Oleh:
Dr Zakir Naik
Gambar sekadar hiasan
Terdapat
segolongan daripada manusia yang mendakwa bahawa Al-Quran ditulis oleh Syaitan;
iaitu Al-Quran bukan firman Tuhan, sebaliknya adalah hasil kerja Syaitan.
Dalam
jawapan kepada dakwaan yang sama dikemukakan oleh Musyrikin Mekkah; iaitu “Nabi
saw menerima ayat-ayat dari Syaitan”, Al-Quran menyatakan di dalam surah
Al-Waqiah, surah ke 56, ayat 77-80:
“Bahawa sesungguhnya (yang
dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam
kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh
makhluk-makhluk yang bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan
sekalian alam.” [Al-Quran 56: 77-80]
“Kitabim
Maknun” bermaksud kitab yang dijaga dengan baik atau kitab yang dipelihara;
adalah merujuk kepada Luh-Mahfuz di syurga yang tidak disentuh melainkan oleh
“Muthahirin”.
“Muthahirin” adalah makhluk-makhluk suci, iaitu tidak mempunyai apa-apa kotoran, najis mahupun kejahatan seperti dosa; ia merujuk kepada malaikat dan sudah pasti Syaitan adalah dilarang.
“Muthahirin” adalah makhluk-makhluk suci, iaitu tidak mempunyai apa-apa kotoran, najis mahupun kejahatan seperti dosa; ia merujuk kepada malaikat dan sudah pasti Syaitan adalah dilarang.
Oleh
sebab itu, adalah mustahil bagi Syaitan untuk mendekati atau menghampiri
Luh-Mahfuz apatah lagi menyentuhnya. Justeru, persoalan tentang adakah Al-Quran
ini hasil kerja Syaitan adalah tidak berbangkit.
Selanjutnya
di dalam surah Shura, surah ke 26 ayat 210-212, Allah swt menyebut:
“Dan Al-Quran itu pula
tidak sekali-kali dibawa turun oleh syaitan-syaitan. Dan tidak layak bagi syaitan-syaitan
itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya. Sesungguhnya
mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh malaikat.”
[Al-Quran 26: 210-212]
Ramai
di kalangan manusia yang memiliki konsep yang salah tentang Syaitan. Mereka ini
berfikir bahawa Syaitan mungkin mampu untuk melakukan apa-apa sahaja; kecuali
beberapa perkara yang hanya boleh dilakukan oleh Tuhan. Mereka menyangka bahawa
kuasa yang dimiliki Syaitan ini berada di bawah sedikit sahaja daripada kuasa
Tuhan.
Justeru,
bagi mereka yang tidak mahu menerima hakikat bahawa Al-Quran yang begitu menakjubkan
ini adalah wahyu Tuhan; lantas mereka katakan sahaja Al-Quran datang dari Syaitan.
Walau
bagaimanapun, seandainya Syaitan yang menghasilkan Al-Quran, sudah tentu Syaitan
tidak akan menyebut sebagaimana yang terdapat di dalam sebuah ayat di dalam
surah An-Nahl, surah ke 16 ayat 98:
“Oleh itu, apabila engkau
membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan
kepada Allah dari hasutan Syaitan yang direjam.” [Al-Quran 16:98]
Cuba
bayangkan, adakah munasabah, sekiranya Syaitan yang menulis Al-Quran, dia (Syaitan)
berkata; “sebelum kamu membaca kitab aku, mohonlah perlindungan kepada Tuhan
daripada hasutan aku.”
Di
sana, terdapat beberapa ayat yang mengesahkan atau memberi bukti yang kukuh bahawa
Syaitan bukan pengarang Al-Quran. Al-Quran menyebut di dalam surah Al-‘Araf
surah ke 7, ayat 200 yang bermaksud:
“Dan jika engkau dihasut
oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” [Al-Quran 7:200]
Kenapa
syaitan akan memberitahu pengikutnya, apabila dia memberi sebarang cadangan
atau idea, pengikutnya perlu minta perlindungan dari Allah yang Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui.
Kitab
suci Al-Quran juga menyebut di dalam surah Al-Baqarah, surah ke-2 ayat 168:
“Wahai sekalian manusia!
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu
ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang
terang nyata bagi kamu.” [Al-Quran 2:168]
Sementara
di dalam surah Yasin, surah ke 36 ayat 60, Al-Quran menyebut:
“Bukankah Aku telah
perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan?
Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!” [Al-Quran 36:60]
Syaitan
merupakan makhluk yang sangat bijak; justeru tidak hairanlah dia boleh
meletakkan idea; bahawa dia adalah pengarang Al-Quran ke dalam minda manusia.
Namun,
dibandingkan dengan Allah swt, Syaitan itu tidaklah begitu ketara (penting).
Dan Allah swt adalah jauh lebih pintar. Allah swt adalah Maha Bijaksana (Al-Hakim).
Allah swt tahu perancangan atau niat jahat syaitan; jadi, tidak hairanlah Allah swt telah mengemukakan beberapa bukti (dalil) di dalam Al-Quran, untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah kata-kata Allah swt dan bukan perkataan Syaitan.
Allah swt tahu perancangan atau niat jahat syaitan; jadi, tidak hairanlah Allah swt telah mengemukakan beberapa bukti (dalil) di dalam Al-Quran, untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah kata-kata Allah swt dan bukan perkataan Syaitan.
Kitab
Bible menyatakan di dalam Markus (Mark), bab 3, ayat 24-26:
“Negeri yang berpecah
menjadi beberapa bahagian lalu saling bermusuhan, akan runtuh.”
“Keluarga yang berpecah
belah dan saling berlawanan, akan hancur.”
“Oleh itu, jika kerajaan
Syaitan mempunyai golongan yang saling berlawanan, kerajaan itu tidak tahan
lama dan pasti akan lenyap.” [Mark 3: 24-26]
Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: www.ilovezakirnaik.com
Maha Suci Allah yang menurunkan kitab Al-Qur'an..
ReplyDelete