Mukjizat
Dalam Islam mukjizat atau keajaiban adalah suatu perkara
yang luar biasa atau peristiwa yang bertentangan dengan hukum alam dan hanya berlaku melalui campur tangan langsung daripada Allah swt sendiri. Mukjizat
berasal daripada perkataan 'ajz, yang bererti sesuatu yang berketidakupayaan, tidak
boleh ditentang atau unik.
Menurut ajaran Islam, mukjizat hanya berlaku kepada para Nabi dan Rasul Allah dengan izin-Nya. Mukjizat bukan sihir yang merupakan suatu helah atau ilusi. Bukan juga karamah yang berlaku kepada orag-orang yang soleh.
Menurut ajaran Islam, mukjizat hanya berlaku kepada para Nabi dan Rasul Allah dengan izin-Nya. Mukjizat bukan sihir yang merupakan suatu helah atau ilusi. Bukan juga karamah yang berlaku kepada orag-orang yang soleh.
Para Nabi dan Rasul yang diutus oleh Allah swt berperanan
untuk membimbing manusia. Mereka terdiri daripada kalangan manusia sendiri.
Namun mereka memiliki watak yang cemerlang, soleh, boleh dipercayai dan menjadi
contoh kepada manusia yang lain sebagai ikutan (role model).
Selain itu, adalah mustahak untuk diketahui bahawa para Nabi dan Rasul adalah bukan Tuhan atau separa-Tuhan dan bukan juga manusia yang bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan.
Namun, walau datang dari kalangan manusia biasa, para
Nabi dan Rasul memiliki ciri-ciri akhlak yang agung kerana mereka mempunyai
kewajipan untuk menghadapi ujian dan dugaan yang hebat bagi menyebarkan mesej
kepada manusia supaya menyembah Allah swt yang Maha Esa semata-mata.
Kitab suci Al-Quran menyebut di dalam surah az-Zariyat,
surah ke 51, ayat 56:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.” [Al-Quran 51:56]
Dalam usaha untuk menjadikan para Nabi dan Rasul yang
berwibawa dalam menyampaikan mesej dakwah pada masa, tempat dan kaum yang tertentu,
Allah telah menganugerahkan kepada mereka mukjizat yang relevan, sesuai dan
mudah difahami oleh kaum mereka pada masa itu.
Sebagai contoh, pada zaman Nabi Musa a.s, sihir dan ilmu
hitam tersebar dengan meluas. Untuk itu, Nabi Musa dianugerahkan mukjizat yang
relevan pada masa beliau seperti tongkat menjadi ular.
Begitu juga dengan Nabi Isa a.s. Ketika zamannya,
kaumnya yang berbangsa Israel sangat berpengetahuan dalam bidang perubatan.
Oleh yang demikian, Mukjizat Nabi Isa a.s antaranya adalah berkisar tentang
perubatan seperti baginda mampu mengembalikan penglihatan kepada orang buta,
menyembuhkan penyakit kusta dan menghidupkan orang yang telah mati dengan izin
Allah swt.
Kitab suci Al-Quran menyebut:
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa Ibni
Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu
dengan ruhul-qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia
(semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah)
ketika Aku mengajarmu menulis, membaca dan hikmat pengetahuan, khasnya kitab
taurat dan kitab injil;
dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinKu; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu;
dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata.” [Al-Quran 5:110]
dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinKu; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu;
dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata.” [Al-Quran 5:110]
Sebuah keajaiban atau mukjizat yang dianugerahkan oleh
Allah swt kepada para RasulNya dalam apa jua bentuk akan menghasilkan sesuatu
yang akan memberikan kebaikan serta sebagai tanda kebenaran.
Sihir juga menghasilkan sesuatu yang luar biasa; walau
bagaimanapun perkara luar biasa yang datang dari sihir akan menghasilkan
sesuatu yang memudaratkan. Ini kerana sihir hanya dilakukan oleh orang-orang
jahat serta dilakukan dengan bantuan daripada syaitan.
Selain itu, perbezaan lain yang ketara antara mukjizat dan sihir adalah; mukjizat tidak boleh dipelajari atau dibuat-buat, sebaliknya sihir boleh dipelajari dan dibuat-buat.
Selain itu, perbezaan lain yang ketara antara mukjizat dan sihir adalah; mukjizat tidak boleh dipelajari atau dibuat-buat, sebaliknya sihir boleh dipelajari dan dibuat-buat.
Al-Quran mengisahkan perihal perbezaan sihir dan mukjizat
ini ketika peristiwa Nabi Musa a.s berhadapan dengan ahli sihir Firaun.
Kitab
suci Al-quran menyebut:
“Mereka berkata: "Hai Musa! Engkaukah yang akan
mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan
(lebih dahulu)?"
Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu
(dahulu)!" Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali
masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu
merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka
tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir
mereka). Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) yang
mereka telah lakukan. Oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ
dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.
Dan (Kemenangan Nabi Musa
menjadikan) ahli-ahli sihir itu dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud,
sambil berkata: "Kami beriman
kepada Tuhan sekalian alam. "(Iaitu)
Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun". [Al-Quran 7:115-122]
Ahli sihir yakin bahawa Nabi Musa a.s tidak melakukan
suatu helah atau ilusi. Mereka faham akan perbuatan sihir dan helah. Sebab
itulah mereka (ahli sihir) menerima kebenaran dan turun sujud kepada Allah, walaupun
mereka yakin sepenuhnya bahawa ia akan membawa mereka kepada kematian kerana
telah melanggar arahan dan perintah Firaun.
Selanjutnya, pada zaman Nabi Muhammad saw, orang-orang
Arab, walaupun kebanyakannya adalah ummi (orang yang tidak tahu membaca dan
menulis), namun masyarakat Arab ketika itu adalah pakar dalam perkataan yang
dituturkan oleh mereka. Mereka terkenal dengan syair-syair mereka. Bahkan, syair dan prosa yang mereka miliki dianggap cemerlang dan model kecemerlangan sastera pada waktu itu. Untuk itu, Al-Quran hadir sebagai Mukjizat bagi
Nabi Muhammad saw.
Umat Islam meyakini bahawa Al-Quran
merupakan mukjizat teragung baginda Nabi Muhammad saw. Namun, berbanding mukjizat-mukjizat
yang terdapat pada Nabi dan Rasul yang lain, mukjizat Al-Quran dilihat lebih
utama. Ini kerana Al-Quran bukan sahaja merupakan sebuah mukjizat ketika zaman
baginda saw, namun masih kekal relevan sebagai mukjizat teragung pada hari ini, bahkan sehingga hari kiamat.
Adaptasi dari artikel
Miracle, www.islamreligion.com
No comments:
Post a Comment