Pages

Thursday, 26 December 2013

: : Perbaiki Diri Anda : :

Perbaiki Diri Anda
Oleh: Syeikh Dr al-Arifi


Abdullah adalah seorang yang bertenaga tetapi kurang dalam kemahiran tertentu. Suatu hari beliau meninggalkan rumah untuk menunaikan solat Zuhur di masjid. Ia ialah semangat beliau kepada solat itu dan hormat terhadap agamanya yang membawa beliau untuk mengerjakan solat itu di masjid.

Beliau berjalan cepat supaya sampai ke masjid sebelum iqamat dilaungkan. 

Dalam perjalanannya, beliau melepasi sebatang pokok kurma yang di atasnya ada seorang lelaki berpakaian seragam, sedang bekerja di atas pokok tersebut.

Abdullah terperanjat dan berfikir, “Siapakah orang itu yang tidak pedulikan solat? Seperti dia tidak mendengar Azan dilaungkan, atau tidak peduli tentang Iqamat yang akan kedengaran sebentar lagi!”


Beliau lalu menjerit dengan perasaan marah, “Turun ke bawah dan solat!”

Orang tersebut menjawab dengan sikap dinginnya, “OK, OK..”

Beliau berkata sekali lagi, “Cepat dan solat, keldai!”

Orang itu menjerit, “Awak panggil saya keldai?!” Beliau kemudian mengambil sebatang dahan pokok itu dan turun untuk memukul kepala Abdullah dengan kayu tersebut! Abdullah menutup mukanya dengan serbannya supaya orang itu tidak mengenalinya dan masuk ke dalam masjid.

Orang tadi turun dari pokok dalam keadaan marah, balik ke rumahnya, solat dan berehat sebentar. Beliau kemudian pergi semula ke pokok tadi untuk menyelesaikan pekerjaannya.

Apabila waktu Asar tiba Abdullah pergi ke masjid semula. Dalam perjalanannya beliau melewati pokok yang sama dan perasan lelaki yang sama sedang bekerja. Beliau mengambil keputusan untuk mengubah kaedahnya sama sekali dan berkata, “Assalamualaikum! Apa khabar?”

Lelaki itu menjawab, “Alhamdulillah, saya baik!”

Beliau bertanya kepada orang itu, “Ada berita baik kah?” Bagaimanakah kurma tahun ini?”

Orang itu menjawab, “Alhamdulillah.”

Abdullah berkata, “Semoga Allah memberi kejayaan dan rezeki kepada kamu, memudahkan kamu dan tidak memutuskan ganjaran dan pahala kerana usaha kamu!”

Lelaki tersebut sangat gembira mendengar doa ini dan mengaminkannya.
Abdullah kemudian berkata, “Nampaknya seperti awak terlalu asyik dengan kerja sehingga tidak perasan Azan Asar sebentar tadi. Azan telah berkumandang dan Iqamat tidak lama lagi akan dibacakan. Mungkin anda patut turun, rehat sebentar dan bersedia untuk solat. Selepas solat anda boleh menyambung kerja anda semula. Semoga Allah mengekalkan kesihatan anda.”

Lelaki itu berkata, “In sha Allah, In sha Allah...” dan mula turun perlahan-lahan.

Beliau berpaling kepada Abdullah, lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ramah sekali dan berkata, “Terima kasih kerana adab anda yang sangat bagus. Bagi lelaki yang melepasi saya pada waktu Zuhur tadi, saya harap saya dapat berjumpa dengannya lagi dan tunjukkan siapa yang sebenarnya keldai!”


Sumber: Enjoy Your Life

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...