Oleh: Prof. Dr Hamka
Nabi zakaria yang taat, pernah dipaksa oleh seorang raja yang zalim untuk menghukumkan halal barang yang diharamkan Allah, iaitu menikahi anak tiri. Nabi Zakaria tidak mahu mengubah hukum, walaupun bagaimana, sehingga dia dibunuh oleh raja itu. Demikian juga anaknya Nabi Yahya, dibunuh juga sebab keras mempertahankan hukum sebagaimana ayahnya.
“Apakah sebab Allah membiarkan saja utusan yang dipilihNya mati dibunuh orang? Mengapa tidak dipeliharaNya? Lemahkah Allah itu membela utusanNya?”
Kita jangan menyangka, bahawa Allah lemah menolong hambaNya. Teka-teki hidup ini amat banyak, orang berakal mati di dalam kelaparan, orang bodoh dapat mengumpulkan harta. Pembela kebenaran terpencil di dalam hidup. Pengicuh menjadi kaya raya. Orang (non-muslim) mempunyai harta benda berbidang-bidang tanah, orang Islam jadi penyapu jalan. Selidiki dahulu rahsia semua, baru ambil keputusan.
Allah swt berfirman:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ”

[Al-Quran 29:2-3]
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga? Padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” [Al-Quran 2:214]
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayahNya.” [Al-Quran 2:155-157]
Sumber: Tasawuf Moden

No comments:
Post a Comment