Oleh:
Prof. Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Soalan
Apakah
pendapat tuan tentang wanita-wanita yang mencelup kuku dengan bahan pewarna
yang dinamakan pencelup kuku. Apakah ia halal atau haram?
Jawapan
Jika
jarak antara orang yang bertanya ini dekat, nescaya kami tidak memakan masa
yang lama untuk menjawabnya.
Adapun pencelup kuku itu menghalang air untuk
sampai ke kulit iaitu anggota wuduk, oleh itu tidak sah wuduknya, diikuti pula
tidak boleh mendirikan sembahyang.
Wanita
yang sembahyang lima kali sehari semalam mestilah berwudhuk dan suci. Tidak
mungkin dia mempunyai masa untuk memakai pencelup kuku ini kerana dari segi
kesannya ia tidak boleh mendirikan sembahyang.
Sesiapa yang tidak
mengendahkan sembahyang yang merupakan tiang agama dan yang menjadi perbezaan
antara Islam dan kafir.
Tidak mengapalah dia (orang kafir) bertabaruj atau
berhias dengan pencelup kuku atau yang tidak dihalalkan syarak kerana dia
sememangnya sudahpun menjadi kafir seperti yang telah dinyatakan.
Sumber:
Fatwa Masa Kini
No comments:
Post a Comment