada Ali r.a,
“Wahai Ali, jangan engkau ikuti pandangan dengan pandangan berikutnya, kerana sesungguhnya milikmu hanyalah yang pertama, sedangkan yang kedua bukan milikmu.”

Hadis riwayat at-Tirmidzi

4. Setiap anggota badan manusia ada bahagian zinanya, sementara kemaluanlah yang membenarkan atau mendustakannya

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw, beliau telah bersabda,

“Telah ditetapkan atas manusia bahagiannya dari zina, ia pasti melakukannya, tidak boleh tidak. Dua mata zinanya adalah memandang, dua telinga, zinanya adalah mendengarkan, lisan, zinanya adalah membicarakan, tangan, zinanya adalah memegang, dan kaki, zinanya adalah melangkah, sedangkan hati berkeinginan dan mendambakan, dan semua itu dibenar oleh kemaluan atau didustakannya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

5. Pertanyaan terhadap pandangan tiba-tiba (terpandang)

Dari Jarir r.a, ia menuturkan,

“Saya pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang pandangan secara tiba-tiba. Beliau lalu menjawab, ‘Palingkan pandanganmu’.”

Hadis riwayat Muslim

6. Syaitan sentiasa mengoda pandangan manusia

Dari Abdullah, yakni Ibnu Mas’ud r.a, ia berkata,

“Dosa akan menutupi hati dan tidak ada satu pandangan pun melainkan syaitan sentiasa mempunyai cita-cita (menggoda) padanya.”

Hadi diriwayatkan oleh al-Bahaiqi secara mauquf.

7. Hindarilah menjumpai wanita secara sendirian

Dari Uqbah bin Amir r.a, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda,

“Awas, hindarilah masuk kepada (menjumpai) perempuan.” Salah seorang dari kaum Ansar bertanya, “Bagaimana dengan ipar?” Beliau bersabda, “Ipar itu (dapat menyebabkan) kebinasaan.”

Hadis riwayat oleh al-Bukhari dan Muslim

8. Orang ketiga adalah syaitan

Nabi saw bersabda,

“Tidaklah seorang laki-laki berdua-duaan dengan seorang perempuan melainkan syaitan adalah yang ketiganya.”

Hadis riwayat at-Tirmidzi

9. Jangan berdua-duaan melainkan dengan mahram

Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda,

“Jangan sekali-kali seorang di antara kalian berdua-duaan dengan seorang perempuan kecuali disertai mahram.”

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim

10. Ditusuk besi lebih baik daripada menyentuh wanita

Dari Ma’qil bin Yasar r.a, dia menuturkan, Rasulullah saw bersabda,

“Sungguh ditusukkan satu jarum besi ke kepala salah seorang di antara kalian itu lebih baik baginya daripada ia menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”


Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dan al-Baihaqi.

Sumber: Shahih At-Targhib wal At-Tarhib

Sunday 31 July 2016

: : Yaumul Azan : :

Yaumul Azan
Oleh: TG Hj Nik Abdul Aziz


Hari akhirat juga disebut yaumul azan iaitu hari seruan (azan). Diriwayatkan, seorang alim bernama Towus pergi berjumpa khalifah yang bernama Hisyam bin Abdul Malik, di zaman Hajjaj as-Saqafi menjadi gabenornya. Lalu tuan guru bernama Towus itu berkata kepada khalifah Hisyam, “Wahai khalifah, hendaklah kamu merasa gerun kepada suatu hari yang diberi nama Yaumul Azan.”

Lalu Khalifah Hisyam bin Abdul Malik bertanya kepada Towus, “Apakah yang dimaksudkan Yaumul Azan itu?” Lalu Thowus membacakan firman Allah swt surah Al-A'raf, surah ke 7 ayat 44:

Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim". [Al-Quran 7:44].

Azan yang dilaungkan oleh malaikat itu bukan azan yang menyeru Haiya ‘alas Solah, Haiya ‘alal Falah, sebaliknya azan itu berbunyi An La’natullah ‘Alaz Zolimin yang bermaksud; ‘Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim’. Mendengar penjelasan itu Khalifah Hisyam bin Abdul Malik jatuh pengsan.

Apabila Thowus melihat Khalifah Hisyam bin Abdul Malik pengsan, Towus berkata, “Khalifah Hisyam bin Abdul Malik ini pengsan hanya sekadar mendengar firman Allah mengenai Yaumul Azan, beliau belum lagi melihat hari kiamat yang bernama Yaumul Azan.”

Demikianlah seorang khalifah yang beriman kepada Allah swt dan juga hari akhirat. Seorang khalifah yang menjalankan pemerintahannya berdasarkan hukum dan syariat Allah swt, sangat mudah menerima teguran ataupun nasihat daripada kalangan ulama. Beliau sedia mendengar sebarang nasihat yang ditujukan kepadanya, lebih-lebih lagi nasihat yang dibacakan kepadanya itu adalah daripada Al-Quran.

Sumber: Bertemu Janji Allah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...