Kita hari ini & esok..
Oleh: Mohd Aziz
Wah..wah..wah..kita hari mungkin berpakaian
hebat..penulis pun pernah mendengar ada antara kita berbelanja RM 2000 hanya untuk
butang Baju Melayu sahaja..tapi kita kena ingat..esok pakaian kita hanya kain
putih sahaja..
Kita hari ini mungkin berbangga..rumah kita
besar..lengkap dengan pelbagai fasilitet..malah ada antara kita rumahnya punya
dewan untuk bersidang..nah..kita kena ingat..esok rumah kita panjangnya dan
dalamnya hanya tujuh hasta..lebarnya cuma tiga hasta..
Kita hari ini mungkin berbesar hati..kerana kereta
kita besar ruangnya..canggihnya teknologinya..harganya mungkin mencecah jutaan
ringgit..tahukah kita..bahawa kereta kita esok.. adalah kereta berkaki
lapan..empat kaki di hadapan..empat kaki di belakang..kereta itu namanya
keranda.
Kita hari ini..mungkin punya
segala-gala..tapi kita harus sedar..apa yang kita bawa untuk hari esok hanya
bekalan amal soleh sahaja.
Allah swt berfirman di dalam surah al-Kahfi,
ayat 46:
“Harta
benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh
yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai balasan pahala,
dan lebih baik sebagai asas harapan.” [Al-Quran 18:46]
No comments:
Post a Comment