Kedatangan
Kali Kedua Jesus a.s
Baik Kristian
mahupun Islam, kedua-dua agama ini percaya dengan adanya Jesus a.s. Namun,
Kristian percaya Jesus a.s adalah Tuhan, sebaliknya Islam percaya Jesus a.s
adalah Pesuruh (Rasul) Tuhan. Selain itu, Islam dan Kristian juga percaya
dengan kedatangan Jesus a.s untuk kali kedua.
Berhubung kedatangan
kali kedua Jesus a.s, Syeikh Ahmad Deedat telah dihadapkan satu pertanyaan oleh
seorang penonton, apakah peranan Jesus a.s sempena kedatangan kali keduanya
ini. Apakah Jesus a.s kembali untuk Muslim atau untuk Kristian? Ikuti
penjelasan syeikh sebagaimana berikut:
Syeikh Deedat:
Kristian mengatakan Jesus a.s akan kembali..Muslim juga mengatakan dia (Jesus
a.s) akan kembali..
Kami (Umat Islam)
percaya nabi kami Nabi Muhammad saw adalah nabi yang terakhir..
Justeru..tiada lagi
nabi selepas beliau (Nabi Muhammad saw)..namun..apabila Jesus a.s kembali..dia adalah
nabi..jadi bagaimana dia (Jesus a.s)
boleh kembali jika nabi terakhir (Nabi Muhammad saw) telah pun ada/datang?
Itu adalah masalah
(persoalannya)..tetapi ia bukanlah masalah yang rumit..
Sebagai contoh..di
dunia ini..berhubung Shah Iran..pada tahun 1953 beliau telah melarikan
diri..dan dengan putar belit Amerika..mereka melantik semula beliau..
Katakanlah..jika
beliau tidak kembali pada jawatan asal..dan Shah yang lain mengambil alih
jawatan beliau..dan beliau kembali semula ke negara asal..dengan mendapat
pengampunan..
Beliau kembali
sebagai apa? Shah (Sultan)?..beliau memang telah mempunyai gelaran Shah..adakah
beliau pulang sebagai Shah atau subjek kepada Khomenei?..(sudah tentu) beliau
pulang sebagai subjek..
Berbalik semula
kepada persoalan Jesus tadi..nabi tetap adalah seorang nabi..tugas nabi adalah
menyampaikan ajaran, panduan atau bimbingan yang baru..namun..umat Islam
sekarang tidak lagi memerlukan kepada ajaran yang baru..
Kerana Allah swt
telah berfirman di dalam surah al-Maidah, ayat 3 sebelum kewafatan baginda saw
lagi:
“..Pada
hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..”
[Al-Quran 5:3]
(Ayat ke 3 surah
al-Maidah ini telah menjelaskan bahawa Islam telah lengkap)..cukup..kita tidak perlu
lagi kepada nabi yang lain..sama ada Jesus (nabi Isa a.s) atau Al-Mahdi untuk
datang memberitahu..solat Maghrib 3 rakaat..kamu mesti lakukan 4 rakaat..
Kita tidak perlu
orang lain untuk datang dan beritahu bahawa..kita mesti berpuasa 40 hari
berbanding 30 hari..
Kita tidak perlu
kepada sesiapa lagi untuk menyampaikan ajaran baru..Islam telah sempurna.
Semua yang Allah
mahu berikan kepada kita, telah disampaikan melalui Al-Quran dan Sunah RasulNya.
Justeru, Jesus a.s
akan datang untuk apa? Persoalan masih belum terjawab..dia (Jesus a.s) akan
datang untuk lakukan apa?
Jawapannya ada dalam
Kitab Bible..ia bukan masalah kita (Muslim)...ia adalah masalah Kristian..ia
ada diterangkan dalam Kitab Bible..
Di
dalam Gospel of St Matthew..bab pertama New Testament..
kita
diberitahu..bahawa..dia (Jesus) bekata..”Ramai akan berkata kepadaku hari itu”..(iaitu
kedatangannya ke-2..atau pada hari kiamat)..”Tuhan..Tuhan..” “Tidakkah kami
membuat ramalan dengan nama mu? Dan dengan nama mu kami menghalau Syaitan?”
“Dan
dengan nama mu kami lakukan pelbagai keajaiban/pekerjaan yang hebat? Tidakkah
kami lakukan pelbagai perkara untuk kamu?” (kami menjaga pesakit
kusta..bangsa-bangsa yang ketinggalan zaman..kami telah baptiskan mereka..kami
bina rumah anak yatim..kami bina hospital..kami didik mereka..tidakkah kami
lakukan semua ini dengan namamu)
Maka
Jesus dalam menjawab soalan itu..telah berkata..”Maka aku akan berterus terang
dengan mereka”..
“Aku
tidak pernah mengenali kamu..pergi dariku..kamu semua pembuat kejahatan! Berambus
kamu sampah/karut..Aku tidak mengenali
kamu..”
Itulah sebab
kedatangan dia (Jesus a.s) kali kedua..untuk memberitahu Kristian bahawa mereka
telah terpesong..
Siapa yang melakukan
kerja kebaikan dengan nama Jesus? Adakah Muslim? Adakah kami (Muslim) membina
rumah anak yatim dengan nama Jesus? Atau Buddha..Hindu atau Ateis..siapa yang
melakukannya?
Kristian..mereka
sebenarnya yang melakukan dengan nama Jesus.
Untuk sebab itu dia
(Jesus a.s) akan kembali untuk membetulkan kepercayaan kamu (Orang-orang
Kristain).
Islam sebaliknya
tidak memerlukan lagi kepada ajaran baru..sekiranya tiba masanya Jesus dan
Al-Mahdi datang..kami (Islam) mengucapkan selamat datang..
Sumber: YouTube
Terjemahan: Adaptasi dari Sunnah Rasul
No comments:
Post a Comment