Susunan: Mohd Aziz
Allah swt berfirman di dalam Al-Quran, surah Al-Muzammil:
"Wahai orang
yang berselimut!. Bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari
sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),Iaitu separuh dari waktu
malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu." [Al-Quran 73:1-3]
1. Hadis
Pertama
Rubai’ah bin Ka’ab
al-Aslami r.a berkata:
“Suatu hari aku
bersama Rasulullah saw, lalu aku membawakan kepadanya benjana air untuk beliau
berwudhu’ dan untuk segala keperluannya.
Lalu beliau berkata
kepadaku, ‘Mintalah!’
Aku berkata, ‘Aku
minta kepadamu untuk dapat menemanimu di Syurga kelak.’
Beliau bertanya
pula, ‘Adakah lagi selain daripada itu’
Aku menjawab, ‘Hanya
itu saja.’
Beliau bersabda,
‘Bantulah aku untuk mencapai keinginanmu itu dengan memperbanyakkan sujud’. ”
[HR Muslim:489]
2. Hadis
Kedua
Rasulullah saw
bersabda: “Barang siapa yang melakukan solat sunnah selain solat fardu dalam
sehari dua belas rakaat, maka Allah pasti akan membangunkan untuknya sebuah
rumah di Syurga.”
[HR Muslim 728]
Diriwayatkan
at-Termizi dan an-Nasai, dua belas rakaat yang dimaksudkan adalah ditafsirkan
sebagai; 4-rakaat sebelum Zohor, 2-rakaat selepas Zohor, 2- rakaat selepas
Maghrib, 2- rakaat selepas Isya’ dan 2-rakaat sebelum Subuh.
3. Hadis Ketiga
Mi’dan bin abi
Thalhah al-Ya’muri berkata, “Aku bertemu Tsauban, bekas budak Rasulullah saw,
lalu aku berkata kepadanya, ‘Beritahulah kepadaku tentang amal ibadah yang jika
aku lakukan, maka Allah akan memasukkanku kerananya ke dalam syurga!’
Ia (Tsauban)
terdiam, lalu aku bertanya lagi. Ia masih terdiam, lalu aku bertanya lagi kali
ketiganya. Akhirnya ia berkata, ‘aku telah menanyakan masalah ini kepada
Rasulullah saw dan beliau bersabda:
“Perbanyakan sujud
kepada Allah, kerana tidaklah engkau bersujud kepada Allah dengan satu kali
sujud, melainkan Allah akan mengangkat bagimu satu derajat kerananya dan
menghapuskan bagimu satu dosa kerananya.”
Mi’dan berkata:
“Lalu aku bertemu Abu Darda’ dan aku tanyakan masalah ini kepadanya juga. Ia
menjawab seperti jawaban yang diberikan Tsauban.
[HR Muslim:488]
Yang dimaksudkan
dengan sujud dalam hadis ini adalah melakukan solat sunat. Bersujud, walaupun
termasuk dalam solat fardu, namun melaksanakan solat fardu adalah kewajipan
atas setiap muslim. Maka yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di sini adalah,
sesuatu yang khusus yang dengannya Mi’dan dapat meraih apa yang ia cari.
4. Hadis Keempat
Dari Abu Umamah r.a,
ia berkata, bahwa Rasulullah saw bersabda:
“Tidak ada sesuatu
yang lebih baik yang Allah izinkan kepada seorang hamba selain melaksanakan
solat dua raka’at dan sesungguhnya kebajikan akan bertaburan di atas kepala
seorang hamba selama ia melakukan solat.”
[HR Termizi:2911]
5. Hadis
Kelima
Dari abu hurairah
r.a, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya yang
pertama sekali akan di hisab dari amal perbuatan ummat manusia kelak pada hari
Kiamat adalah solat. (Beliau saw melanjutkan;) Allah Jalla wa ‘Azza berfirman
kepada Malaikat-Nya dan Dia lebih mengetahui-: ‘Lihatlah solat hamba-Ku, apakah
dia mengerjakannya dengan sempurna ataukah terdapat kekurangan padanya?’
Jika solat yang
dikerjakannya itu sempurna, maka akan dicatat baginya (pahala) solat yang
sempurna. Namun jika terdapat kekurangan padanya, maka Allah swt berfirman:
‘Lihatlah apakah hamba-Ku itu mempunyai ibadah tambahan? Jika hamba itu
memiliki ibadah tambahan, Dia akan berfirman: ‘Sempurnakanlah ibadah fardu
hamba-Ku dengan ibadah tathawwu’nya (sunatnya).
Kemudian amal-amal
yang lain juga dihisab dengan cara yang sama seperti itu.
[Diriwayatkan oleh
Ahmad dan keempat imam penyusun kitab as-Sunan]
6. Hadis
Keenam
Dari Aisyah r.anha,
dari Nabi saw, beliau bersabda:
“Dua rakaat sebelum
solat subuh itu lebih baik daripada dunia dan seisinya [Sungguh! Keduanya lebih
aku sukai daripada dunia secara keseluruhannya].
[HR Muslim]
7. Hadis Ketujuh
Ibnu Umar r.anhuma,
bahawa ia berkata: “ Seseorang di masa hidup Rasulullah saw apabila bermimpi
menceritakannya kepada beliau. Maka aku pun berharap dapat bermimpi, agar aku
dapat menceritakan kepada Rasulullah saw.
Saat aku muda, aku
tidur di dalam masjid lalu aku bermimpi seakan dua Malaikat membawaku ke
Neraka. Ternyata Neraka itu berupa sumur yang dibangun dari batu dan memiliki
dua tanduk. Di dalamnya terdapat orang-orang yang aku kenal. Aku pun berkata ‘Aku
berlindung kepada Allah dari Neraka!’.
Umar melanjutkan
ceritanya, ‘Malaikat yang lain menemuiku seraya berkata, ‘Jangan takut!’
Akhirnya aku ceritakan mimpiku kepada Hafshah dan ia menceritakannya kepada
Rasulullah saw, lalu beliau bersabda:
“Sebaik-baik hamba
adalah Abdullah seandainya ia melakukan solat pada sebahagian malam.”
Akhirnya Abdullah
tidak pernah tidur di malam hari kecuali hanya beberapa waktu sahaja.
[HR Bukhari:1122]
Ibnu hajar berkata:
“Yang menjadi dalil dari masalah ini adalah sabda Nabi saw: ‘Sebaik-baik hamba
adalah Abdullah seandainya ia melakukan solat pada sebahagian malam.’ Kalimat
ini menunjukkan bahawa orang yang melakukan solat malam adalah orang yang baik.
Ia berkata lagi, ‘Hadis ini juga menunjukkan bahawa solat malam mampu
menjauhkan pelakunya dari azab seksa.’
8. Hadis Kelapan
Dari Abdullah bin
Amr bin al-ash r.anhuma ia menuturkan, bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Solat yang paling
dicintai Allah adalah solat Nabi Dawud a.s dan puasa yang dicintai Allah juga
puasa Nabi Dawud a.s. Beliau tidur
setengah malam, bangun sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam serta
berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
[HR Bukhari;3420]
9. Hadis Kesembilan
Dari Jabir bin
Abdullah r.a ia berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya pada
waktu malam terdapat satu waktu, yang apabila seseorang Muslim memohon kepada
Allah dari kebaikan dunia dan akhirat pada waktu tersebut, maka Allah pasti
akan memberikan kepadanya, dan hal tersebut ada pada setiap malam”.
[HR Muslim: 757]
10. Hadis
Kesepuluh
Dari Abu Sa’id
al-Khudri r.a ia berkata, Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa yang
bangun pada waktu malam dan ia pun membangunkan isterinya lalu mereka solat
bersama dua rakaat, maka keduanya akan dicatat termasuk kaum laki-laki dan wanita
yang banyak berzikir kepada Allah”
[HR Abu Dawud: 1451]
11. Hadis Kesebelas
Dari Abdullah bin
Salam r.a, ia berkata, “Yang pertama sekali aku mendengar daripada Rasulullah
saw adalah sabda beliau:
“Wahai manusia,
tebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah tali silaturahim dan solatlah pada
malam hari saat manusia tertidur, nescaya kalian akan masuk Syurga dengan
selamat.”
[HR Termizi: 2485]
No comments:
Post a Comment