Pages

Showing posts with label PERBANDINGAN AGAMA. Show all posts
Showing posts with label PERBANDINGAN AGAMA. Show all posts

Wednesday, 16 December 2015

: : 14 Bukti Bahawa Al-Qur'an Tidak Meniru/Plagiat Bibel : :

14 Bukti Bahawa Al-Qur'an Tidak Meniru/Plagiat Bibel
Oleh: Dr. Zakir Naik



Soalan

Apakah benar bahawa ayat-ayat Al-Qur’an adalah hasil peniruan atau ciplak dari Kitab Bibel?

Jawapan

Ramai pengkritik telah mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukanlah penulis Al-Qur'an melainkan dia meniru atau menciplak dari buku-buku lainnya atau dari kitab suci sebelumnya.

Fakta-fakta berikut membuktikan Al-Quran bukan hasil ciplak atau peniruan dari Kitab Bible:

1. Muhammad belajar Al-Qur'an dari seorang pandai besi Romawi yang beragama Kristian

Terdapat beberapa orang kafir telah menuduh Nabi Muhammad s.a.w belajar Al-Qur'an dari seorang pandai besi Romawi, yang beragama Kristian yang tinggal di pinggir kota Mekkah. Mereka menuduh sedemikian kerana Nabi Muhammad s.a.w sering mengunjungi dan mengamati pandai besi tersebut melakukan pekerjaannya. Namun, bagi membantah tuduhan tersebut, wahyu Al-Qur'an telah diturunkan. Allah swt berfirman dalam surat an-Nahl [16]: 103:

"Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa mereka berkata: "Sesungguhnya Al Qur'an itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad)". Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya adalah bahasa 'Ajam, sedang Al Qur'an adalah dalam bahasa Arab yang terang." [Al-Quran 16: 103]

Bagaimana mungkin orang yang berbahasa asing dan hampir tidak mampu berbahasa Arab mengajarkan Nabi Muhammad s.a.w untuk menulis Al-qur'an yang berbahasa Arab murni dan fasih? Mempercayai bahawa seorang pandai besi Romawi mengajarkan Nabi Muhammad menulis Al-Qur’an sama saja dengan percaya bahawa seorang pendatang Cina yang tidak tahu bahasa Inggeris lalu mengajarkan Shakespeare cara menulis puisi dan sajak dalam bahasa Inggeris.

2. Muhammad s.a.w belajar dari Waraqah – waris kerabat Siti Khadijah (ra)

Hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan para pemuka agama Yahudi dan Kristian sangat sedikit. Tokoh Kristian yang paling terkenal adalah seorang buta yang bernama Waraqah bin Naufal yang merupakan waris kerabat kepada Siti Khadijah (ra), isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w. Meskipun berketurunan Arab, namun dia adalah seorang penganut agama Kristian. Nabi Muhammad s.a.w hanya bertemu dengannya sebanyak dua kali. Pertama, ketika Waraqah beribadah di Ka'bah (sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi nabi) dan ketika itu Waraqah mencium kening Nabi Muhammad s.a.w. Yang kedua adalah ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi menemui Waraqah setelah menerima wahyu pertama. Waraqah meninggal tiga tahun kemudian sementara wahyu terus-menerus turun kepada Nabi Muhammad selama tempoh 23 tahun. Oleh yang demikian, hal ini menepis anggapan bahawa Waraqah adalah sumber dari isi Al-Qur’an.

3. Diskusi agama Nabi Muhammad s.a.w dengan orang-orang Yahudi dan Kristian

Memang benar dan tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdiskusi agama dengan orang-orang Yahudi dan Kristian, tetapi diskusi ini berlaku ketika di kota Madinah, yakni lebih dari 13 tahun setelah wahyu Al-Qur’an yang pertama diturunkan. Tuduhan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian menjadi sumber dari Al-Qur’an adalah tidak benar dan jauh tersasar, kerana dalam diskusi ini Nabi Muhammadlah yang mengajarkan dan mengundang mereka masuk Islam, BUKAN sebaliknya di mana mereka mengajarkan Nabi Muhammad s.a.w tentang agama mereka. Malah, sebilangan orang-orang Yahudi dan Kristian ini kemudiannya masuk Islam.

4. Rasulullah s.a.w belajar Al-Qur'an dari orang-orang Yahudi dan Kristian yang dia jumpa di luar Arab

Sekiranya diteliti, semua catatan sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w hanya tiga kali melakukan perjalanan ke luar Mekkah. Malah, perjalanan berlaku sebelum beliau diangkat menjadi nabi iaitu:

·         Pada usia 9 tahun ketika, dia menemani ibunya ke Madinah.
·         Antara usia 9 dan 12 tahun, ketika dia menemani bapa saudaranya (Abu Thalib) ke Syiria untuk berdagang.
·         Pada usia 25 tahun, ketika dia memimpin kafilah Khadijah r.a ke Syiria.

Justeru, adalah suatu hal yang sangat tidak masuk akal ketika beranggapan bahawa Al-Qur'an dikarang berdasarkan dari pertemuan dengan orang-orang Kristian atau Yahudi hanya dengan tiga kali perjalanan sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.

5. Alasan logik untuk membuktikan bahawa Rasulullah tidak belajar Al-Qur'an dari orang-orang Yahudi atau Kristian

Berikut merupakan alasan yang logik untuk membuktikan bahawa Rasulullah saw bukanlah belajar Al-Quran daripada orang-orang Yahudi atau Kristian.

  •       Kehidupan sehari-hari Nabi Muhammad s.a.w senantiasa diperhatikan oleh orang ramai. Sekiranya sebuah wahyu ingin turun, orang ramai memberikan waktu kepada Rasulullah s.a.w untuk menunggu wahyu di rumahnya sendiri. Oleh itu, seandainya Rasulullah s.a.w bertemu dengan orang-orang yang ingin memberitahunya tentang apa yang harus dikarang dalam Quran, hal ini tidak akan mampu untuk disembunyikan untuk waktu yang lama dan sudah pasti terlebih dahulu telah diketahui oleh orang yang memberitahunya.

  •  ·    Para bangsawan Quraisy yang masuk Islam adalah dari kalangan orang-orang yang bijak pandai. Oleh itu, mereka dengan mudah dapat melihat sesuatu yang mencurigakan tentang bagaimana cara Rasulullah s.a.w menyampaikan wahyu kepada mereka. Apatah lagi misi kenabian Rasulullah s.a.w berlangsung selama 23 tahun.

  •        Musuh-musuh Rasulullah s.a.w senantiasa mengamati dirinya untuk membuktikan bahawa Rasulullah adalah pembohong. Namun mereka tidak mampu menunjukkan walaupun hanya satu kejadian sahaja di mana Rasulullah s.a.w melakukan pertemuan rahsia dengan orang-orang Yahudi atau orang Kristian tertentu.

  •       Tidak mungkin sekiranya memang Quran ditulis oleh manusia, maka manusia yang menulis Quran tersebut tidak menerima sebarang atau apa-apa imbuhan padahal dia telah menulis Quran yang merupakan sebuah mahakarya yang begitu agung.

Dengan demikian, secara logik tidak mungkin manusia yang menciptakan ayat-ayat Al-Qur’an.

6. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang buta huruf

Teori bahawa Nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Quran atau menyalinnya dari sumber lain dibantah oleh fakta bahawa dia adalah seorang buta huruf.

Firman Allah swt di surah al-Ankabut[48]: 29

"Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Qur'an) sesuatu Kitabpun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari(mu)." [Al-Qur'an 29:48]

Allah (swt) telah menyedari dan tahu bahawa akan ada ramai orang yang akan meragukan keaslian Al-Qur'an dan menganggapnya sebagai karangan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh kerana itu Allah swt Yang Maha Bijaksana telah menjadikan nabi yang terakhir dan penutup bagi sekalian nabi merupakan seorang 'ummi' (buta huruf), sehingga orang-orang tidak akan mampu sedikit pun meragukan keaslian Al-Quran. Justeru, tuduhan dari musuh-musuh Nabi Muhammad s.a.w bahawa dia telah menyalin Al-Qur'an dari sumber lain adalah tidak tersasar. Bahkan Allah swt memberikan bukti-bukti yang lainnya bahawa memang Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang nabi penutup dan terakhir.

Allah swt menegaskan dalam Al-Qur'an di surat al-A'raf[157]: 7

"(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi (buta huruf) yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka."

Nubuat tentang kedatangan seorang nabi yang buta huruf (Nabi Muhammad saw) juga disebutkan dalam Bibel di kitab Yesaya 29:12.

"dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca." [Yesaya 29:12]

Al-Qur'an menyatakan sebanyak 4 kali bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang buta huruf. Contohnya adalah dalam surat A'raf[158]: 7 dan dalam surat al-Jumu'ah[62]: 2

7. Tidak ada versi Arab dari Kitab Bibel ketika zaman Rasulullah s.a.w


Bibel versi Arab tidak ada pada saat Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. Perjanjian Lama Versi Arab tertua adalah ditulis oleh Saadias Gaon pada tahun 900 M (lebih dari 250 tahun setelah kewafatan atau kematian Rasulullah s.a.w tercinta). Sementara Kitab Bible versi Arab dari Perjanjian Baru yang tertua ditulis oleh Erpenius pada tahun 1616 M (sekitar seribu tahun setelah kematian Rasulullah s.a.w).

8. Persamaan Al-Qur'an dan Bibel adalah kerana sumber yang sama

Persamaan yang terdapat antara Al-Qur'an dan Bibel tidak beerti bahawa Al-Qur’an menyalin dari Kitab Bibel. Bahkan persamaan ini membuktikan bahawa keduanya berasal dari sumber yang sama. Dan memang semua wahyu ilahi berasal dari sumber yang sama yaitu Tuhan Yang Maha Esa. Tidak kira apa sahaja perubahan atau kerosakan yang telah berlaku dalam kitab suci Judeo-Kristian ini dan beberapa kitab suci lainnya yang lebih tua, namun masih ada beberapa ayat yang masih asli dan dengan demikian memiliki persamaan dengan agama-agama lainnya.

Memang benar di sana terdapat beberapa persamaan antara Al-Qur'an dan Kitab Bibel, namun ia tidak cukup untuk menuduh Muhammad s.a.w telah menyalinnya dari Bibel. Logik yang sama dengan demikian juga mampu diterapkan untuk ajaran Kristian dan Judaisme, dimana seseorang mampu saja menuduh bahawa Yesus (as) bukanlah seorang nabi yang sebenarnya (nauddzubillah) dan bahawa dia hanya menyalin dari Perjanjian Lama.

Persamaan di antara keduanya menandakan bahawa sumbernya adalah sama iaitu daripada Tuhan Yang Maha Esa dan merupakan kelangsungan tentang pesan dasar tauhid (beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa). Ini tidak bererti bahawa para nabi yang datang pada zaman kemudian menciplak atau meniru dari para nabi sebelumnya.

Sekiranya seseorang ketika ujian telah meniru orang lain, tentunya dia tidak akan menulis di lembaran jawapannya bahawa dia telah menyalin dari temannya, misalnya Mr. Xyz. Namun di dalam Al-Qur’an kita menemukan ayat-ayat yang memberikan salam dan penghormatan kepada semua nabi sebelumnya. Al-Qur'an juga menyebutkan berbagai wahyu yang diberikan oleh Tuhan kepada para nabi sebelumnya.

9. Muslim beriman pada Taurat, Zabur, Injil dan Quran

Ada empat wahyu Tuhan yang disebutkan namanya dalam Qur'an yaitu: Taurat, Zabur, Injil dan Quran.

  •         Taurat, iaitu wahyu yang diberikan kepada Musa (as).
  •         Zabur, iaitu wahyu yang diberikan kepada Daud (as).
  •         Injil, iaitu wahyu yang diberikan kepada Yesus / Isa (as).
  •         Al-Qur'an iaitu wahyu yang diberikan kepada nabi penutup dan terakhir Muhammad s.a.w.


Adalah menjadi kewajipan bagi setiap Muslim untuk beriman kepada semua nabi Tuhan dan semua wahyu Tuhan. Meskipun begitu, Bibel yang kita miliki sekarang terdiri dari lima kitab Perjanjian Lama yang dikaitkan dengan Musa a.s sementara kitab Mazmur dikaitkan dengan Nabi Daud a.s. Selanjutnya, keempat Injil (Gospel) dari Perjanjian Baru bukanlah Taurat, Zabur, atau Injil yang dimaksudkan oleh Al-Quran. Kitab-kitab Bibel yang ada sekarang mungkin berisi sebahagian dari firman Tuhan tetapi kitab-kitab ini bukanlah wahyu yang tepat dan asli seperti yang telah diberikan kepada para nabi.

Al-Qur'an menjelaskan bahawa semua nabi yang diutus oleh Tuhan mempunyai misi kenabian yang sama dan pesan dasar yang sama. Kerana itu, ajaran-ajaran asas dari mereka tidak boleh saling bertentangan, meskipun telah berlalu tempoh waktu yang cukup lama antara nabi sebelumnya dengan nabi berikutnya. Hal ini kerana sumber dari misi ini hanya satu: Tuhan Yang Maha Esa. Inilah sebabnya Al-Qur'an berfirman bahawa perbezaan yang ada di antara berbagai-bagai agama bukanlah tanggung jawab para nabi, melainkan para pengikut nabi-nabi tersebut yang telah melupakan bahagian-bahagian yang telah diajarkan kepada mereka, dan lebih jauh lagi, mereka menyalah ertikan dan mengubah atau memesongkan kitab suci tersebut. Dengan demikian Al-Qur'an tidak boleh dipandang sebagai kitab suci yang bertentangan dengan ajaran Nabi Musa, Yesus / Isa, dan nabi-nabi lainnya. Sebaliknya, Al-Qur’an menegaskan, melengkapi, dan menyempurnakan pesanan yang mereka yakni nabi bawa kepada kaum mereka.

Nama lain untuk Al-Qur'an adalah 'Furqan' yang bererti ‘pembeza’ untuk menilai yang benar dan salah, dan atas dasar itulah dengan Al-Quran kita dapat menganalisis bahagian-bahagian dari kitab suci sebelumnya yang dapat dianggap sebagai firman Tuhan.

10. Perbandingan ilmiah antara Al-Quran dan Bible

Seandainya anda melihat Kitab Bibel dan Al-Qur'an secara sekilas pandang, anda mungkin menemukan beberapa hal yang sama dalam keduanya, namun bila mana anda menganalisis dengan teliti dan cermat, anda akan mula menyedari bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara di antara keduanya. Hanya berdasarkan perincian sejarah, sukar bagi seseorang yang tidak terlalu faham dengan Kristian atau Islam untuk menyimpulkan manakah kitab suci yang benar. Walau bagaimanapun sekiranya anda menganalisis kedua-dua kitab suci ini dengan pengujian ilmiah, anda akan menyedari mana yang benar di antara keduanya. 

Poin-poin berikut menjelaskan perbezaan ilmiah antara Kitab bible dan Al-Quran.

Penciptaan alam semesta dalam masa enam hari

Dalam Bibel, kitab Kejadian bab 1 menjelaskan tentang penciptaan alam semesta dalam enam hari yang didarab 24 jam. Di sisi lain, Al-Qur'an menjelaskan bahawa alam semesta diciptakan dalam enam ‘ayyaam.’ Kata ayyaam memiliki dua makna: Pertama, ini mampu beerti sehari yang bersamaan dua puluh empat jam. Atau yang kedua, kata ini juga mampu beerti sebuah tempoh atau zaman yang merupakan jangka waktu yang sangat lama.

Ketika Al-Qur'an menjelaskan bahawa alam semesta diciptakan dalam enam 'ayyaam', hal ini beerti bahawa langit dan bumi diciptakan dalam enam tempoh yang panjang atau zaman. Dan para ilmuwan pada zaman sekarang tentu tidak keberatan menerima pernyataan ini. Sains moden memberitahu kita bahawa penciptaan alam semesta terjadi dalam tempoh jutaan tahun, dan hal ini bertentangan dengan Bibel yang menyatakan bahawa penciptaan alam semesta terjadi dalam enam hari didarab dua puluh empat jam.

Matahari diciptakan setelah siang

Bibel menjelaskan dalam Kitab Kejadian fasal 1 ayat 3-5 bahawa fenomena siang dan malam diciptakan Tuhan pada hari pertama. Cahaya yang beredar di alam semesta adalah hasil dari reaksi yang rumit pada bintang-bintang. Dan menurut Bibel, bintang-bintang ini diciptakan pada hari keempat (Kejadian 1: 14-19). Jadi penjelasan Bibel ini tidak logik dan tidak ilmiah, dimana Bibel menyebutkan bahawa hasilnya (fenomena siang dan malam) diciptakan pada hari pertama sementara penyebabnya (sumber cahayanya) diciptakan tiga hari kemudian. Selain itu keberadaan siang dan malam sebagai pertanda hari hanya mampu terjadi setelah bumi diciptakan dan putarannya mengelilingi matahari. Berbeza dengan Bibel dalam masalah ini, Al-Qur'an tidak memberikan urutan ilmiah dalam penciptaan. Oleh kerana itu benar-benar tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa Muhammad Nabi s.a.w menyalin ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta dari Bibel tetapi tidak ikut menyalin kesalahan ilmiah yang terdapat dalam Bibel.

Penciptaan matahari, bumi dan bulan

Menurut Bibel, kitab Kejadian fasal 1 ayat 9-13, bumi diciptakan pada hari ketiga, dan ayat 14-19 mengatakan matahari dan bulan diciptakan pada hari keempat. Bumi dan bulan adalah bagian dari tubuh induk, iaitu matahari. Bumi dan bulan tidak mungkin wujud sebelum adanya matahari. Oleh kerana itu penciptaan matahari yang berlaku setelah penciptaan bumi adalah bertentangan dengan fakta ilmiah tentang pembentukan sistem suria.

Tumbuh-tumbuhan diciptakan pada hari ketiga dan matahari pada hari keempat

Menurut Bibel, kitab Kejadian fasal 1 ayat 11-13, tumbuh-tumbuhan diciptakan pada hari ketiga berupa tunas-tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, dan segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji. Dan selanjutnya ayat 14-19 mengatakan bahawa matahari diciptakan pada hari keempat. Bagaimana mungkin tumbuh-tumbuhan mampu hidup tanpa kehadiran matahari, seperti yang disebutkan Bibel?

Jika nabi Muhammad s.a.w memang penulis Al-Qur'an dan telah menyalin isinya dari Bibel, bagaimana mungkin dia mampu menghindari kesalahan ilmiah yang terdapat dalam Bibel? Jika kita menganalisis dengan mendalam, Al-Qur'an tidak mengandungi ayat-ayat yang tidak sesuai dengan fakta-fakta ilmiah.

Matahari dan bulan memancarkan cahaya

Menurut Bibel, baik matahari dan bulan kedua-duanya memancarkan cahaya mereka sendiri. Dalam kitab Kejadian fasal 1 ayat 16 dikatakan, “Maka Tuhan menjadikan kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar (matahari) untuk menguasai siang dan yang lebih kecil (bulan) untuk menguasai malam.”

Ilmu pengetahuan moden menjelaskan kepada kita bahawa bulan tidak memiliki cahayanya sendiri. Cahaya bulan adalah berasal dari pantulan cahaya matahari. Penjelasan ini sama dengan penjelasan Al-Qur’an bahawa cahaya bulan adalah cahaya yang dipantulkan. Bagaimana mungkin 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad s.a.w membetulkan kesalahan ilmiah dalam Bibel tentang cahaya bulan ini, dan dia tidak ikut menyalin bahagian yang salah tersebut? Ini adalah suatu hal yang mustahil.

11. Adam (as) manusia pertama di bumi yang hidup 5800 tahun yang lalu

Sebagaimana silsilah Yesus Kristus yang dijelaskan dalam Bibel, dari Yesus menuju ke Abram / Ibrahim (as) sampai kepada manusia pertama di bumi yaitu Adam (as), diketahui bahawa Adam hidup di bumi sekitar 5800 tahun yang lalu:

  • 1948 tahun jarak antara Adam (as) dan Abram (as)
  • Sekitar 1800 tahun jarak antara Abram (as) dan Yesus (as)
  • 2000 tahun dari Yesus (as) sampai masa sekarang


Bukti-bukti yang kuat dari sumber arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa manusia pertama hadir di bumi sekitar puluhan sampai ratusan ribu tahun yang lalu dan bukanlah 5800 tahun yang lalu seperti yang dikemukakan oleh Bibel. Angka-angka ini bahkan semakin membuat kita bingung kerana faktanya kalender Yahudi sudah ada sekitar 5800 tahun yang lalu.

Al-Qur'an juga membahas tentang Adam (as) sebagai manusia pertama di bumi tetapi tidak menyebutkan tanggal atau masa kehidupannya di bumi seperti Bibel. Apa yang dikatakan Bibel dalam hal ini benar-benar tidak ilmiah.

12. Nuh (as) dan banjir

Penjelasan Bibel tentang banjir yang melanda Nuh (as) dan kaumnya terdapat dalam kitab Kejadian fasal 6 ayat 7-8 yang menunjukkan bahawa banjir itu melanda seluruh dunia dan menghancurkan setiap makhluk hidup di bumi, kecuali mereka yang menaiki bahtera Nuh (as). Penjelasan Bibel menunjukkan bahawa peristiwa itu terjadi sekitar 1656 tahun setelah masa Adam (as) atau 292 tahun sebelum kelahiran Abram / Ibrahim, pada saat Nuh (as) berusia 600 tahun. Dengan demikian banjir ini berkemungkinan terjadi pada tahun 21 atau 22 SM.

Kisah banjir ini, seperti yang dijelaskan dalam Bibel, bertentangan dengan bukti-bukti ilmiah dari sumber arkeologi yang menunjukkan bahawa dinasti kesebelas di Mesir dan dinasti ketiga di Babilonia terus wujud tanpa pernah menghilang dalam peradaban dan tampak bahawa tidak ada bencana alam besar yang terjadi di abad ke-21 SM.  Ini bertentangan dengan penjelasan Bibel bahawa seluruh dunia telah terendam banjir. Sebaliknya, penjelasan dari Al-Quran tidak bertentangan dengan bukti ilmiah atau data-data arkeologi. Pertama, Al-Qur'an tidak menunjukkan tanggal tertentu atau tahun terjadinya peristiwa itu. Dan kedua, menurut Al-Qur'an, banjir yang melanda nabi Nuh (as) dan kaumnya bukanlah bencana universal yang melanda seluruh muka bumi. Bahkan Qur'an secara khusus menyebutkan bahawa banjir itu adalah musibah tempatan yang hanya melanda kaum Nuh (as).

Dengan begitu, tidak logik untuk beranggapan bahawa Muhammad Rasulullah s.a.w telah menyalin kisah banjir dari Bibel dan membetulkan kesalahan yang ada di dalamnya lalu mengemukakan  faktayang benar melalui Al-Quran.

13. Musa (as) dan Firaun

Kisah Nabi Musa (as) dan Firaun sangat mirip antara Al-Qur'an dan Bibel. Kedua kitab suci ini menjelaskan bahawa Firaun tenggelam ketika dia cuba untuk mengejar Nabi Musa (as) yang memimpin pasukan Israel menyeberangi lautan di hadapan mereka. Berhubung kejadian ini juga, Al-Qur'an memberikan informasi tambahan di dalam surah Yunus[10]: 92

"Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami!" [Al-Qur'an 10:92]

Dr Maurice Bucaille, setelah melakukan penelitian yang mendalam membuktikan bahawa meskipun Ramses II diketahui telah menganiaya orang Israel sesuai dengan Bibel, ia benar-benar meninggal saat Musa (as) tinggal di daerah Madian. Putra dari Ramses II, Merneptah yang menggantikannya sebagai Firaun tenggelam ketika mengejar Musa dan kaumnya. Pada tahun 1898, tubuh mumi/mumia Merneptah ditemui di lembah raja-raja di Mesir. Pada tahun 1975, Dr. Maurice Bucaille dengan doctor-doktor lainnya mendapat izin untuk memeriksa mumi/mumia Merneptah. Penemuannya membuktikan bahawa Merneptah meninggal kerana tenggelam. Dengan demikian ayat Alquran yang berbunyi “Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran...”, telah terbukti kerana jasad Firaun tersebut sekarang tersimpan di ruang royal mummies di Muzium Kairo, Mesir.

Ayat Qur'an tersebut membuat Dr. Maurice Bucaille, yang tadinya adalah seorang Kristian, kemudian mempelajari Al-Qur'an. Dia kemudian menulis sebuah buku berjudul the Bible, the Qur’an and Science ', dan mengakui bahawa tidak mungkin manusia yang menulis Al-Qur'an. Penulisnya pastilah Tuhan. Kerananya dia (Dr. Maurice Bucaille) telah memeluk Islam.

14. Qur'an adalah kitab dari Allah

Bukti-bukti ini cukup untuk menyimpulkan bahawa Al-Qur'an tidak meniru atau menciplak Bibel, melainkan Al-Qur'an adalah Furqaan – pembeza untuk menilai yang benar dan salah. Al-Quran mampu digunakan untuk meneliti ayat-ayat mana dari Bibel yang kemungkinan memang benar-benar firman Tuhan.

Tuhan sendiri bersaksi dalam surat As-Sajdah[32]: 1-3

“Alif Lam Mim. Turunnya Al-Quraan yang tidak ada keraguan di dalamnya, (adalah) dari Tuhan semesta alam. Tetapi mengapa mereka (orang kafir) mengatakan: "Dia Muhammad mengada-adakannya." Sebenarnya Al-Quraan itu adalah kebenaran dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." [Al-Qur'an 32: 1-3]

Diadaptasi dari www.lampuislam.org


Monday, 6 April 2015

: : Dakwah Nabi Ibrahim a.s : :

: : Kisah Nabi Ibrahim a.s berdakwah kepada Kaumnya : : 



Allah swt berfirman di dalam surah al-An'am, surah ke 6, ayat 74-80 yang bermaksud:



74. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata".

75. Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.

76. Maka ketika ia berada pada waktu malam yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar), lalu ia berkata: "Inikah tuhanku?" kemudian apabila bintang itu terbenam, ia berkata pula: "Aku tidak suka kepada yang terbenam hilang".

77. Kemudian apabila dilihatnya bulan terbit (menyinarkan cahayanya), dia berkata: "Inikah tuhanku?" maka setelah bulan itu terbenam, berkatalah dia: "Demi sesungguhnya, jika aku tidak diberikan petunjuk oleh Tuhanku, nescaya menjadilah aku dari kaum yang sesat".

78. Kemudian apabila dia melihat matahari sedang terbit (menyinarkan cahayanya), berkatalah dia: "Inikah tuhanku? Ini lebih besar". Setelah matahari terbenam, dia berkata pula: ‘Wahai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri (bersih) dari apa yang kamu sekutukan (Allah dengannya).

79. "Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain)".

80. Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: "Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Dia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?

[Al-Quran 6:74-80]

Friday, 14 March 2014

: : Is Religion a Force for Good or Evil? : :

Is Religion a Force for Good or Evil?
By: Hamza Tzortzis


A few years ago I participated in a ‘Dialogue With Islam’ debate with the well-known author and philosopher Dr Nigel Warburton. The subject of the debate was “Is Religion a Force for Good or Evil?” and overall I thought it was a positive experience.

My remit was to present religion, and more specifically Islam, as a force for ‘good’. I started by presenting religion as a social phenomenon, this way the majority of the humanist/atheist audience who did not believe in the intellectual foundations of any religion, could appreciate the research. 

Due to the question we were addressing I started to speak about religion in general, I steered away from inquiring about God’s existence or the attempt to demonstrate the intellectual compatibility with religion and reason. I focused on understanding religious belief itself and how it relates to world views and their implications on individual and social action. After all this was the topic of discussion.

Monday, 6 January 2014

: : Kalam Allah vs Lirik Eminem : :

Kalam Allah vs Lirik Eminem


Allah swt telah berfirman di dalam surah al-Isra ayat 88:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan (sesuatu) yang sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka saling bantu-membantu sesama sendiri". [Al-Quran 17:88]

Dalam sebuah video yang bertajuk Who is God: Allah? Jesus? Eminem? yang berdurasi selama 9 minit 46 saat (9:46), Saudara Kamal Saleh telah mengemukakan perbandingan antara lirik Eminem dengan kata-kata Allah, surah al-Kauthar iaitu surah yang paling pendek dalam Al-Quran pada minit ke 6:39 video tersebut.

Bagi sesetengah golongan yang hidup dan bergelombang dengan dunia hiburan terutama muzik rap, mereka menganggap Eminem sebagai ‘Rap God’. Bahkan Eminem diiktiraf penulis lirik yang paling pantas dan terbaik di dunia. Walau terkenal dengan kehebatan liriknya itu..ia masih tidak wajar untuk dibandingkan dengan surah yang paling pendek dalam Al-Quran.

Ikuti perbandingan tersebut dalam video di bawah ini..





Tuesday, 26 November 2013

: : Kisah Ateis Masuk Islam : :

Kisah Ateis Masuk Islam


Aku berkata , “Allah, inilah saatnya. Inilah waktunya aku (ingin) memasuki Islam, apa yang aku perlukan adalah tanda”

Hanya tanda kecil, tidak usah yang besar, mungkin sebuah kilat atau mungkin setengah rumahku roboh. Kau yang menciptakan bumi, ayuhlah..

Jadi aku terus duduk di sana. Menunggu tanda..mungkin saja api lilin melompat setinggi 4 meter seperti dalam filem-filem.

Dan..subhanallah, tidak ada apa-apa. Benar-benar tidak ada apa pun yang terjadi.

Tuesday, 19 November 2013

: : Is Hinduism The Oldest & Best Religion? : :

Is Hinduism The Oldest & Best Religion?
By: Dr Zakir Naik


Question:

Hinduism is the oldest of all the religions and thus the, most pure, authentic and best of all the religions of the world.

Answer:

1. Islam is the oldest religion    
            
Hinduism is not the oldest of all the religions. It is Islam which is the first and the oldest of all religions. People have a misconception that Islam is 1400 years old and that Prophet Muhammad (pbuh) is the founder of this religion. Islam existed since time immemorial, ever since man first set foot on this earth. Prophet Muhammad (pbuh) was not the founder of Islam. He was the last and final Messenger of Almighty God.

Monday, 21 October 2013

: : Pandangan Muslim Terhadap Jesus a.s : :

Pandangan Muslim Terhadap Jesus (Isa alaihi salam)

Umat Islam menghormati dan memuliakan Jesus a.s (Nabi Isa a.s). Tidaklah dikira Muslim seseorang Muslim itu jika dia tidak mempercayai Jesus a.s. Selain itu, umat Islam juga percaya bahawa Jesus a.s adalah salah seorang dari rasul Allah swt.

Seorang Muslim tidak merujuk kepada beliau hanya sebagai ‘Jesus’ atau  ‘Isa’, tetapi sentiasa menambah ungkapan “’alaihi salam (a.s)” yang bermaksud selamat dan sejahtera ke atasnya;

Friday, 11 October 2013

: : Kedatangan Kedua Jesus a.s : :

Kedatangan Kali Kedua Jesus a.s


Baik Kristian mahupun Islam, kedua-dua agama ini percaya dengan adanya Jesus a.s. Namun, Kristian percaya Jesus a.s adalah Tuhan, sebaliknya Islam percaya Jesus a.s adalah Pesuruh (Rasul) Tuhan. Selain itu, Islam dan Kristian juga percaya dengan kedatangan Jesus a.s untuk kali kedua.

Berhubung kedatangan kali kedua Jesus a.s, Syeikh Ahmad Deedat telah dihadapkan satu pertanyaan oleh seorang penonton, apakah peranan Jesus a.s sempena kedatangan kali keduanya ini. Apakah Jesus a.s kembali untuk Muslim atau untuk Kristian? Ikuti penjelasan syeikh sebagaimana berikut:

Tuesday, 8 October 2013

: : Ibrahim a.s & Berhala : :

Kisah Nabi Ibrahim a.s dengan Berhala


"Patung yang kamu sembah (puja), tidak bernyawa dan bikinan kamu sendiri tidak memberi apa-apa manfaat atau mudharat. Jangankan menolong kamu, sedangkan beralih dari tempatnya saja patung itu tidak kuasa kalau tidak kamu yang memindahnya." -Tafsir Al-Azhar

Allah swt berfirman di dalam surah al-Anbiya, surah ke 21, ayat 51-71:

51. Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid (mengesakan Allah), dan Kami adalah mengetahui akan halnya.

52. Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah hakikatnya patung-patung ini yang kamu bersungguh-sungguh memujanya?"

53. Mereka menjawab: "Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya".

Tuesday, 1 October 2013

: : Dialog Islam & Kristian III : :

Dialog Islam & Kristian III


Di dalam sebuah rancangan soal jawab tentang Islam yang dihoskan oleh Syeikh Dr Muhammad al-Arifi yang ke udara secara langsung, seorang pemanggil bernama George telah berjaya menembusi talian bagi bertanyakan soalan berhubung keutamaan mandi Junub dalam Islam dari sudut saintifik dan syarie kepada syeikh.

Setelah memberikan jawapan kepada pemuda tersebut, syeikh yang pelik dengan nama pemuda itu telah bertanyakan status agamanya, lalu melontarkan beberapa soalan lain. Ikuti perbualan Syeikh dengan George sebagaimana berikut;

Syeikh: George, nama anda kelihatan sedikit asing (berbanding dengan nama Islam yang lain)?

George: Ya, sebab saya adalah penganut Kristian.

Syeikh: Oo..jadi anda bukan seorang Muslim?

George: Tidak..tidak..saya tidak Muslim.

Syeikh: George..saya mempunyai dua soalan untuk anda..soalan pertama, penganut Kristian mengatakan bahawa Jesus a.s adalah anak tuhan, benarkah?

George: Ya.

Syeikh: Justeru, ia menunjukkan bahawa Allah suka dan mahu memiliki anak..dan anaknya bernama Jesus a.s..benarkah?

George: Ya.

Syeikh: Ok, sekiranya Allah suka memiliki anak..kenapakah..Allah hanya memiliki seorang anak..bukan sepuluh orang..atau dua puluh orang?

Friday, 27 September 2013

: : Dialog Islam & Kristian II : :

Dialog Islam & Kristian II



Dalam satu sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik yang disiarkan oleh Peace TV, seorang pemuda bernama Jerry Thomas telah datang mengemukakan beberapa soalan berhubung ketuhanan Jesus a.s. Bagi memberikan pencerahan dan jawapan kepada soalan pemuda itu, berlaku pertanyaan balas dari Dr Zakir. Berikut merupakan sebahagian isi kandungan soal balas tersebut;

Dr Zakir : Apakah kepercayaan anda terhadap Jesus a.s, apakah dia seorang nabi atau tuhan?

Pemuda  : Saya percaya dia adalah tuhan.

Dr Zakir : Apakah hujah atau bukti anda, yang mengatakan dia (Jesus a.s) adalah tuhan?

Pemuda : Saya percaya dengan kenyataan ini [John 14:6], “ Akulah jalannya, kebenaran dan kehidupan”

Dr Zakir : Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ayat tersebut [John 14:6]?

Sunday, 22 September 2013

: : Bukan Vegetarian (Non-Vegetarian) : :

Bukan Vegetarian (Non-Vegetarian)
Oleh: Dr Zakir Naik



Adakah Pengambilan Makanan Bukan Vegetarian (Daging Haiwan) Menyebabkan Orang Islam Ganas?

Soalan

Sains mendedahkan bahawa apa yang dimakan seseorang akan mempengaruhi perilakunya. Oleh itu, mengapa Islam membenarkan umatnya memakan makanan bukan vegetarian oleh kerana memakan daging haiwan boleh menyebabkan seseorang menjadi ganas dan buas?

Jawapan

1. Memakan haiwan herbivor sahaja dibenarkan.

Saya bersetuju bahawa apa yang dimakan oleh seseorang akan mempengaruhi perilakunya. Ini merupakan salah satu sebab mengapa Islam melarang memakan haiwan karnivor seperti singa, harimau bintang dan lain-lain yang ganas dan buas. Islam hanya membenarkan memakan haiwan herbivor seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain yang tenang dan jinak. Kami umat Islam memakan haiwan yang tenang dan jinak kerana kami adalah umat yang cintakan keamanan dan keharmonian.

: : Non-Muslim & Makkah : :

Non-Muslim & Makkah
Oleh: Dr Zakir Naik


Soalan

Mengapa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki bandar suci Makkah
dan Madinah?

Jawapan

Memang benar mengikut undang-undang, orang-orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki bandar suci Makkah dan Madinah. Fakta berikut akan menjelaskan kemungkinan di sebalik larangan tersebut.

1. Semua rakyat tidak dibenarkan di kawasan kantonmen (kem tentera).

Andaikan saya adalah seorang rakyat India. Sungguhpun begitu, saya tidak dibenarkan memasuki beberapa kawasan larangan seperti di kantonmen.

Di setiap negara terdapat beberapa kawasan di mana rakyat biasa negara tersebut tidak dibenarkan masuk. Hanya rakyat yang berdaftar dengan militer ataupun yang mempunyai kaitan dengan pertahanan negara tersebut dibenarkan memasuki kawasan kantonmen.

Begitu juga dengan Islam, agama sejagat untuk seluruh dunia dan semua umat manusia. Kawasan istimewa Islam adalah dua bandar suci iaitu Makkah dan Madinah. Di dua bandar suci ini, hanya penganut Islam dan mereka yang terlibat dalam mempertahankan Islam iaitu orang Islam sahaja dibenarkan. Adalah tidak munasabah untuk rakyat biasa membantah larangan memasuki kawasan kantonmen.

Begitu juga, tidak wajar orang bukan Islam menentang larangan terhadap orang bukan Islam memasuki Makkah dan Madinah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...