Oleh: Dr Zakir Naik
Kristian merupakan sebuah agama samawi yang mempunyai
pengikut hampir 1.2 bilion di seluruh dunia. Perkataan Kristian adalah diambil
sempena nama Jesus Kristus (Jesus Christ) atau Isa al-Masih a.s. Kitab Injil
(Holy Bible) adalah kitab suci bagi penganut agama Kristian.
Kitab Injil dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Kitab
Perjanjian Lama (Old Testament) dan Kitab Perjanjian Baru (New Testament).
Kitab Perjanjian Lama adalah kitab suci bagi penganut agama Yahudi yang didakwa
mereka sebagai Taurat. Kitab Perjanjian Lama ini merekodkan kisah para Nabi dan
Rasul yang berketurunan Yahudi sebelum kedatangan Jesus Kristus a.s. Manakala
Kitab Perjanjian Baru mengandungi rekod kehidupan Jesus Kristus a.s.
Kedua-dua kitab ini iaitu Kitab Perjanjian Lama &
Kitab Perjanjian Baru adalah diletakkan bersama-sama dalam Kitab Injil yang
keseluruhannya mengandungi 73 buah buku
(books). Walau bagaimanapun, Kitab Injil pengikut mazhab Protestant seperti
Kitab Injil Versi King James (King James Version) hanya mengandungi 66 buah
buku kerana mereka mendakwa 7 buah buku yang terdapat dalam Kitab Perjanjian
Lama adalah Apocrypha atau diragukan
kesahihannya.
Oleh yang demikian, Kitab Perjanjian Lama bagi penganut
Kristian Katolik mempunyai 46 buah buku manakala bagi penganut Kristian Protestan
hanya terdapat 39 buah buku. Namun, jumlah buku yang terdapat dalam Kitab
Perjanjian Baru bagi kedua-dua pengikut ini adalah sama iaitu 27 buah.
Kedudukan Jesus
Kristus a.s dalam Islam
Kedudukan Jesus
Kristus a.s sangat dihormati dalam Islam. Berikut merupakan pernyataan Islam
terhadap Jesus Kristus a.s:
i) 1. Islam merupakan satu-satunya agama bukan Kristian (non-Christian faith)
yang menyatakan kepercayaan dan keimanan kepada Jesus Kristus a.s.
Sesungguhnya, seorang Muslim tidak dianggap Muslim jika dia tidak percaya
kepada Jesus Kristus a.s
ii) 2. Kami (umat Islam) percaya bahawa dia adalah salah seorang Rasul Allah swt
yang agung.
iii) 3. Kami (umat Islam) percaya bahawa dia dilahirkan secara luar biasa iaitu
tanpa percantuman benih dari lelaki (tanpa bapa), yang mana ramai penganut
Kristian pada zaman moden ini tidak mempercayainya.
iv) 4. Kami (umat Islam) percaya bahawa dia adalah al-Masih yang bermaksud
Kristus.
v) 5. Kami (umat Islam) percaya dia boleh menghidupkan orang yang telah mati
dengan izin Allah swt
vi) 6. Kami (umat Islam) juga percaya bahawa dia dapat mengubati penyakit buta dan
sopak dengan izin Allah swt.
Seseorang mungkin berkata, jika kedua-dua penganut agama
Kristian dan Islam menyayangi dan menghormati Jesus Kristus a.s, oleh itu di
mana sebenarnya perbezaan ketara antara kedua-dua agama ini?
Perbezaan utama
antara Kristian dan Islam adalah orang-orang Kristian mendakwa Jesus Kristus
a.s adalah Tuhan.
Satu kajian yang terperinci terhadap kitab suci bagi
penganut Kristian iaitu Kitab Injil membuktikan bahawa Jesus Kristus a.s tidak
pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan.
Hakikatnya, tidak ada satu ayat pun di dalam keseluruhan
kitab Injil, di mana Jesus Kristus sendiri yang berkata “Saya Adalah Tuhan”
(I’m God) atau “Sembahlah saya” (Worship me).
Namun, kitab Injil ini mempunyai beberapa kenyataan yang merujuk kepada ucapan Jesus Kristus a.s. Berikut merupakan kenyataan-kenyataan Jesus Krsitus a.s tersebut:
Namun, kitab Injil ini mempunyai beberapa kenyataan yang merujuk kepada ucapan Jesus Kristus a.s. Berikut merupakan kenyataan-kenyataan Jesus Krsitus a.s tersebut:
“My Father is Greater
than I”
“Bapa-Ku lebih besar daripada Aku”
[John 14:28]
“My Father is Greater
than all”
“Bapa-Ku lebih besar daripada sesiapapun”
[John 10:29]
“…I cast out devils by
the spirit of God…”
“..Aku mengusir syaitan dengan kuasa roh Tuhan..”
[Mathew 12:28]
“…with the finger of
God cast out devils…”
“..Aku mengusir syaitan dengan kuasa Tuhan..”
[Luke 11:20]
“I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge; and my judgement is just; because I seek not my own will, but the will of the Father, which hath me.”
“Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menurut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia (Tuhan) yang mengutus Aku”.
[John 5:30]
Misi Jesus
Kristus a.s- Kedatangannya bagi memenuhi hukum
Jesus Kristus a.s tidak pernah mendakwa dirinya adalah
Tuhan. Beliau sendiri dengan jelas menerangkan misi sebenar kedatangannya.
Jesus Kristus a.s di utus oleh Tuhan adalah untuk mengesahkan hukum atau
undang-undang Yahudi yang ada sebelumnya. Perkara ini jelas terbukti
berdasarkan kenyataan Jesus a.s di dalam Injil Matius (Gospel of Matthew):
“Think not that I am
come to destroy the law, or the Prophets; I am not come to destroy, but to
fulfil.”
“Janganlah kamu menyangka, bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat
atau kitab para Nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk
menggenapinya.”
“For verily I say unto
you, till heaven and earth pass, one jot or one title shall in no wise pass
from the law, till all be fulfilled.”
“Kerana Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan
bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat,
sebelum semuanya terjadi.”
“Whosoever therefore
shall break one of these least commandments, and shall teach man so, he shall
be called the least in the Kingdom of heaven; but whosoever shall do and teach
them, the same shall be called great in the Kingdom of Heaven”
“Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat
sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia
akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam kerajaan Syurga, tetapi
sesiapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat,
ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam kerajaan Syurga.”
“For I say unto you,
That except your righteousness shall exceed the righteousness of the scribes
and Pharisees, ye shall in no case enter into the kingdom of heaven.”
“Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar
daripada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya
kamu tidak akan masuk ke dalam kerajaan Syurga.”
[The Bible, Mathew 5:17-20]
Tuhan mengutus
Jesus Kristus a.s
Kitab Bible menyebut misi Kenabian Jesus (Nabi Isa) a.s
di dalam ayat-ayat berikut:
"… and the word
which ye hear is not mine, but the Father’s which sent me."
“…dan firman yang kamu dengar itu bukanlah dari pada-Ku, melainkan dari
Bapa yang mengutus Aku.”
[The Bible, John 14:24]
"And this is life
eternal, that they might know thee the only true God, and Jesus Christ, whom
thou has sent."
“Inilah hidup yang kekal, yaitu bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya
Tuhan benar, dan mengenal Jesus Kritus yang telah Engkau utus.”
[The Bible, John 17:3]
Jesus menafikan walaupun cadangan menyebut beliau adalah
Tuhan. Sebagaimana yang disebut oleh Kitab Bible berkenaan sebuah kisah seperti
di bawah:
“And behold, one came
and said unto him, ‘Good Master, what good thing shall I do, that I may have
eternal life?’
“And he said unto him,
‘Why callest thou me good? There is none good but one, that is, God: but if
thou wilt enter into life, keep the commandments.”
“Ada orang datang kepada Jesus dan berkata: Guru yang baik, perbuatan
apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?’
“Dan Jesus menjawab: ‘Kenapa memanggil saya baik, hanya satu yang baik
iaitu Tuhan. Tetapi jika kamu ingin masuk ke dalam kehidupan (syurga),
turutilah segala perintah.”
[The Bible, Mathew 19:16-17]
Jesus Kristus a.s tidak mengatakan bahawa untuk memperoleh
kehidupan yang kekal abadi di syurga, manusia harus percaya kepadanya sebagai
Tuhan yang Maha Kuasa atau menyembahnya sebagai Tuhan atau percaya bahawa dia
yang akan menebus dosa-dosa manusia.
Sebaliknya Jesus menyebut bagi mendapatkan
jalan untuk selamat (path to salvation)
haruslah memelihara suruhan-suruhan. Perkara ini benar-benar berbeza antara
dogma (ajaran) Kristian yang menyebut bahawa jalan untuk selamat adalah melalui
pengorbanan Jesus, berbanding dengan apa yang di sebut oleh Jesus Kristus a.s
sendiri.
Jesus dari
Nazaret- Seorang lelaki yang ditentukan (dipilih) oleh Tuhan
Kenyataan berikut dari kitab Bible menyokong kepercayaan
Islam bahawa Jesus Kritus a.s adalah seorang Nabi Tuhan.
“Ye men of Israel, hear
these words; Jesus of Nazareth, a man approved of God among you by miracles and
wonders and signs, which God did by him in the midst of you, as ye yourselves
also know.”
“Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini: Yang aku maksudkan ialah
Jesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan oleh Tuhan di kalangan kamu dengan mukjizat
dan keajaiban serta tanda-tanda yang Tuhan lakukan sendiri di tengah-tengah
kamu, seperti yang kamu tahu.”
[The Bible, Acts 2:22]
Perintah pertama-
Tuhan adalah Esa (Satu)
Kitab Bible tidak menyokong sama sekali kepercayaan trinity dalam agama Kristian. Salah
seorang pengikut Taurat pernah bertanya kepada Jesus Kristus a.s berkenaan apakah
perintah yang pertama. Menjawab pertanyaan tersebut, Jesus a.s telah mengulangi
perkataan sama yang telah disebut oleh Musa a.s iaitu:
“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adna Ikhad”
Ia adalah petikan bahasa Ibrani yang bermaksud:
“Hear, O Israel: The
Lord our God is one Lord”
“Dengarlah, wahai kaum Israel: Tuhan kita adalah Tuhan yang Esa (satu)”
[Mark 12:29]
Terjemahan:
Mohd Aziz
Sumber:
Concept of God in Major Religions
No comments:
Post a Comment