Pages

Saturday, 5 October 2013

: : Cahaya Atas Cahaya : :

Cahaya Atas Cahaya
Oleh: Syeikh Saleh al-Maghamsi


Al-Izz Ibnu Abdussalam rh berkata:

“Anda tidak boleh mencapai apa-apa yang anda inginkan tanpa bantuan daripada Allah swt, justeru, bagaimana anda ingin sampai kepada Allah (mendekati Allah swt) tanpa bantuan daripada Allah, andai cahaya petunjuk memandu anda kepada Allah, nescaya cahaya tersebut tidak dapat hadir melainkan daripada Allah swt”

Allah swt berfirman di dalam surah An-Nur, surah ke 24, ayat 35:

“Allah yang menerangi langit dan bumi.

Bandingan nur (cahaya) hidayah petunjuk Allah adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca, geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang;

lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat;

hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;:

Cahaya di atas cahaya (cahaya belapis lapis). Allah memimpin sesiapa yang dikehendakinya kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” 
[Al-Quran 24:35]

Seandainya seseorang hamba Allah swt dapat memikirkan, betapa ramai manusia terhalang daripada cahaya petunjuk ini, justeru dia akan tahu dan sedar bahawa ia (cahaya) adalah satu rahmat dari Allah swt;

[yang bermaksud seseorang hamba yang mendapat cahaya petunjuk dari Allah swt patut bersyukur kerana masih ramai manusia yang lain terhalang daripada mendapat cahaya petunjuk ini].

Katakan, ada Profesor universiti yang sangat ahli (pakar) dalam bidangnya. Terkenal dan di buru oleh media. Beliau dilimpahi dengan kekayaan. Memiliki reputasi yang cemerlang. Baik beliau ini datang dari timur atau barat, beliau masyhur dengan keilmuannya. Bergulung-gulung ijazahnya.

Namun beliau tidak mendapat cahaya petunjuk dari Allah. Tidak pernah sujud kepada Tuhan sekalian alam. Maka lihatlah apa yang beliau untung dan apa yang beliau rugi.

Oleh itu, anda akan benar-benar mengetahui bahawa Allah swt telah berfirman “Allah memimpin sesiapa yang dikehendakinya kepada nur (cahaya) hidayahnya itu”.

Justeru, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah swt siang dan malam semoga Allah memberi cahaya petunjukNya kepada kita dan memandu kita kepada jalan yang lurus.

Allah swt  berfirman di dalam surah as-Syura, surah ke 42 ayat 52:

“Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad) ruh (Al-Quran) dengan perintah Kami. Sebelumnya engkau tidaklah mengetahui apakah Kitab (Al-Quran) dan apakah iman itu, tetapi Kami jadikan Al-Quran itu cahaya, dengan itu Kami memberi petunjuk kepada siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami. Dan sungguh, engkau (wahai Muhammad) benar-benar memberi petunjuk (dengan Al-Quran itu) kepada jalan yang lurus.” [Al-Quran 42:52]

Sumber: YouTube

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...