Dialog Islam & Kristian III
Di dalam sebuah rancangan soal jawab tentang
Islam yang dihoskan oleh Syeikh Dr Muhammad al-Arifi yang ke udara secara
langsung, seorang pemanggil bernama George telah berjaya menembusi talian bagi
bertanyakan soalan berhubung keutamaan mandi Junub dalam Islam dari sudut
saintifik dan syarie kepada syeikh.
Setelah memberikan jawapan kepada pemuda
tersebut, syeikh yang pelik dengan nama pemuda itu telah bertanyakan status
agamanya, lalu melontarkan beberapa soalan lain. Ikuti perbualan Syeikh dengan
George sebagaimana berikut;
Syeikh: George, nama anda kelihatan sedikit
asing (berbanding dengan nama Islam yang lain)?
George: Ya, sebab saya adalah penganut
Kristian.
Syeikh: Oo..jadi anda bukan seorang Muslim?
George: Tidak..tidak..saya tidak Muslim.
Syeikh: George..saya mempunyai dua soalan
untuk anda..soalan pertama, penganut Kristian mengatakan bahawa Jesus a.s
adalah anak tuhan, benarkah?
George: Ya.
Syeikh: Justeru, ia menunjukkan bahawa Allah
suka dan mahu memiliki anak..dan anaknya bernama Jesus a.s..benarkah?
George: Ya.
Syeikh: Ok, sekiranya Allah suka memiliki
anak..kenapakah..Allah hanya memiliki seorang anak..bukan sepuluh orang..atau
dua puluh orang?
Dan soalan saya yang kedua..sekiranya Allah
benar-benar memiliki anak..dan anaknya adalah Jesus a.s..kenapakah Jesus a.s
juga tidak memiliki anak?
George: Saya tidak dapat menjawab soalan
tuan syeikh, kerana soalan tuan dari pandangan agama kami (Kristian) tidak ada
jawapan.
Syeikh: Selanjutnya, jika Allah mempunyai
anak, ia juga bermaksud bahawa Allah turut memiliki ibu dan ayah, datuk dan
nenek..benarkah?
George: Ya.
Syeikh: Ok..kenapakah Allah menyembunyikan
ibu dan bapanya..kenapakah Allah tidak memberitahu kepada kita..untuk kita
menyembahnya bersama dengan ibu bapanya?
George: Wahai syeikh, soalan anda
sangat-sangat susah untuk di jawab..saya tidak mampu untuk berdialog lagi
dengan tuan.
Syeikh: Ok..ok..sekarang saya ingin ajukan
soalan yang amat mudah kepada anda..pernahkah anda mendengar dari dahulu hingga
sekarang bahawa sami atau paderi dari agama lain yang memeluk Islam?
George: Ya.
Syeikh: Ok..soalan saya seterusnya..apakah
anda pernah mendengar mana-mana ulama Islam atau mana-mana syeikh Islam yang
memeluk Kristian?
George: Tidak.
Syeikh: Kenapa?
George: Secara jujurnya syeikh, saya ingin
berbicara atau berbincang dengan tuan secara persendirian (bukan secara ke
udara).
Syeikh: Soalan-soalan yang saya kemukakan ini
amat penting untuk diteliti, George. Saya menasihati umat Kristian supaya
mereka memikirkannya.
Saya ingin memberitahu anda bahawa sekiranya
Jesus a.s wujud di kalangan pada hari ini..sudah pasti dia (Jesus a.s) tidak
akan menyembah dirinya sendiri..juga tidak akan mengatakan bahawa dirinya
adalah anak tuhan.
Namun, sebaliknya dia akan mengatakan bahawa
dia adalah seorang Muslim dan hamba kepada Allah. Allah swt telah mengutusnya
sebagai rasul, dan dia (Jesus a.s) adalah manusia seperti kita.
Sumber: Youtube
Allah swt berfirman di dalam surah
al-Maidah, surah ke 5 ayat 72:
Demi
sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "bahawasanya Allah
ialah Al-Masih ibni Maryam". Padahal Al-Masih (jesus) sendiri
berkata:" Wahai bani Israel! Sembahlah Allah, tuhanku dan tuhan kamu,
sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka
sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah
neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku
zalim". [Al-Quran 5:72]
Saudara...aku akan menjawab dua soalan di atas sekiranya saudara dapat menjawab ini.Dimanakah nubuat yang melayakkan muhammad bergelar nabi?..
ReplyDeleteSebelum saya menjawab... Saya mencerita kan Kisah Nabi Muhammad pertama kali mendapat Wahyu... Ketika Baginda di berikan Wahyu oleh Allah melalui penghantaran Malaikat Jibril.. Malaikat Jibril berkata: Muhammad BACA LAH... Lalu Nabi Muhammad pun menjawab: AKU TIDAK TAHU MEMBACA...
DeleteSoalan kamu Dimanakah Nubuat yang melayakan Muhammad bergelar Nabi...?
Jawapan: Kitab Injil: Yesaya 29:12
- Apabila kitab itu di berikan pada seseorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan BACA LAH.. Maka dia menjawab..
AKU TIDAK TAHU MEMBACA..
Lihat lah Injil telah mencerita akan ada datang seseorang yang akan membawa kitab.. dan tidak Pandai membaca... Kamu tahu siapa... yang tidak tahu Membaca... Muhammad bin Abdullah ..
Yesaya 29:10
DeleteSebab TUHAN telah membuat kamu tidur m nyenyak; matamu --yakni para nabi --telah dipejamkan-Nya dan mukamu--yaitu para pelihat --telah ditudungi-Nya. 29:11 Maka bagimu penglihatan dari semuanya itu seperti isi sebuah kitab yang termeterai, apabila itu diberikan kepada orang yang tahu membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat, sebab kitab itu termeterai"; 29:12 dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan menjawab: "Aku tidak dapat membaca."..Saudara,apakah ini ayat yg diklaim saudara tentang Nabi anda?..tentang turunnya wahyu pertama Muhammad di gua Hira membuatkan aku amat terkejut tentang malaikat Jibril Islam yg "mencekik"nya disaat muhammad mengatakan ea tidak tahu membaca dan saudara boleh bandingkan sendiri betapa "Sopannya" malaikat Gabriel yg kmi kenal berbanding dengan malaikat Jibril menurutkan wahyu pertama tanpa menyebut namanya muhammad,memaksanya lalu mengugut..Apakah saudara mengatakan Malaikat ini datangnya dari Allah???..mgkin benar dari Allah SWT tapi BUKAN dari Allah Yakub!..Sekian..
Dan jika tuan tak dapat menjawabnya,lepas ni berfikirlah untuk copypaste artikel sperti ini.mengenai artikel di atas adalah antara sheikh dgn seorg kristian yg kurg pengetahuannya mengenai Alkitab..sila kemukaan soalan ini pula kepada sheikh di atas?..Tetapi,mengapakah Allah di dalam Islam menolak wahyu yang diturunkanNya sebelumnya?..dan pecahan kepada soalan ini pula:
ReplyDelete1.1)Adakah Allah yang menurunkan wahyu kepada nabi Muhammad menyatakan bahawa wahyu yang diturunkanNya sebelumnya gagal?..
Kita sama2 mengakui Peribadi Allah yg Maha Mengetahui,Maha Berkuasa dan lain2 PeribadiNya.
1.2)Mengapakah Ia akan menurunkan Wahyu Kepada Nabi2 sekiraNya Ia mengetahui bahawa WahyuNya itu akan "gagal?."
1.3)Dimanakah PeribadiNya yang Maha Kuasa sehinggakan FirmanNya dikatakan "gagal".Kerana Ia "tidak dapat" menjaga, FirmanNya menurut Islam?
1.4)Hampir setiap Jilid dari Kejadian hinggalah Wahyu di dalam Alkitab dikukuh,diperkuat atau dipastikan olehNya kebenaran,keaslian,kekekalan FIRMAN akan "Di"Jaga olehNya?
1.5)Mengapa pula boleh "gagal"?
2)Kita sama2 mengetahui bahawa proses terbentukNya Alkitab memakan masa beribu tahun dan melibatkan banyak orang2 "penting" yang dipilih olehNya bahkan FirmanNya di dalam Alkitab tertulis bhawa bumi dan langit akan berlalu tapi FirmanNya kekal seperti juga PeribadiNya yg kekal.
2.1)WahyuNya yg melebihi kepentingan bumi dan langit tak mgkin akan berlalu menurut Alkitab.Persoalannya,mgkinkah Allah Islam itu tidak sama dengan Allah Alkitab?
2.2)Kerana menurut Alkitab,Peribadi Allah tidak akan terkalahkan oleh dosa dan FirmanNya adalah sebahagian dariNya.Maka,sesiapa yg menyatakan FirmanNya tercela,menghujat Allah menurut Alkitab!..hukumnya adalah binasa!bagi kami ahli kitab,sesuatu yg datang dikemudian hari yg berlawanan kebenaran sebelumnya ternyata dari SetanIblis!
3)Dan disinilah pernilaian,pemerhatian,penyiasatan yang perlu menurut Alkitab.
3.1)Yang terpenting,berikan nubuat tentang kedatangan nabi penyempurna di dalam Kitab sebelumnya?..di dalam perjanjian lama dan baru sangat ditegaskan oleh Allah Yakub tentang nubuat/janji atau ramalan utk lebih senang difahami,adalah PERLU untuk kita manusia yang lemah/tak berdaya/hambaNya untuk mengerti/mengenal/tahu sesuatu yang datang dariNya?
3.2)Apakah nubuat/janji atau ramalan itu diklaim juga musnah sama skli???..Jika ya,Allah yang menurunkan wahyu kepada Nabi muhammad tak layak disembah!?..kerana terbukti bhwa Allahnya lemah,tidak mengetahui,tidak kekal dan sifat yang berubah ubah!Kemungkinannya amat besar,Allah muhammad akan menurunkan satu "agama" lagi!logiknya,kerana, melihatkan pepecahan yang nyata pada hari ini tentang Islam yg pecah belah dan bebunuhan sesama diri sendiri.Dapat dijangka bahawa "agama" ini akan digelar "agama super sempurna"kerana memandang agama penyempurna sebelumnya telah (GAGAL)!.
3.3)Jika ada,kongsikan sesama manusia nubuatNya tentang kenabian Muhammad utusan terakhir dan agung?..
4)Sekiranya tidak ada?..tidak ada ERTI dan SIA2 lah Ustaz menerangkan panjang lebar keagungan agama ustaz di atas.KERANA:
4.1)Kerana di dalam Alkitab menyatakan,"nabi" yang datang diluar nubuat Allah ADALAH NABI DILUAR-NYA!?
4.2)Jika TERBUKTI,maksudnya bahawa ALLAH Islam bukanlah ALLAH YAKUB!