Pengenalan:
Buku ‘Nikmati Kehidupan Anda’
Oleh:
Syeikh Dr Muhammad al-Arifi
Segala puji bagi Allah. Semoga Allah
mengurniakan ketenangan dan rahmat-Nya ke atas junjungan kita Nabi yang
terakhir Rasulullah saw.
Semasa saya berumur tujuh belas tahun, saya
terjumpa akan senaskhah buku yang bertajuk ‘Bagaimana Memenangi Hati Kawan
& Mempengaruhi Orang Lain’ (How to Win Friends and Influence People) oleh
Dale Carnegie, yang mana saya menganggapnya baik dan membacanya berulang-ulang
kali.
Penulis mencadangkan seseorang harus membaca
buku tersebut sekali sebulan, di mana saya sendiri melakukannya. Saya mula
menggunakan prinsip-prinsipnya apabila berurusan dengan orang lain dan
menyaksikan hasilnya yang menakjubkan.
Carnegie sering menyebut satu prinsip dan
akan memberikan beberapa contoh dengan cara menggunakan insiden-insiden
berkaitan dengan orang-orang penting seperti Roosevelt, Lincoln, Joseph dan
beberapa orang pemimpin yang lain.
Saya merenung dan sedar bahawa tujuan
penulis hanyalah satu, iaitu untuk memperoleh kebahagiaan di dunia. Apakah yang
akan terjadi jika beliau mengetahui tentang Islam dan etika-etika yang diajar
oleh Islam?
Sudah pasti beliau berjaya menikmati
kehidupan yang abadi (akhirat) dan juga yang seketika (dunia)!
Bagaimana sekiranya beliau mengubah
kemahiran interpersonal beliau yang menakjubkan itu kepada ibadah (menyembah
Tuhan), yang manakah beliau akan tertarik/dekat dengan Allah?
Apabila saya mendapat tahu bahawa Carnegie
membunuh diri, saya tahu dengan yakinnya bahawa buku beliau itu tidak dapat
memberi faedah kepada beliau sendiri walau di sebalik sanjungan dan penghargaan
yang beliau perolehi.
Saya mula mengkaji sejarah kita dan
mendapati kehidupan Rasulullah saw, para sahabat, dan kisah beberapa orang
penting ummah Muhammad lebih daripada mencukupi untuk kita mengambil
pengajaran.
Sejak itu saya mula menulis buku ini yang
berkaitan dengan kesenian berinteraksi/berurusan dengan orang lain. Justeru,
buku ini bukanlah hasil daripada penulisan selama satu bulan atau satu tahun
kerja keras. Malahan, ia merupakan hasil daripada kajian yang serius selama dua
puluh tahun.
Walaupun telah mengurniakan saya dengan
kebolehan untuk menghasilkan 20 buku setakat ini dan sesetengahnya telah
dicetak sebanyak berjuta-juta naskhah, saya masih lagi percaya bahawa tiada
yang lebih disayangi dihargai dan berfaedah dibandingkan dengan buku saya yang
ini, yang mana saya tulis ia dengan dakwat bercampur dengan darah saya; saya
curahkan segala jiwa saya dan memerah otak
semasa saya menulis kata-kata ini..
Terbitan Dakwah Corner Publications
Dapatkan segera di pasaran..
No comments:
Post a Comment