Kisah Nabi
Ibrahim a.s dengan Ayahnya
Nabi Ibrahim
as adalah putera dari Aaazar (Tarih) bin Tahur bin Saruj bin Rau’ bin Falij bin
Aaabir bin Syalih bin Arfakhsyad bin Saam bin Nuh as. Ayahnya adalah pembuat
patung berhala.
Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama Faddam Aram dalam kerajaan Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama Namrud bin Kan’aan.
Ia dilahirkan di sebuah tempat bernama Faddam Aram dalam kerajaan Babylon yang pada waktu itu diperintah oleh seorang raja bernama Namrud bin Kan’aan.
Nabi Ibrahim
a.s adalah seorang Rasul Allah yang diutus kepada satu kaum di negeri Iraq yang
dikuasai oleh Raja Namrud.
Di dalam surah Maryam, surah ke 19, ayat 41
hingga 49, Al-Quran mengisahkan perihal Nabi Ibrahim a.s yang mengajak ayahnya untuk
menyembah Tuhan yang Maha Esa dan meninggalkan sembahan berhala sebagaimana
berikut:
41. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam kitab (Al-Quran) ini
perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah ia seorang yang amat benar, lagi
menjadi nabi.
42. Ketika ia berkata
kepada bapanya: “Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak
mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?”
43. “Wahai ayahku,
sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah
datang kepadamu oleh itu ikutlah daku; aku akan memimpinmu ke jalan yang betul.”
44. “Wahai ayahku,
janganlah ayah menyembah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah menderhaka
kepada Allah yang melimpah-limpah rahmatNya.”
45. "Wahai ayahku,
sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari Ar-Rahman (Allah) disebabkan
ayah menyembah selainNya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi
syaitan di dalam neraka.”
46. (Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya
jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku
akan melontarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku
sepanjang masa.”
47. Nabi Ibrahim
berkata: “Selamat tinggal ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni
dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku.”
48. Dan aku akan membawa
diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah;
dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan
ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa”.
49. Maka apabila ia
berhijrah meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, Kami kurniakan kepadanya: Ishak (anaknya), dan Yaakub (cucunya); dan
kedua-duanya Kami jadikan berpangkat nabi.
[Al-Quran 19:41-49]
No comments:
Post a Comment