Oleh: Dr Zakir Naik
Konsep Tuhan bagi Agama Islam
Islam merupakan sebuah agama samawi yang mempunyai
pengikut di seluruh dunia melebihi 1 bilion. Islam bermaksud ‘Tunduk dan Patuh pada perintah Allah’.
Orang Islam menerima Al-Quran sebagai kata-kata Allah swt yang diturunkan kepada
nabi yang terakhir dan penutup bagi sekalian nabi iaitu Nabi Muhammad saw.
Islam menyatakan bahawa Allah swt telah menghantar nabi dan rasul pada setiap zaman dengan membawa mesej tentang “Tuhan yang Maha Esa” dan kebertanggungjawaban pada hari akhirat. Justeru, Islam menerima dan percaya terhadap rasul yang telah diturunkan sebelum ini yang bermula dengan Nabi Adam a.s, diikuti Noh a.s, Ibrahim a.s, Ismail a.s dan lain-lain lagi.
Definisi Tuhan
Definisi tuhan yang paling ringkas dan padat dalam Islam
telah diberikan oleh empat ayat yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas (surah yang
ke-112) iaitu:
1. “Katakanlah: Dia lah Allah Yang Maha Esa.”
2. “Allah adalah
Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.”
3. “Dia tidak
beranak dan tidak diperanakkan.”
4. “Dan tidak ada seorang pun yang sama dengan Dia”
[Al-Quran 112:1-4]
Perkataan “As-Samaad”
dalam ayat yang ke-2 surah Al-Ikhlas sukar untuk diterjemahkan. Ia bermaksud “Kewujudan Mutlak” (absolute existence) yang mana hanya
merujuk kepada Allah (swt). Semua kewujudan yang lain selain daripada Allah swt
adalah sementara dan bergantung pada keadaan. Ia juga bermaksud Allah swt tidak
bergantung pada sesiapa atau sesuatu apa pun, tetapi segala sesuatu adalah
bergantung pada Allah swt.
Surah Al-Ikhlas-
Ujian bagi Teologi (The Touchstone of
Theology)
Surah Al-Ikhlas (surah ke-112) dalam kitab suci Al-Quran
merupakan ujian bagi teologi. ‘Teo’ adalah daripada perkataan ‘Greek’ yang
bermaksud Tuhan manakala ‘logi’ bermaksud kajian. Oleh itu, teologi bermaksud
Kajian terhadap Tuhan. Bagi orang Islam, empat ayat yang terdapat dalam Surah
Al-Ikhlas tersebut merupakan ujian atau kayu ukur bagi kajian terhadap Tuhan.
Mana-mana calon yang ingin menjadi ‘Tuhan’ mesti tertakluk kepada ‘Ujian Asid’ ini. Oleh kerana sifat-sifat bagi Allah swt Tuhan yang Maha Kuasa telah diberikan oleh surah ini, maka tuhan palsu dan hipokrit dapat dikenali dan disingkirkan dengan mudah melalui surah ini.
Mana-mana calon yang ingin menjadi ‘Tuhan’ mesti tertakluk kepada ‘Ujian Asid’ ini. Oleh kerana sifat-sifat bagi Allah swt Tuhan yang Maha Kuasa telah diberikan oleh surah ini, maka tuhan palsu dan hipokrit dapat dikenali dan disingkirkan dengan mudah melalui surah ini.
Apakah yang
dikatakan oleh Islam berkenaan ‘Tuhan-Manusia’
India biasanya dikenali sebagai tempat ‘Tuhan-Manusia’.
Ini disebabkan oleh kelimpahan Guru-Guru Kerohanian di India. Kebanyakan ‘Babas’
dan ‘Saint’ (guru-guru kerohanian) ini mempunyai ramai pengikut di serata
dunia. Untuk memahami pendirian Islam terhadap tuhan palsu ini, mari kita
analisa salah satu contoh ‘Tuhan-Manusia’ iaitu Osho Rajneesh.
Mari kita letak calon ‘Baghwan’ (Osho) Rajneesh untuk diuji
menerusi Surah Al-Ikhlas, ujian bagi teologi.
i. Kriteria atau ujian yang pertama adalah “Katakanlah: Dia lah Allah (Tuhan) Yang
Maha Esa.”
Adakah Rajneesh adalah satu (Maha Esa)? Tidak! Rajneesh
merupakan salah satu daripada pelbagai Guru Kerohanian yang dihasilkan oleh
India. Sesetengah pengikut Rajneesh mungkin masih lagi berpegang bahawa
Rajneesh adalah satu.
ii. Kriteria atau ujian yang kedua adalah“Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu.”
Kita tahu bahawa daripada biografi Rajneesh dia telah
mengalami penyakit diabetes, asma dan sakit belakang yang kronik. Dia
mengatakan bahawa kerajaan Amerika telah memberikan racun yang bertindak secara
perlahan sewaktu berada di dalam penjara. Bayangkan ‘Tuhan’ diracun! Justeru
Rajneesh bukan tempat bergantung segala sesuatu.
iii. Kriteria atau ujian yang ketiga adalah “Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.”
Kita tahu bahawa Rajneesh telah dilahirkan di Jabalpur,
India yang mempunyai ibu dan bapa yang juga merupakan pengikutnya.
Dalam bulan Mei tahun 1981, dia telah berangkat ke
Amerika dan menubuhkan sebuah Bandar yang dipanggil ‘Rajneeshpuram’. Dia
kemudian didapati bersalah oleh Barat dan akhirnya ditangkap dan buang keluar
dari negara tersebut.
Selepas itu, dia kembali semula ke India dan mula
membentuk perkampungan di Pune yang mana dikenali sebagai perkampungan ‘Osho’.
Rajneesh meninggal pada tahun 1990. Para pengikut Rajneesh percaya bahawa dia
Tuhan yang Maha Kuasa. Di perkampungan ‘Osho’, Pune, seseorang boleh melihat
satu tulisan pada batu nisannya.
“Osho- Never
Born, Never Died; Only visited the Earth Planet between 11th
December 1930 to 19th January 1990”
yang bermaksud:
“Osho- tidak
pernah dilahirkan, tidak pernah mati; hanya melawat planet bumi dari 11th
Disember 1930 hingga 19th Januari 1990”
Mereka lupa untuk memberitahu bahawa dia tidak diluluskan
pemberian visa bagi 21 buah negara di seluruh dunia. Bayangkan ‘Tuhan’ melawat
bumi memerlukan visa untuk masuk ke sesebuah negara! Archbishop Greece pernah
berkata jika Rajneesh tidak diusir, nescaya mereka akan membakar rumahnya dan
juga para pengikutnya.
iv. Kriteria
atau ujian yang keempat yang merupakan ujian yang paling getir adalah “Dan tidak ada seorang (sesuatu) pun yang
sama dengan Dia”.
Selagi kita mampu untuk membayangkan dan membandingkan
tuhan dengan sesuatu, maka calon ‘Tuhan’ tersebut adalah bukan tuhan. Ia adalah
mustahil untuk membayangkan Tuhan yang Maha Esa. Kita sedia maklum bahawa
Rajneesh merupakan manusia, ada dua biji mata, ada dua telinga, satu mulut dan
juga janggut putih. Banyak gambar-gambar dan juga poster Rajneesh yang boleh
didapati.
Selagi mana kita mampu untuk membayangkan sesuatu
(entiti) dengan gambaran mental kita, maka sesuatu (entiti) itu bukan tuhan.
Ramai yang cuba untuk membuat perbandingan ‘Antropomorfik’ terhadap Tuhan. Sebagai
contoh, Arnold Schwarzenegger, seorang ahli bina badan dan juga artis Hollywood
yang terkenal, yang pernah memenangi gelaran Mr. Universe iaitu orang yang
terkuat di dunia. Katakanlah, seseorang berkata Tuhan yang Maha Kuasa itu
adalah 1,000 kali ganda lebih kuat berbanding Arnold Schwarzenegger atau King
Kong.
Samada 1,000 atau 1,000,000 kali ganda lebih kuat, ia gagal untuk melepasi Kriteria Surah Al-Ikhlas iaitu “Dan tidak ada seorang pun yang sama dengan Dia”.
Samada 1,000 atau 1,000,000 kali ganda lebih kuat, ia gagal untuk melepasi Kriteria Surah Al-Ikhlas iaitu “Dan tidak ada seorang pun yang sama dengan Dia”.
Oleh yang demikian, sesiapa pun tidak akan dapat melepasi
‘Ujian Asid’ (kayu ukur) ini melainkan Allah swt.
Ayat yang berikutnya di dalam Al-Quran menyampaikan mesej
yang sama iaitu:
“Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedangkan Dia
dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah
Yang Maha Halus, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya.”
[Al-Quran 6:103]
Tuhan tidak akan
bertukar menjadi manusia
Sesetengah orang mungkin berhujah bahawa Tuhan
sememangnya tidak bertukar menjadi manusia, tetapi hanya menjelma dalam bentuk
manusia. Jika Tuhan sekadar menjelma dalam bentuk manusia dan tidak bertukar
menjadi manusia, maka Tuhan seharusnya tidak memiliki kualiti seperti manusia.
Kita tahu bahawa semua ‘Tuhan-Manusia’ memiliki kualiti
dan kekurangan yang sama seperti manusia. Mereka semua perlu kepada tidur,
makan, minum dan sebagainya sama seperti keperluan manusia yang lain.
Justeru, secara logik menyembah Tuhan dalam bentuk
manusia adalah satu kesilapan, oleh itu ianya perlu ditegah dalam apa jua
bentuk dan cara sekalipun. Sebab itulah Al-quran telah memberi tentangan kepada
semua bentuk Anthropomorphism. Kitab
suci Al-Quran menyatakan di dalam Surah As-Syuraa ayat ke 11 yang bermaksud:
“.. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan
pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat”
[Al-Quran 42:11]
Tuhan tidak akan
melakukan perkara yang bukan bersifat ketuhanan
Oleh kerana Tuhan merupakan sumber bagi Keadilan, Kasih
Sayang dan Kebenaran, maka sifat-sifat kejahatan adalah tidak layak bagi Tuhan.
Tuhan tidak melakukan perkara-perkara yang bukan bersifat ketuhanan. Justeru,
kita tidak boleh membayangkan bahawa Tuhan berbohong, berlaku tidak adil
(zalim), melakukan kesilapan, atau mempunyai sebarang kelemahan seperti
manusia.
Tuhan boleh bertindak melakukan ketidakadilan jika Dia
memilih untuk melakukan perkara tersebut, tetapi Tuhan tidak akan melakukannya
kerana ketidakadilan merupakan perkara yang bukan bersifat ketuhanan. Al-Quran
menyatakan dalam Surah An-Nisa ayat ke 40:
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (berlaku tidak adil
terhadap seseorang) sekalipun seberat zarah. Dan kalaulah (amal yang seberat
zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari
sisiNya, pahala yang amat besar”
[Al-Quran 4:40]
Tuhan boleh untuk berlaku tidak adil jika Dia mahu,
tetapi sekiranya Tuhan berlaku tidak adil maka Ia tidak layak menjadi Tuhan.
Tuhan tidak akan
melakukan kesilapan
Tuhan boleh untuk melakukan kesilapan jika Dia mahu.
Tetapi Tuhan tidak akan melakukan kesilapan, kerana melakukan kesilapan adalah
bukan sifat atau perbuatan bagi Tuhan.
“…Tuhanku tidak akan salah (silap) ...”
[Al-Quran 20:52]
Sekiranya Tuhan melakukan kesilapan, maka Dia tidak layak
menjadi Tuhan.
Tuhan tidak akan
lupa
Tuhan boleh lupa jika Dia mahu berbuat demikian. Tetapi
Tuhan tidak akan lupa tentang apa sahaja kerana perbuatan lupa merupakan bukan
sifat bagi Tuhan.
Mesej yang sama di dalam Al-Quran yang menyebut:
“..Tuhanku tidak akan salah (silap) dan tidak (pula) lupa”
[Al-Quran 20:52]
Tuhan hanya
melakukan perbuatan (perkara) yang bersifat Ketuhanan sahaja
Konsep Ketuhanan dalam Islam adalah Tuhan Maha Kuasa ke
atas tiap-tiap sesuatu. Al-Quran menyatakan di dalam beberapa ayat, antaranya
[Al-Quran 2:106; 2:109; 2:284; 3:29; 16:77; dan 35:1]
“Sesungguhnya Allah Maha Kuasa ke atas tiap-tiap sesuatu”
[Al-Quran 2:106; 2:109; 2:284; 3:29; 16:77; dan 35:1]
Selanjutnya, Al-Quran menyatakan di dalam Surah Al-Buruj
ayat ke 16:
“Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya”
[Al-Quran 85:16]
Kita mesti ingat bahawa Allah hanya berkehendak atau
berkeinginan melakukan perkara yang bersifat ketuhanan sahaja dan bukan perkara
yang tidak bersifat ketuhanan.
Falsafah
Antropomorfisme
Kebanyakan agama percaya, secara langsung atau tidak
langsung menerusi falsafah Antropomorfisme, bahawa ‘Tuhan Boleh Menjadi Manusia’. Pendirian dan pandangan ini wujud
disebabkan mereka percaya bahawa, Tuhan Yang Maha Kuasa, tidak dapat menyedari
dan menyelami kelemahan dan perasaan manusia melainkan Tuhan sendiri turun ke
bumi sebagai manusia bagi menetapkan peraturan-peraturan untuk umat manusia.
Pemikiran logik yang mengelirukan ini, telah menipu berjuta-juta manusia yang tidak terkira banyaknya sepanjang zaman. Marilah sama-sama kita menganalisis hujah ini dan melihat sama ada ianya mempunyai alasan yang kukuh.
Pemikiran logik yang mengelirukan ini, telah menipu berjuta-juta manusia yang tidak terkira banyaknya sepanjang zaman. Marilah sama-sama kita menganalisis hujah ini dan melihat sama ada ianya mempunyai alasan yang kukuh.
Pencipta
Menyediakan Manual Arahan (Buku Panduan)
Katakan saya mengeluarkan perakam kaset video (VCR/Video
Cassette Recorder ). Adakah saya perlu menjadi VCR untuk mengetahui apa yang
baik atau apa yang buruk bagi VCR? Apa yang perlu saya buat adalah menyediakan
manual arahan, saya tidak perlu menjadi VCR untuk mengetahui baik dan buruk
tentang VCR.
Saya akan menulis arahan: “Jika hendak menonton video, masukkan kaset dan tekan butang ‘Play’. Jika hendak mempercepatkan tayangan tekan butang ‘FF’ (Fast Forward). Jangan jatuhkan dari tempat tinggi, jika tidak ia rosak. Jangan biarkan terkena pada air, jika tidak ia rosak.”
Saya akan menulis arahan: “Jika hendak menonton video, masukkan kaset dan tekan butang ‘Play’. Jika hendak mempercepatkan tayangan tekan butang ‘FF’ (Fast Forward). Jangan jatuhkan dari tempat tinggi, jika tidak ia rosak. Jangan biarkan terkena pada air, jika tidak ia rosak.”
Saya menulis manual arahan tersebut yang menyenaraikan
pelbagai arahan yang perlu dan tidak perlu untuk mesin itu.
Kitab Suci
Al-Quran Adalah Manual Arahan (Buku Panduan) Untuk Manusia
Sebagaimana Tuhan kita, Allah swt Yang Maha Pencipta juga
tidak perlu untuk menjadi manusia untuk mengetahui apa yang baik dan buruk
terhadap manusia. Tuhan memilih untuk menyediakan buku panduan kepada manusia.
Buku panduan yang terakhir dan penutup bagi umat manusia ini adalah Kitab Suci
Al-Quran. ‘Perintah-perintah’ serta ‘Larangan-larangan’ telah dijelaskan di
dalam Al-Quran.
Seandainya anda membenarkan saya untuk membuat
perbandingan antara manusia dengan mesin, maka saya akan menyatakan bahawa
manusia adalah mesin yang paling kompleks di dunia ini. Andai kata wujud mesin
yang paling canggih dan sangat kompleks di dunia sekalipun adalah tidak mampu
untuk dibandingkan dengan fizikal, psikologi, genetik dan faktor-faktor sosial
individu dalam kehidupan masyarakat manusia.
Semakin tinggi nilai kecanggihan mesin tersebut, maka
semakin besarlah manual arahan yang diperlukan. Dengan logik yang sama,
bukankah manusia yang sangat kompleks ini turut memerlukan manual arahan atau
buku panduan untuk mentadbir kehidupan seharian mereka.
Allah Memilih
Utusan-Utusan-Nya
Allah (swt) tidak perlu datang sendiri untuk memberikan
manual arahan. Dia memilih seorang lelaki dari kalangan
manusia untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan
beliau di peringkat yang lebih tinggi melalui pengantar
bahasa wahyu. Lelaki terpilih sedemikian adalah
dipanggil Rasul dan Nabi Allah.
Sesetengah
Orang 'Buta' Dan 'Pekak'
Walaupun kemustahilan falsafah antropomorfisme ini, ramai
pengikut kebanyakan agama masih percaya akan falsafah tersebut dan mengajar
kepada orang lain. Bukankah ianya suatu penghinaan kepada kebijaksanaan manusia
dan kepada Pencipta yang menganugerahkan kecerdasan fikiran? Orang seperti
inilah yang benar-benar ‘pekak’ dan ‘buta’ walaupun mereka memiliki nikmat
pendengaran dan penglihatan yang diberikan oleh Allah kepada mereka.
Kitab suci Al-Quran menyebut:
Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; Dengan keadaan itu
mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
[Al-Quran 2: 18]
Kitab Bible juga memberi mesej yang sama dalam Injil
Matius:
Itulah sebabnya aku berkata-kata dalam perumpamaan kepada mereka; kerana
sekalipun melihat, mereka tidak melihat dan sekalipun mendengar, mereka tidak
mendengar dan tidak mengerti.
[The Bible, Matthew 13:13]
Mesej yang sama juga diberikan dalam kitab-kitab Hindu,
seperti dalam Rigveda:
Di sana, mungkin seseorang telah melihat kata-kata itu, namun mereka
sebenarnya tidak memahami, mungkin seseorang telah mendengar kata-kata tersebut,
namun mereka sebenarnya tidak mengerti.
[Rigveda 10:71:4]
Seluruh kitab-kitab tersebut menyatakan kepada pembacanya
walaupun mesej kepada mereka sudah jelas, dalil sudah cukup dan bukti sudah
nyata tetapi masih ramai yang lari daripada kebenaran.
Nama-Nama
Bagi Allah
1. Kepunyaan
Allah-lah nama-nama yang baik
Al-Quran menyebut:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Serulah nama " Allah" atau
nama "Ar-Rahman", yang mana sahaja kamu serukan (dari kedua-dua nama
itu adalah baik belaka); kerana Allah mempunyai banyak nama-nama yang baik
serta mulia".
[Al-Qur'an 17:110]
Mesej yang sama berkenaan nama-nama Allah diulangi di
dalam Al-Quran iaitu di dalam surah Al-A’raf ayat 180, surah Taha ayat 8 dan juga
Surah Al-Hasyr ayat ke 24.
Al-Quran juga memberikan tidak kurang daripada 99
nama-nama yang berbeza kepada Allah Yang Maha Besar. Al-Quran merujuk kepada
Allah sebagai Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah), Ar-Rahim (Yang Maha Mengasihani)
dan Al-Hakim (Yang Maha Bijaksana) serta nama-nama lain yang mulia.
Kita boleh memanggil Allah dengan mana-mana nama tetapi
nama itu haruslah indah dan tidak menampakkan gambaran menerusi mental atau
fikiran.
2. Setiap sifat
Tuhan adalah unik dan dimiliki oleh-Nya sahaja
Tuhan bukan sahaja memiliki sifat yang unik, tetapi
sifatnya itu mampu untuk mengenal pasti bahawa dirinya adalah Tuhan yang Maha
Kuasa. Saya akan menjelaskan perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Marilah kita
mengambil contoh seorang tokoh terkenal, katakan Neil Armstrong. Neil Armstrong
adalah seorang angkasawan.
Jika seseorang berkata Neil Armstrong adalah seorang
rakyat Amerika. Sifat rakyat Amerika yang terdapat pada Neil Armstrong adalah
betul tetapi tidak cukup untuk mengenal pasti dirinya. Sekiranya seseorang
bertanya siapakah rakyat Amerika? Jawapannya ada berjuta-juta rakyat Amerika.
Seperti juga, sekiranya kita katakan bahawa Neil Armstrong adalah seorang angkasawan. Sifat ini juga tidak unik walaupun benar, kerana terdapat beratus-ratus angkasawan. Untuk mengenal pasti seseorang secara unik, maka kita seharusnya meneliti sifat unik yang dimiliki oleh orang tersebut.
Seperti juga, sekiranya kita katakan bahawa Neil Armstrong adalah seorang angkasawan. Sifat ini juga tidak unik walaupun benar, kerana terdapat beratus-ratus angkasawan. Untuk mengenal pasti seseorang secara unik, maka kita seharusnya meneliti sifat unik yang dimiliki oleh orang tersebut.
Sebagai contoh, Neil Armstrong adalah manusia pertama
yang menjejakkan kaki ke bulan. Justeru, apabila ada orang yang bertanya
siapakah manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan, jawapannya hanya satu
iaitu Neil Armstrong. Begitu juga sifat bagi Tuhan yang Maha Kuasa, sifatnya
juga mestilah unik seperti Pencipta Alam Semesta.
Seandainya saya berkata bahawa Allah swt adalah pembina bangunan, ia mungkin benar tetapi tidak unit. Manusia juga boleh membina bangunan. Namun, sekiranya saya berkata siapakah Pencipta Alam Semesta? Jawapannya hanya satu iaitu Allah swt yang Maha Berkuasa. Berikut merupakan antara sifat-sifat unik yang dimiliki Allah swt yang Maha Besar:
Seandainya saya berkata bahawa Allah swt adalah pembina bangunan, ia mungkin benar tetapi tidak unit. Manusia juga boleh membina bangunan. Namun, sekiranya saya berkata siapakah Pencipta Alam Semesta? Jawapannya hanya satu iaitu Allah swt yang Maha Berkuasa. Berikut merupakan antara sifat-sifat unik yang dimiliki Allah swt yang Maha Besar:
"Ar-Rahim",
yang Maha Mengasihani
"Ar-Rahman",
yang Maha Pengasih
"Al-Hakim",
yang Maha Bijaksana
Oleh itu, jika ada yang bertanya siapakah “Ar-Rahim”
(yang Maha Mengasihani)? Akan hanya ada satu sahaja jawapan iaitu Allah swt.
3. Salah satu
sifat Tuhan tidak boleh bercanggah dengan sifat-sifat yang lain
Selain daripada sifat yang unit, sifat-sifat yang dimiliki
oleh Tuhan juga tidak boleh bercanggah antara satu sama lain. Bagi meneruskan
contoh awal tadi, andaikan seseorang mengatakan bahawa Neil Armstrong adalah
angkasawan Amerika pertama yang menjejakkan kaki di bulan adalah rakyat India.
Sifat yang mengatakan Neil Armstrong angkasawan Amerika adalah benar, namun
rakyat India adalah salah.
Begitu juga seandainya ada yang berkata Allah swt yang
merupakan Pencipta Alam Semesta ini memiliki satu kepala, dua tangan, dua kaki
dan sebagainya. Sifat Allah swt sebagai Pencipta Alam Semesta adalah betul,
namun mengatakan Allah swt menyerupai makhluk adalah salah dan tidak betul.
4. Semua
sifat-sifat harus menunjukkan kepada Tuhan yang sama dan satu (esa)
Oleh kerana terdapat hanya satu Tuhan, maka semua
sifat-sifat harus menunjukkan kepada Tuhan yang sama dan satu (esa). Begitu
juga bagi Allah swt yang Maha Pencipta. Tidak patut untuk mengatakan bahawa
Tuhan Pencipta Alam Semesta adalah berlainan dengan Tuhan Pemelihara Alam
Semesta atau tuhan-tuhan yang lain. Ini kerana Allah swt, Tuhan yang Maha Esa,
memiliki segala sifat-sifat yang digabungkan bersama-sama.
Perpaduan Tuhan
Sesetengah orang Polyteism
berhujah dengan mengatakan bahawa kewujudan lebih daripada satu Tuhan adalah
logik. Mari kita tunjukkan kepada mereka bahawa jika terdapat lebih daripada
satu Tuhan, maka tuhan-tuhan tersebut akan mempertikai antara satu sama lain.
Tiap-tiap ‘Tuhan’ akan cuba memenuhi kehendak masing-masing dan akan menentang
kehendak yang lain.
Perkara ini dapat diperhatikan dalam mitologi agama Politestik dan Panteistik. Andai kata ‘Tuhan’ dikalahkan atau tidak berupaya
untuk mengalahkan ‘Tuhan’ lain, ‘Dia’ sudah tentu bukan lagi ‘Tuhan’ yang Maha
Kuasa.
Juga popular di kalangan agama-agama Polyteism adalah tentang idea tuhan yang banyak, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Sebagai contoh, tiap-tiap ‘Tuhan’ bertanggungjawab kepada bahagian tertentu dalam kewujudan manusia seperti ada ‘Tuhan-Matahari’, ‘Tuhan-Bulan’, ‘Tuhan-Hujan’ dan sebagainya.
Juga popular di kalangan agama-agama Polyteism adalah tentang idea tuhan yang banyak, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Sebagai contoh, tiap-tiap ‘Tuhan’ bertanggungjawab kepada bahagian tertentu dalam kewujudan manusia seperti ada ‘Tuhan-Matahari’, ‘Tuhan-Bulan’, ‘Tuhan-Hujan’ dan sebagainya.
Ini menunjukkan salah satu daripada ‘Tuhan’ itu tidak
cekap terhadap perkara-perkara yang lain dan juga jahil akan peranan dan
tanggungjawab ‘tuhan-tuhan’ yang lain. Jahil dan tidak cekap tidak boleh ada
pada Tuhan.
Justeru, jika terdapat lebih daripada satu tuhan, ia sudah pasti akan membawa kepada kekeliruan, kekacauan, huru-hara dan kemusnahan alam semesta. Namun, alam semesta yang wujud adalah dalam keadaan yang cukup harmoni. Berkenaan perkara ini Allah swt menyebut di dalam Al-Quran:
Justeru, jika terdapat lebih daripada satu tuhan, ia sudah pasti akan membawa kepada kekeliruan, kekacauan, huru-hara dan kemusnahan alam semesta. Namun, alam semesta yang wujud adalah dalam keadaan yang cukup harmoni. Berkenaan perkara ini Allah swt menyebut di dalam Al-Quran:
“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya
rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai
Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.”
[Al-Quran 21:22]
Sekiranya terdapat lebih dari satu Tuhan, nescaya tuhan-tuhan
tersebut akan membawa segala makhluk yang
mereka ciptakan. Kitab suci Al-Quran menyebut:
“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan
(yang lain) bersama-Nya; (Kalaulah ada banyak tuhan) tentulah masing-masing
tuhan itu akan membawa segala makhluk yang diciptakannya, dan tentulah
sebahagian daripada mereka akan bertindak mengalahkan sebahagian yang lain.
Maha suci Allah dari apa yang disifatkan oleh mereka (yang musyrik) itu.”
[Al-Quran 23:91]
Oleh itu, kewujudan hanya satu Tuhan yang Maha Esa, Unik,
Maha Kuasa, Maha Besar adalah merupakan satu idea yang logik.
Terdapat beberapa agama seperti agama Buddha dan
Konfusianisme, yang merupakan agama agnostik. Mereka tidak mengulas atau
membicarakan berkenaan Tuhan. Mereka juga tidak mengesahkan mahupun menafikan
kewujudan Tuhan. Juga terdapat agama-agama lain seperti, Jainisme, yang
merupakan agama ateisme. Jainisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.
Secara dasarnya
semua agama percaya kepada Monoteisme
Semua agama utama percaya akan kewujudan Tuhan, pada
suatu tahap, yakin bahawa wujud hanya satu Tuhan yang Maha Kuasa. Keseluruhan
kitab-kitab agama menceritakan tentang monoteisme iaitu kepercayaan kepada
Tuhan yang Maha Esa.
Manusia merubah
kitab-kitab suci untuk kepentingan mereka
Mengikut peredaran zaman, sebahagian besar daripada
kitab-kitab agama telah diselewengkan dan ditukar oleh mereka yang mempunyai
kepentingan tertentu. Kepercayaan agama telah diputarbelitkan dari monoteisme
kepada kepercayaan panteisme dan politeisme. Berkenaan permasalahan ini kitab
suci Al-Quran menyebut:
“Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan
mereka sendiri, kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah",
(dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. maka
Kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka,
dan kecelakaan besarlah bagi mereka dari apa yang mereka kerjakan.”
[Al-Quran 2:79]
Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: Concept of God in Major Religions
No comments:
Post a Comment