Pages

Sunday, 15 December 2013

: : Terrorisme : :

Soalan Tentang Terrorisme (Keganasan)


Pemuda:    

Tuan telah berbicara tentang terrorisme  (keganasan), dan kita sedia maklum apa yang berlaku di Afghanistan, Pakistan dan Iraq. Kita telah mendengar daripada berita bahawa di sana pernah berlaku wanita sedang memasak untuk anak-ankanya, tiba-tiba datang pengebom, lalu membunuh mereka semua.

Justeru saya ingin bertanya kepada tuan, satu soalan yang ringkas, apakah ini semua? Adakah ia (sebahagian amalan dalam) Islam atau orang yang melakukan perkara tersebut tidak memahami Islam atau mereka memiliki persepsi tersendiri terhadap Islam?

Dr Zakir Naik:     

Saudara ini telah bertanya tentang perbuatan seseorang yang mengebom wanita yang sedang memasak untuk anak-anaknya di Pakistan, Afghanistan atau Iraq. Saya akan memberikan jawapan dari kaca mata Islam, lupakan tentang berita yang disampaikan oleh media tentang Islam sama ada ia benar atau sebaliknya.

Dalam Islam, Al-Quran memberi jawapan kepada persoalan tersebut. Di dalam surah al-Maidah, surah ke 5 ayat 32, Allah swt berfirman:

“..Bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya..”
[Al-Quran 5:32]

Justeru, menurut Al-Quran, membunuh seseorang yang tidak berdosa tanpa sebarang alasan adalah dilarang. Haram.

Sekiranya datang pengebom (penembak) dan mengebom wanita yang sedang memasak, perbuatan itu 100% haram di dalam Islam sama ada di lakukan di Afghanistan, Pakistan, Amerika atau Dubai.


Tidak kira sama ada seseorang yang melakukan perbuatan tersebut adalah orang Islam, atau orang Amerika, baik dilakukan atas nama propaganda atau konspirasi, membunuh manusia yang tidak berdosa adalah di larang di dalam Islam.

Sumber: YouTube


No comments:

Post a Comment