Pages

Showing posts with label BICARA AKIDAH. Show all posts
Showing posts with label BICARA AKIDAH. Show all posts

Sunday, 15 May 2016

: : Kenapa Tidak Tuhan Menghapuskan Sahaja Syaitan ? : :

Kenapa Tidak Tuhan  Menghapuskan Sahaja Syaitan?
Oleh: Dr. Zakir Naik


Gambar sekadar hiasan

Soalan:

Kenapa Allah menentang Syaitan dan memberikannya kesempatan untuk menyesatkan kita, sedangkan Allah tahu bahawa sifat dari makhluk ini, bahawa manusia akan diperdaya, kenapa dia tidak langsung sahaja menghabiskan(menghapuskan) Syaitan pada waktu itu?

Jawapan

Anak ini bertanya dengan sangat baik, bahawa kenapa Allah swt menentang Syaitan dan memberikan kepada Syaitan kesempatan untuk memperdaya manusia? Kenapa tidak sahaja Allah menghapuskannya pada saat itu juga?

Untuk makluman anak muda, bukanlah Allah swt yang menentang Syaitan, namun Syaitanlah yang menentang Allah swt. Iblis pada asalnya adalah salah satu jin yang baik, yang sangat soleh dan taat, tetapi ia sombong.

Ketika Allah swt memerintahkannya untuk bersujud kepada Adam, dia berkata:

“Kenapa aku harus bersujud kepada orang yang diciptakan daripada tanah, sedangkan aku diciptakan daripada api..”

Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah, Al-A’raf, surah ke 7 ayat 12:

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." [Al-Quran 7:12]

Jadi dia sombong. Dia sangat taat pada awalnya, dia sangat soleh, dia (Iblis) adalah makhluk yang terbaik dari bangsa jin, sehingga dia bersama barisan para malaikat. Namun ketika Allah memerintahkannya untuk bersujud kepada Adam, dia tidak bersujud kerana kesombongannya.

Kemudian dia meminta penangguhan ketika Allah ingin menghukumnya. Dia berkata “berikan aku penangguhan.” Penangguhan ertinya penundaan terhadap hukumannya. “Kemudian aku akan menyesatkan manusia.” Jadi Allah berfirman “Aku akan memberimu penangguhan.”

Kemudian Syaitan memohon dengan Allah, “Tunda hukumanku. Dan jika engkau menunda hukumanku, aku akan menyesatkan manusia.” Oleh itu, Allah kemudian berfirman, “Aku menunda hukumanmu. Aku memberimu penangguhan sampai hari kiamat. Dan engkau (Syaitan) tidak akan boleh menyesatkan orang-orang Muslim yang berada di jalan-Ku (jalan yang lurus).
Tapi bagi yang bukan Muslim sejati, yang tidak taat kepada-Ku, kau boleh sahaja menyesatkan mereka.”

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah alHijr, surah ke 15 ayat 32-43:

Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”
Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
"Hingga ke hari - masa yang termaklum".
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
[Al-Quran 15:32-43]

Jadi ketika Allah memberikannya kesempatan sampai hari kiamat, Allah telah menunda hukumannya. Oleh yang demikian, bagaimana Allah boleh menghapuskannya; sedangkan Allah sudah berjanji dan Allah tidak boleh mengingkari janjinya. 

Allah Maha Besar. Justeru iblislah yang menentang Allah s.w.t.

Selain itu, perlu untuk diketahui bahawa bagi manusia, kehidupan ini merupakan ujian untuk hari akhirat. Mereka yang beriman pada Quran dan Hadis Sahih akan berjaya dalam ujiannya dan akan menuju ke syurga. Namun, bagi mereka yang tidak mengikuti Quran dan Sunnah, mereka ini tidak berjaya dan tidak akan masuk ke syurga.


Thursday, 19 November 2015

: : Sistem Penghadaman : :

Sistem Yang Dirancang Dengan Sangat Terperinci


Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan perkara asas setiap. Kita makan, minum, berjalan , bernafas dan lain-lain. Apakah kita pernah terfikir bagaimana proses atau perkara asas ini terjadi. Malangnya, jarang orang hari ini yang memikirkan bagaimana ia berfungsi. Seandainya kita makan, perkara utama yang hanya bermain di fikiran adalah; Adakah makanan ini berkhasiat? Apakah menyelerakan? Itu sahaja.

Selepas itu, kita tidak lagi berfikir apa yang berlaku kepada makanan selepas kita makan dan kita tidak lagi melihat atau membayangkan bagaimana makanan ini diproses di dalam tubuh badan yang memberi manfaat yang amat besar kepada kesihatan kita.

Ketahuilah bahawa tiap-tiap kita manusia memiliki sistem penghadaman. Sistem penghadaman ini berfungsi memproses makanan dengan terperinci sebaik sahaja selepas kita masukkan makanan ke dalam mulut. Yakni, pada peringkat awal lagi, sewaktu kita mengunyah makanan, air liur yang dilengkapi dengan enzim berfungsi membasahi makanan dan selanjutnya membantu proses penghadaman.

Makanan yang telah selesai dikunyah tadi kemudian akan ditelan yang seterusnya akan dibawa melalui esofagus. Esofagus bertindak sebagai laluan utama yang membawa makanan ke perut. Di perut ini lah makanan kemudian akan melalui proses yang lebih rumit lagi.  Di sini asid hidroklorik yang sedia ada di dalam perut akan mencerna makanan.

Untuk pengetahuan anda, asid hidroklorik ini begitu kuat, ia bukan hanya memiliki keupayaan untuk mencernakan makanan , bahkan boleh untuk menghakis atau merosakkan dinding perut.

Namun, sudah tentu sistem perut dicipta atau direka dengan sempurna untuk mengatasi masalah ini. Perkara ini berlaku dengan wujudnya satu rembesan yang dipanggil mukus yang dirembeskan perut semasa proses penghadaman yang bertindak untuk melindungi perut daripada kesan asid hidroklorik. Justeru, dinding perut terhalang daripada dikikis asid.

Satu perkara penting yang perlu dijelaskan di sini adalah; teori evolusi tidak mampu untuk menghurai, mengemukakan serta merumuskan proses sistem penghadaman ini sebagaimana yang diterangkan tadi. Teori evolusi hanya menyatakan bahawa organisma kompleks pada hari ini telah berkembang daripada selular primitif yang terjadi akibat pengumpulan perubahan struktur kecil secara beransur-ansur.

Walau bagaimanapun, seperti yang dijelaskan secara terperinci sebelum ini; adalah sistem perut tidak boleh sama sekali terjadi dengan bersahaja, bahkan telah jelas bahawa sistem perut ini memerlukan langkah proses yang teratur dan terperinci. Malah, ketiadaan walaupun satu proses, katakan tiada rembesan mukus, sudah pasti ia selanjutnya akan membawa kepada kebinasaan sel, organ, sistem serta keseluruhan tubuh badan.

Apa yang perlu untuk kita fikir secara kritis atau renung dengan mendalam berhubung dengan sistem penghadaman ini adalah; semua ini menunjukkan bahawa badan manusia tidak ubah seperti kilang yang besar. Kilang yang terdiri daripada banyak mesin kecil yang bekerja bersama-sama dalam suasana yang cukup harmoni.

Seperti juga semua kilang mempunyai pereka, jurutera dan perancang, begitu juga badan manusia. Perancang/Jurutera ini kita sebut sebagai " Tuhan Yang Maha Pencipta."

#worshipthecreatornotthecreation

Adaptasi dari: islamreligion

Friday, 26 June 2015

: : Al-Quran Sebagai Mukjizat : :

Al-Quran Sebagai Mukjizat
oleh: Prof. Dr. Hamka


I'jazul Quran (i'jaz ialah perlemahan)

Yaitu lemah orang buat meniru atau menyamai Al-Quran, apatah lagi menandingi dan melebihinya. Sebab itu samalah pendapat ulama-ulama ahli bahasa dan sastera, bahawasanya Al-Quran ini adalah Mu'jizat bagi Nabi Muhammad (saw).

Sebagaimana bagi Nabi Musa (as) ada mu'jizat membelah laut dengan tongkat, bagi Nabi Isa (as) ada mu'jizat menyembuhkan orang sakit lepra hanya semata-mata dengan menjamah.

Mengapa Al-Quran sebagai mu'jizat?

Maka timbullah pertanyaan orang, mengapa mu'jizat Nabi Muhammad (saw) hanya Al-Quran yang dibaca, atau satu kitab yang dipelajari, bukan sebagai mu'jizat yang mengagumkan akal?

Mengapa tidak tongkat sebagai yang ada pada Nabi Musa (as)? Mengapa tidak api yang menghangusi sebagai mu'jizat Nabi Ibrahim (as)? Atau sebagaimana Nabi Isa (as) menyembuhkan orang buta dan orang sakit lepra itu?

Di zaman kita inipun masih ada orang yang bertanya-tanya demikian, dan orang-orang musyirikin di Makkah dahulupun pernah meminta supaya Nabi Muhammad (saw) menunjukkan suatu mu'jizat, misalnya Bukit Shafa menjadi emas, atau beliau sendiri mempunyai sebuah rumah dari emas, dan beberapa permintaan yang lain, sebagaimana tersebut di dalam Surah Al-Isra' (surah ke-17), ayat 93 dan beberapa ayat pada surah lain.

Tetapi permintaan mereka itu tidak dikabulkan Allah atau tidak memandang itu lebih penting daripada mu'jizat Al-Quran.

Beberapa Hadis yang sahih telah diriwayatkan (direkodkan) oleh sahabat-sahabat beliau, bahawa beliaupun pernah mempertunjukkan mu'jizat yang aneh-aneh, misalnya keluar air yang diminum oleh 1,200 orang dari dalam timba beliau yang kecil di Hudaibiyah, atau hujan lebat di sekitar khemah tentera sahaja dan tidak turun di tempat lain sehingga dapat semuanya menampung air, yang banyaknya 30,000 orang dalam perjalanan ke peperangan Tabuk dan beberapa mu'jizat yang lain.

Tetapi mu'jizat-mu'jizat yang demikian tidaklah beliau jadikan tentangan kepada kaum musyirikin. Beliau menentang lawan hanyalah dengan mu'jizat Al-Quran. Dengan Al-Quran beliau mengokohkan risalahnya dan dengan Al-quran beliau menambah iman pengikut-pengikut beliau, kaum yang beriman, sampai hari kiamat.

Mu'jizat disesuaikan dengan zaman hidup Rasul

Mu'jizat seorang Rasul ataupun seorang Nabi selalu di sesuaikan Tuhan dengan zaman hidup Rasul atau Nabi itu sendiri, dan harus sesuai pula dengan bermacam-ragam risalah yang dibawanya.

Apabila risalahnya itu adalah merata untuk seluruh manusia, yang kekal dan tidak akan berubah lagi sampai selama-lamanya, hendaklah mu'jizatnya itu yang kekal dan merata pula, yang kian mendalam orang berfikir, kian mengaku akan mu'jizat itu.

Mu'jizat itu sekali-kali tidak akan kekal, kalau dia hanya merupakan suatu kejadian yang dapat dilihat mata disuatu masa. Sebab apabila Rasul yang membawa mu'jizat itu telah pulang ke Rahmatullah (meninggal/wafat), mu'jizat itu tidak akan bertemu lagi.

Dan ada pula suatu kejadian yang dipandang mu'jizat di zaman hidup nabi yang bersangkutan, namun setelah beberapa abad kehadapan, keangkeran (keistimewaan) mu'jizat itu tidak ada lagi kerana kemajuan ilmu pengetahuan.

Sebagai contoh, orang Yogi yang kuat mengadakan pertapaan sudah boleh berjalan di atas api yang tengah menyala, sehingga mu'jizat Nabi Ibrahim sudah hampir disamai. Kemajuan ilmu kedoktoran di zaman kita ini telah memungkinkan sembuhnya penyakit-penyakit kronik sebagai yang telah disembuhkan oleh jamahan tangan Nabi Isa.

(Selain itu kemajuan teknologi dalam bidang kejuruteraan juga telah membolehkan kita menyeberangi lautan yang dalam dan luas melalui pembinaan jambatan sebagaimana mu'jizat Nabi Musa membelah laut untuk menyeberanginya.)

Al-Quran merupakan mu'jizat yang sesuai pada seluruh masa dan bangsa

Lantaran itu dapatlah kita berkata bahawasanya mu'jizat segala Nabi dan Rasul, dan mu'jizat Nabi Muhammad (saw) yang selain daripada Al-Quran, adalah hal kenyataan yang dapat dilihat dengan mata, yang habis dengan sendirinya setelah lewat zamannya.

Tetapi mu'jizat Nabi Muhammad (saw) yang bernama Al-Quran ini adalah mu'jizat yang sesuai untuk seluruh masa dan bangsa, yang datang setelah akal dan kecerdasan manusia sudah lebih tinggi dari zaman purbakala.

Pengakuan al-Walid bin al-Mughirah terhadap Al-Quran

Seorang ahli bahasa yang besar, sasterawan terkemuka di zaman Nabi, yaitu al-Walid bin al-Mughirah seketika diminta oleh Abu Jahal, bagaimana kesannya tentang susun kata Al-Quran telah meyatakan:

"Demi Allah! Tidak ada di kalangan kita yang sepintar saya menilai syair-syair, yang mengenal Rajaznya dan Khadhidnya.

Demi Allah! Apa yang diucapkan oleh Muhammad itu tidak dapat diserupakan dengan sebarang syairpun.

Demi Allah! Kata-katanya ini manis didengar, indah diucapkan, puncaknya menimbulkan buah, dasarnya memancarkan kesuburan.

Perkataan ini selalu di atas dan tidak dapat di atasi, dan yang di bawahnya mesti hancur dibuatnya."

Al-walid tidak masuk Islam, dia tetap dalam kufur. Tetapi inti kebenaran dalam keistimewaan Al-Quran tidak dapat dibantahnya. Dia tidak dapat memutar belit kenyataan. Sebab itu Al-Quran juga mempengaruhi orang yang memusuhinya sebagaimana mempengaruhi orang yang beriman kepadanya.

Sumber: Tafsir al-Azhar 

Wednesday, 15 April 2015

: : The Devils are Chained in Ramadhan : :

Why Do People Commit Sins If All The Devils Are Chained in Ramadhan?
By: Dr Zakir Naik


Dr. Zakir Naik: And I do agree with you that this is a common question and I remember several years back when I was in school and when I heard this Hadith that the devils are chained in the month of Ramadhaan immediately the question that came to my mind and the question that comes to many Muslims’ mind and many non-Muslims’ is that if the devils are chained then how do people, how do human beings yet commit sins?

This question is based on Hadith Muhammad (saws) which I mentioned earlier,

A Sahih Hadith of Musnad Ahmed vol. 2 page no. 230 Hadith no. 7148 which is also repeated
In Sunan Nasai ch. 5 Hadith no. 2106 where the beloved Prophet said that

“O ye people the blessed month of Ramadhaan is approaching and Allah has ordained for you that your fast in this month and the gates of heaven will be opened in this month and the gates of the hell will be closed and the devils will be chained. In this month is the night which is better than a thousand months and a person who is deprived of the blessings in this month is truly a deprived person.”

Monday, 6 April 2015

: : Dakwah Nabi Ibrahim a.s : :

: : Kisah Nabi Ibrahim a.s berdakwah kepada Kaumnya : : 



Allah swt berfirman di dalam surah al-An'am, surah ke 6, ayat 74-80 yang bermaksud:



74. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".

75. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

76. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

78. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ‘Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

79. "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

80. Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Dia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

[Al-Quran 6:74-80]

Tuesday, 9 September 2014

: : Satu Hari di sisi Allah swt : :

Satu Hari di sisi Allah swt
Oleh: Dr Zakir Naik


Satu hari di sisi Allah; adakah 1000 tahun atau 50000 tahun?

Dalam Al-Quran terdapat ayat yang mengatakan bahawa satu hari di sisi Allah swt adalah sama dengan seribu (1,000) tahun. Walau bagaimanapun dalam ayat yang lain Allah swt telah mengatakan bahawa satu hari adalah bersamaan dengan lima puluh ribu (50 000) tahun. Justeru, adakah ayat yang terdapat dalam Al-Quran bercanggah antara satu sama lain?

1. Masa di sisi Allah swt tiada tandingan dengan masa duniawi

Al-Quran mengatakan dalam dua ayat, iaitu (22:47 dan 32: 5), bahawa ukuran satu hari di sisi Allah swt adalah sama dengan 1,000 tahun hitungan kita. Namun, di dalam ayat yang lain, iaitu (70: 4), Allah swt telah mengatakan bahawa ukuran satu hari di sisiNya adalah sama dengan 50,000 tahun hitungan kita.

Monday, 21 April 2014

: : Mukjizat : :

Mukjizat


Dalam Islam mukjizat atau keajaiban adalah suatu perkara yang luar biasa atau peristiwa yang bertentangan dengan hukum alam dan hanya berlaku melalui campur tangan langsung daripada Allah swt sendiri. Mukjizat berasal daripada perkataan 'ajz, yang bererti sesuatu yang berketidakupayaan, tidak boleh ditentang atau unik. 

Menurut ajaran Islam, mukjizat hanya berlaku kepada para Nabi dan Rasul Allah dengan izin-Nya. Mukjizat bukan sihir yang merupakan suatu helah atau ilusi. Bukan juga karamah yang berlaku kepada orag-orang yang soleh.

Monday, 31 March 2014

: : Al-Quran: Kata-Kata Allah : :

Al-Quran: Kata-Kata Allah




Al-Quran, sebuah buku yang sarat dengan nasihat pengajaran yang kudus membawa berita gembira kepada umat manusia. Al-Quran mengesahkan kebenaran terhadap penemuan penting manusia baik dari sudut rohani mahupun intelek.

Setiap buku mempunyai objektif dan objektif Al-Quran adalah untuk menjadikan manusia sedar tentang perancangan penciptaan Allah. Al-Quranlah satu-satunya buku yang memberitahu manusia mengapa Allah menciptakan dunia ini, apa tujuan manusia dicipta di bumi ini; apa yang perlu dilakukan manusia ketika hidupnya dan apa yang akan berlaku selepas mereka mati.

Saturday, 29 March 2014

: : Spirituality in Islam : :

Spirituality In Islam
By: Hamza Tzortzis


Islam doesn’t view ‘spirituality’ separately from everyday activities. In Islam everything is ‘spiritual’ because all actions must be in accordance with God’s pleasure. This view comes from the Islamic creed and the Muslim’s understanding of tawhid (the oneness of God).

‘There is no deity worthy of worship except God’ this conviction creates a world view, a perspective and a unique behaviour. It essential means that all actions – from having a shower to picking up litter from the floor – should be referred to the Creator. This establishes a constant awareness, mindfulness and consciousness of God in everything that the Muslim says or does.

Wednesday, 19 March 2014

: : Akhirah : :

Akhirah
By: Maulana Wahiduddin Khan



Man is an eternal creature. However, his life-span has been divided by God into two parts. A very tiny part of it has been placed in this world, while all of the remainder has been placed in the Hereafter. The present world is the world of action, while the world of the Hereafter is the place for reaping the harvest of actions. The present world is imperfect, but the worlds of the Hereafter is a limitless world where all things have been provided in their ideal state.

God has place His heaven- full of all kinds of blessings- in that world of the Hereafter. Those who prove to be God-fearing and pious in this world will enter into that world to find the gates of heaven eternally open for them.

But those who are oblivious of God in this present world or who opt for the path of contumacy in regard to God’s matter, are criminal in God’s eyes. All such people will be deprived of the blessings of the Hereafter.

Friday, 14 March 2014

: : Is Religion a Force for Good or Evil? : :

Is Religion a Force for Good or Evil?
By: Hamza Tzortzis


A few years ago I participated in a ‘Dialogue With Islam’ debate with the well-known author and philosopher Dr Nigel Warburton. The subject of the debate was “Is Religion a Force for Good or Evil?” and overall I thought it was a positive experience.

My remit was to present religion, and more specifically Islam, as a force for ‘good’. I started by presenting religion as a social phenomenon, this way the majority of the humanist/atheist audience who did not believe in the intellectual foundations of any religion, could appreciate the research. 

Due to the question we were addressing I started to speak about religion in general, I steered away from inquiring about God’s existence or the attempt to demonstrate the intellectual compatibility with religion and reason. I focused on understanding religious belief itself and how it relates to world views and their implications on individual and social action. After all this was the topic of discussion.

Wednesday, 5 February 2014

: : Rukun Islam Pertama : :

Rukun Islam Pertama



Syahadah Lailaha illallah dan Muhammad Rasulullah

Kedua kalimat syahadah ini merupakan pintu gerbang Islam dan rukunnya yang sangat agung. Seseorang tidak mungkin disebut Muslim kecuali dengan mengucapkan dua kalimat tersebut, serta mengamalkan kandungannya. 

Dengan mengucapkan dua kalimat ini juga seorang yang kafir menjadi Muslim.

1. Makna Syahadah Lailaha illallah

Iaitu: Mengucapkannya dan mengetahui maknanya serta mengamalkan kandungannya secara lahir dan batin. Adapun mengucapkannya, tetapi tanpa mengetahui maknanya dan mengamalkan kandungannya, maka menurut ijmak para ulama hal itu tidak ada gunanya, bahkan itu hanya akan menjadi sia-sia baginya.

Dalam syahadah ini ada dua rukun, iaitu nafi dan itsbat. Nafi ertinya meniadakan ketuhanan dari selain Allah, sedangkan itsbat ertinya menetapkan ketuhanan hanya bagi Allah, tidak ada sekutu bagiNya.

Syahadah ini juga mengandung erti kafir kepada thaghut (iaitu: segala yang disembah selain Allah, dan ia rela, baik itu berupa manusia, batu, kayu, hawa nafsu dan syahwat) dan membenci serta berlepas diri daripadanya. Sesiapa yang mengucapkannya tapi tidak kafir kepada apa-apa yang disembah selain Allah, bererti dia belum mewujudkan kalimat syahadat ini.

Monday, 6 January 2014

: : Kalam Allah vs Lirik Eminem : :

Kalam Allah vs Lirik Eminem


Allah swt telah berfirman di dalam surah al-Isra ayat 88:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan (sesuatu) yang sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu sesama sendiri". [Al-Quran 17:88]

Dalam sebuah video yang bertajuk Who is God: Allah? Jesus? Eminem? yang berdurasi selama 9 minit 46 saat (9:46), Saudara Kamal Saleh telah mengemukakan perbandingan antara lirik Eminem dengan kata-kata Allah, surah al-Kauthar iaitu surah yang paling pendek dalam Al-Quran pada minit ke 6:39 video tersebut.

Bagi sesetengah golongan yang hidup dan bergelombang dengan dunia hiburan terutama muzik rap, mereka menganggap Eminem sebagai ‘Rap God’. Bahkan Eminem diiktiraf penulis lirik yang paling pantas dan terbaik di dunia. Walau terkenal dengan kehebatan liriknya itu..ia masih tidak wajar untuk dibandingkan dengan surah yang paling pendek dalam Al-Quran.

Ikuti perbandingan tersebut dalam video di bawah ini..





Tuesday, 26 November 2013

: : Kisah Ateis Masuk Islam : :

Kisah Ateis Masuk Islam


Aku berkata , “Allah, inilah saatnya. Inilah waktunya aku (ingin) memasuki Islam, apa yang aku perlukan adalah tanda”

Hanya tanda kecil, tidak usah yang besar, mungkin sebuah kilat atau mungkin setengah rumahku roboh. Kau yang menciptakan bumi, ayuhlah..

Jadi aku terus duduk di sana. Menunggu tanda..mungkin saja api lilin melompat setinggi 4 meter seperti dalam filem-filem.

Dan..subhanallah, tidak ada apa-apa. Benar-benar tidak ada apa pun yang terjadi.

Tuesday, 19 November 2013

: : Is Hinduism The Oldest & Best Religion? : :

Is Hinduism The Oldest & Best Religion?
By: Dr Zakir Naik


Question:

Hinduism is the oldest of all the religions and thus the, most pure, authentic and best of all the religions of the world.

Answer:

1. Islam is the oldest religion    
            
Hinduism is not the oldest of all the religions. It is Islam which is the first and the oldest of all religions. People have a misconception that Islam is 1400 years old and that Prophet Muhammad (pbuh) is the founder of this religion. Islam existed since time immemorial, ever since man first set foot on this earth. Prophet Muhammad (pbuh) was not the founder of Islam. He was the last and final Messenger of Almighty God.

Tuesday, 12 November 2013

: : Mazhab : :

Mazhab
Oleh: Dr Zakir Naik & Syeikh Muhammad Sulthan al-Makki


Mengapa Umat Islam Terbahagi Kepada Golongan / Pelbagai Mazhab?

Soalan

Sekiranya orang Islam mematuhi satu Al-Quran yang sama, maka mengapa pula terdapat banyak golongan dan mazhab yang berlainan di kalangan orang Islam?

Jawapan

1. Orang Islam perlu bersatu.

Menjadi suatu kenyataan bahawa umat Islam pada hari ini berpecah belah. Islam langsung tidak menyokong perpecahan. Islam menganjurkan perpaduan di kalangan pengikutnya.

Kitab suci Al-Quran menyebut:

Friday, 8 November 2013

: : Apakah Makan Daging Dibenarkan Dalam Islam : :

Apakah Makan Daging Dibenarkan Dalam Islam
Oleh: Dr Zakir Naik


Soalan

Membunuh haiwan adalah suatu perbuatan kejam. Mengapa pula orang
Islam makan makanan daging (bukan vegetarian)?

Jawapan

‘Vegetarianisme’ kini merupakan suatu aliran di serata dunia. Ramai yang mengaitkannya dengan hak asasi haiwan. Sesungguhnya, ada juga sebilangan besar orang menganggap pengambilan daging dan hasil bukan vegetarian sebagai pencabulan hak asasi haiwan.

Islam menyarankan belas dan ihsan ke atas semua makhluk hidup. Pada masa yang sama, Islam menegaskan bahawa Allah SWT telah mencipta bumi dan tumbuhan dan binatang yang menakjubkan untuk manfaat umat manusia. Terpulang kepada manusia untuk menggunakan sumber alam secara bijaksana sebagai nikmat dan amanat Allah SWT.

Mari kita melihat hujah ini dari pelbagai aspek lain.

: : Penyembelihan Dalam Islam : :

Penyembelihan Dalam Islam
Susunan: Mohd Aziz


Pengenalan

Allah swt telah berfirman di dalam surah al-Maidah, surah ke 5 ayat ke 3:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...