London: pengambilan
arak sudah mencecah paras membimbangkan di Britain, kata pakar kesihatan, yang
merugikan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) sehingga 2.7 bilion pound
(RM13.2 bilion) setahun termasuk kos kemasukan ke hospital disebabkan keganasan
berkaitan mabuk dan masalah kesihatan jangka panjang.
Tidak seperti ancaman
kesihatan besar lain, penyakit hati semakin bertambah di Britain, meningkat 25
peratus dekat lalu dan mencipta rekod kadar kematian tinggi, menurut perangkaan
terbaru kerajaan. Malah doktor percaya peningkatan kadar obesiti yang digabungkan
dengan pengambilan minuman memabukkan menyebabkan pertambahan kes penyakit
hati, yang menyerang lebih ramai golongan muda berbanding sebelum ini.
“Tidak ragu-ragu lagi
profesional melihat lebih ramai pesakit dalam lingkungan usia lewat 20-an dan
pertengahan 30-an sekarang, sesuatu yang luar biasa 20 tahun lalu,” kata pakar
penyakit hati di Universiti Newcastle, Chis Day.
Di jalan raya di Soho,
kebanyakan penduduk terlalu mabuk untuk menyedari ada sebahagian pengunjung
parti sudah tidak pengsan. Jalan raya yang dipenuhi pub dan kelab malam, mula
menunjukkan tanda-tanda akan berlaku pergaduhan- lelaki saling mengejar sesama
sendiri dan menjerit seperti remaja, wanita yang memakai skirt terlalu pendek
dan kasut tumit tinggi tersungkur dan terjatuh. Tidak lama kemudian kawasan
pejalan kaki dikotori botol bir kosong dan berlopak.
Pemandangan mabuk
melampau secara terbuka itu mengejutkan ramai warga asing yang tinggal di
Britain, malah di kalangan mereka berasal daripada kalangan budaya kuat minum.
Perangkaan mengenai
mangsa penyakit hati yang masih muda menunjukkan Britain menjadi sebuah negara
yang memiliki ramai penagih alkohol. Namun itu bukan berita baru kerana rakyat
negara itu memang minum minuman keras. –AP
Alkoholisme Adalah
‘Penyakit’[2]
Doktor perubatan kini
yang bersikap liberal terhadap penagih Arak akan menganggap Alkoholisme sebagai
penyakit dan bukan ketagihan. Yayasan Penyelidikan Islam telah menerbitkan
risalah yang tertulis:
Jika Arak suatu
penyakit, ia merupakan satu-satunya penyakit yang:
• Dijual di dalam
botol.
• Diiklankan di akhbar,
majalah, di radio dan televisyen.
• Mempunyai kedai
berlesen untuk menyebarkannya.
• Mendatangkan hasil
kepada kerajaan.
• Menyebabkan kematian
ngeri di lebuh raya.
• Merosakkan kehidupan
berkeluarga dan meningkatkan jenayah.
• Tidak disebabkan oleh
kuman atau virus.
Alkoholisme bukan
penyakit - Ia adalah perbuatan Syaitan.
Allah swt telah
berfirman di dalam al-Quran:
“Hai orang-orang yang
beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk)
berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk
perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
kejayaan.” [al-Maaidah 5:90]
Allah SWT Yang Maha
Bijaksana telah mengingatkan kita tentang perangkap Syaitan. Islam dikenali
sebagai “Dinul-Fitrah” ataupun agama tabii Manusia. Segala arahan bertujuan
memelihara keadaan asal untuk individu begitu juga untuk masyarakat.
Arak merendahkan darjat
manusia di bawah tahap haiwan yang manusia dakwa lebih hebat darinya. Maka,
pengambilan Arak adalah dilarang dalam Islam.
No comments:
Post a Comment