14 Bukti Bahawa
Al-Qur'an Tidak Meniru/Plagiat Bibel
Oleh: Dr. Zakir Naik
Soalan
Apakah
benar bahawa ayat-ayat Al-Qur’an adalah hasil peniruan atau ciplak dari Kitab Bibel?
Jawapan
Ramai
pengkritik telah mengatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukanlah penulis Al-Qur'an
melainkan dia meniru atau menciplak dari buku-buku lainnya atau dari kitab suci
sebelumnya.
Fakta-fakta berikut membuktikan Al-Quran bukan hasil ciplak atau peniruan dari Kitab Bible:
1. Muhammad belajar Al-Qur'an dari seorang pandai
besi Romawi yang beragama Kristian
Terdapat beberapa
orang kafir telah menuduh Nabi Muhammad s.a.w belajar Al-Qur'an dari seorang
pandai besi Romawi, yang beragama Kristian yang tinggal di pinggir kota Mekkah. Mereka
menuduh sedemikian kerana Nabi Muhammad s.a.w sering mengunjungi dan
mengamati pandai besi tersebut melakukan pekerjaannya. Namun, bagi membantah
tuduhan tersebut, wahyu Al-Qur'an telah diturunkan. Allah swt berfirman dalam surat
an-Nahl [16]: 103:
"Dan
sesungguhnya Kami mengetahui bahawa mereka berkata: "Sesungguhnya Al
Qur'an itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad)". Padahal
bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya adalah
bahasa 'Ajam, sedang Al Qur'an adalah dalam bahasa Arab yang terang." [Al-Quran 16: 103]
Bagaimana
mungkin orang yang berbahasa asing dan hampir tidak mampu berbahasa Arab
mengajarkan Nabi Muhammad s.a.w untuk menulis Al-qur'an yang berbahasa Arab murni
dan fasih? Mempercayai bahawa seorang pandai besi Romawi mengajarkan Nabi
Muhammad menulis Al-Qur’an sama saja dengan percaya bahawa seorang pendatang
Cina yang tidak tahu bahasa Inggeris lalu mengajarkan Shakespeare cara menulis puisi dan sajak dalam bahasa Inggeris.
2. Muhammad s.a.w belajar dari Waraqah – waris kerabat
Siti Khadijah (ra)
Hubungan Nabi Muhammad s.a.w dengan para pemuka agama Yahudi dan Kristian sangat sedikit. Tokoh Kristian yang paling terkenal adalah seorang buta yang bernama Waraqah bin Naufal yang merupakan waris kerabat kepada Siti Khadijah (ra), isteri kepada Nabi Muhammad s.a.w. Meskipun berketurunan Arab, namun dia adalah seorang penganut agama Kristian. Nabi Muhammad s.a.w hanya bertemu dengannya sebanyak dua kali. Pertama, ketika Waraqah beribadah di Ka'bah (sebelum Nabi Muhammad s.a.w diangkat menjadi nabi) dan ketika itu Waraqah mencium kening Nabi Muhammad s.a.w. Yang kedua adalah ketika Nabi Muhammad s.a.w pergi menemui Waraqah setelah menerima wahyu pertama. Waraqah meninggal tiga tahun kemudian sementara wahyu terus-menerus turun kepada Nabi Muhammad selama tempoh 23 tahun. Oleh yang demikian, hal ini menepis anggapan bahawa Waraqah adalah sumber dari isi Al-Qur’an.
3. Diskusi agama Nabi Muhammad s.a.w dengan
orang-orang Yahudi dan Kristian
Memang
benar dan tidak dapat dinafikan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berdiskusi agama
dengan orang-orang Yahudi dan Kristian, tetapi diskusi ini berlaku ketika di kota
Madinah, yakni lebih dari 13 tahun setelah wahyu Al-Qur’an yang pertama
diturunkan. Tuduhan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian menjadi sumber dari Al-Qur’an adalah tidak benar dan jauh tersasar, kerana dalam diskusi ini Nabi Muhammadlah yang
mengajarkan dan mengundang mereka masuk Islam, BUKAN sebaliknya di mana mereka
mengajarkan Nabi Muhammad s.a.w tentang agama mereka. Malah, sebilangan orang-orang Yahudi dan Kristian ini
kemudiannya masuk Islam.
4. Rasulullah s.a.w belajar Al-Qur'an dari
orang-orang Yahudi dan Kristian yang dia jumpa di luar Arab
Sekiranya diteliti, semua catatan sejarah menunjukkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w hanya tiga kali melakukan perjalanan ke luar Mekkah. Malah, perjalanan berlaku sebelum beliau diangkat menjadi nabi iaitu:
·
Pada usia 9 tahun ketika, dia menemani ibunya ke Madinah.
·
Antara usia 9 dan 12 tahun, ketika dia menemani bapa saudaranya (Abu
Thalib) ke Syiria untuk berdagang.
·
Pada usia 25 tahun, ketika dia memimpin kafilah Khadijah r.a ke Syiria.
Justeru,
adalah suatu hal yang sangat tidak masuk akal ketika beranggapan bahawa Al-Qur'an
dikarang berdasarkan dari pertemuan dengan orang-orang Kristian atau Yahudi
hanya dengan tiga kali perjalanan sebagaimana yang telah dijelaskan di atas.
5. Alasan logik untuk membuktikan bahawa Rasulullah
tidak belajar Al-Qur'an dari orang-orang Yahudi atau Kristian
Berikut merupakan
alasan yang logik untuk membuktikan bahawa Rasulullah saw bukanlah belajar
Al-Quran daripada orang-orang Yahudi atau Kristian.
- Kehidupan sehari-hari Nabi Muhammad s.a.w senantiasa diperhatikan oleh orang ramai. Sekiranya sebuah wahyu ingin turun, orang ramai memberikan waktu kepada Rasulullah s.a.w untuk menunggu wahyu di rumahnya sendiri. Oleh itu, seandainya Rasulullah s.a.w bertemu dengan orang-orang yang ingin memberitahunya tentang apa yang harus dikarang dalam Quran, hal ini tidak akan mampu untuk disembunyikan untuk waktu yang lama dan sudah pasti terlebih dahulu telah diketahui oleh orang yang memberitahunya.
- · Para bangsawan Quraisy yang masuk Islam adalah dari kalangan orang-orang yang bijak pandai. Oleh itu, mereka dengan mudah dapat melihat sesuatu yang mencurigakan tentang bagaimana cara Rasulullah s.a.w menyampaikan wahyu kepada mereka. Apatah lagi misi kenabian Rasulullah s.a.w berlangsung selama 23 tahun.
- Musuh-musuh Rasulullah s.a.w senantiasa mengamati dirinya untuk membuktikan bahawa Rasulullah adalah pembohong. Namun mereka tidak mampu menunjukkan walaupun hanya satu kejadian sahaja di mana Rasulullah s.a.w melakukan pertemuan rahsia dengan orang-orang Yahudi atau orang Kristian tertentu.
- Tidak mungkin sekiranya memang Quran ditulis oleh manusia, maka manusia yang menulis Quran tersebut tidak menerima sebarang atau apa-apa imbuhan padahal dia telah menulis Quran yang merupakan sebuah mahakarya yang begitu agung.
Dengan
demikian, secara logik tidak mungkin manusia yang menciptakan ayat-ayat Al-Qur’an.
6. Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang buta huruf
Teori bahawa
Nabi Muhammad s.a.w menulis Al-Quran atau menyalinnya dari sumber lain dibantah
oleh fakta bahawa dia adalah seorang buta huruf.
Firman
Allah swt di surah al-Ankabut[48]: 29
"Dan
kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Qur'an) sesuatu Kitabpun dan kamu
tidak (pernah) menulis suatu Kitab dengan tangan kananmu; andaikata (kamu
pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang
mengingkari(mu)." [Al-Qur'an 29:48]
Allah
(swt) telah menyedari dan tahu bahawa akan ada ramai orang yang akan meragukan
keaslian Al-Qur'an dan menganggapnya sebagai karangan Nabi Muhammad s.a.w. Oleh
kerana itu Allah swt Yang Maha Bijaksana telah menjadikan nabi yang terakhir
dan penutup bagi sekalian nabi merupakan seorang 'ummi' (buta huruf), sehingga
orang-orang tidak akan mampu sedikit pun meragukan keaslian Al-Quran. Justeru,
tuduhan dari musuh-musuh Nabi Muhammad s.a.w bahawa dia telah menyalin Al-Qur'an
dari sumber lain adalah tidak tersasar. Bahkan Allah swt memberikan bukti-bukti
yang lainnya bahawa memang Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang nabi penutup dan
terakhir.
Allah swt
menegaskan dalam Al-Qur'an di surat al-A'raf[157]: 7
"(Yaitu)
orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi (buta huruf) yang (namanya)
mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang
menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan
yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan
bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan
belenggu-belenggu yang ada pada mereka."
Nubuat
tentang kedatangan seorang nabi yang buta huruf (Nabi Muhammad saw) juga
disebutkan dalam Bibel di kitab Yesaya 29:12.
"dan
apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat membaca." [Yesaya 29:12]
Al-Qur'an
menyatakan sebanyak 4 kali bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang yang buta
huruf. Contohnya adalah dalam surat A'raf[158]: 7 dan dalam surat
al-Jumu'ah[62]: 2
7. Tidak ada versi Arab dari Kitab Bibel ketika zaman
Rasulullah s.a.w
Bibel
versi Arab tidak ada pada saat Nabi Muhammad s.a.w masih hidup. Perjanjian Lama
Versi Arab tertua adalah ditulis oleh Saadias Gaon pada tahun 900 M (lebih dari
250 tahun setelah kewafatan atau kematian Rasulullah s.a.w tercinta). Sementara Kitab Bible versi Arab dari Perjanjian Baru yang tertua ditulis oleh Erpenius pada
tahun 1616 M (sekitar seribu tahun setelah kematian Rasulullah s.a.w).
8. Persamaan Al-Qur'an dan Bibel adalah kerana sumber
yang sama
Persamaan yang terdapat antara Al-Qur'an dan Bibel tidak beerti bahawa Al-Qur’an menyalin dari Kitab Bibel. Bahkan persamaan ini membuktikan bahawa keduanya berasal dari sumber yang sama. Dan memang semua wahyu ilahi berasal dari sumber yang sama yaitu Tuhan Yang Maha Esa. Tidak kira apa sahaja perubahan atau kerosakan yang telah berlaku dalam kitab suci Judeo-Kristian ini dan beberapa kitab suci lainnya yang lebih tua, namun masih ada beberapa ayat yang masih asli dan dengan demikian memiliki persamaan dengan agama-agama lainnya.
Memang
benar di sana terdapat beberapa persamaan antara Al-Qur'an dan Kitab Bibel,
namun ia tidak cukup untuk menuduh Muhammad s.a.w telah menyalinnya dari Bibel.
Logik yang sama dengan demikian juga mampu diterapkan untuk ajaran Kristian dan
Judaisme, dimana seseorang mampu saja menuduh bahawa Yesus (as) bukanlah
seorang nabi yang sebenarnya (nauddzubillah) dan bahawa dia hanya menyalin dari
Perjanjian Lama.
Persamaan
di antara keduanya menandakan bahawa sumbernya adalah sama iaitu daripada Tuhan
Yang Maha Esa dan merupakan kelangsungan tentang pesan dasar tauhid (beriman
kepada Tuhan Yang Maha Esa). Ini tidak bererti bahawa para nabi yang datang pada
zaman kemudian menciplak atau meniru dari para nabi sebelumnya.
Sekiranya
seseorang ketika ujian telah meniru orang lain, tentunya dia tidak akan menulis
di lembaran jawapannya bahawa dia telah menyalin dari temannya, misalnya Mr.
Xyz. Namun di dalam Al-Qur’an kita menemukan ayat-ayat yang memberikan salam
dan penghormatan kepada semua nabi sebelumnya. Al-Qur'an juga menyebutkan
berbagai wahyu yang diberikan oleh Tuhan kepada para nabi sebelumnya.
9. Muslim beriman pada Taurat, Zabur, Injil dan
Quran
Ada empat
wahyu Tuhan yang disebutkan namanya dalam Qur'an yaitu: Taurat, Zabur, Injil
dan Quran.
- Taurat, iaitu wahyu yang diberikan kepada Musa (as).
- Zabur, iaitu wahyu yang diberikan kepada Daud (as).
- Injil, iaitu wahyu yang diberikan kepada Yesus / Isa (as).
- Al-Qur'an iaitu wahyu yang diberikan kepada nabi penutup dan terakhir Muhammad s.a.w.
Adalah
menjadi kewajipan bagi setiap Muslim untuk beriman kepada semua nabi Tuhan dan
semua wahyu Tuhan. Meskipun begitu, Bibel yang kita miliki sekarang terdiri
dari lima kitab Perjanjian Lama yang dikaitkan dengan Musa a.s sementara kitab Mazmur
dikaitkan dengan Nabi Daud a.s. Selanjutnya, keempat Injil (Gospel) dari
Perjanjian Baru bukanlah Taurat, Zabur, atau Injil yang dimaksudkan oleh Al-Quran.
Kitab-kitab Bibel yang ada sekarang mungkin berisi sebahagian dari firman Tuhan tetapi kitab-kitab ini bukanlah wahyu yang tepat dan asli seperti yang telah
diberikan kepada para nabi.
Al-Qur'an
menjelaskan bahawa semua nabi yang diutus oleh Tuhan mempunyai misi kenabian
yang sama dan pesan dasar yang sama. Kerana itu, ajaran-ajaran asas dari mereka
tidak boleh saling bertentangan, meskipun telah berlalu tempoh waktu yang cukup
lama antara nabi sebelumnya dengan nabi berikutnya. Hal ini kerana sumber dari
misi ini hanya satu: Tuhan Yang Maha Esa. Inilah sebabnya Al-Qur'an berfirman bahawa
perbezaan yang ada di antara berbagai-bagai agama bukanlah tanggung jawab para
nabi, melainkan para pengikut nabi-nabi tersebut yang telah melupakan bahagian-bahagian
yang telah diajarkan kepada mereka, dan lebih jauh lagi, mereka menyalah ertikan
dan mengubah atau memesongkan kitab suci tersebut. Dengan demikian Al-Qur'an tidak boleh dipandang sebagai kitab suci yang bertentangan dengan ajaran Nabi Musa, Yesus /
Isa, dan nabi-nabi lainnya. Sebaliknya, Al-Qur’an menegaskan, melengkapi, dan
menyempurnakan pesanan yang mereka yakni nabi bawa kepada kaum mereka.
Nama lain
untuk Al-Qur'an adalah 'Furqan' yang bererti ‘pembeza’ untuk menilai yang benar
dan salah, dan atas dasar itulah dengan Al-Quran kita dapat menganalisis bahagian-bahagian
dari kitab suci sebelumnya yang dapat dianggap sebagai firman Tuhan.
10. Perbandingan ilmiah antara Al-Quran dan Bible
Seandainya
anda melihat Kitab Bibel dan Al-Qur'an secara sekilas pandang, anda mungkin
menemukan beberapa hal yang sama dalam keduanya, namun bila mana anda menganalisis
dengan teliti dan cermat, anda akan mula menyedari bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara di
antara keduanya. Hanya berdasarkan perincian sejarah, sukar bagi seseorang yang
tidak terlalu faham dengan Kristian atau Islam untuk menyimpulkan manakah kitab
suci yang benar. Walau bagaimanapun sekiranya anda menganalisis kedua-dua kitab
suci ini dengan pengujian ilmiah, anda akan menyedari mana yang benar di antara
keduanya.
Poin-poin berikut menjelaskan perbezaan ilmiah antara Kitab bible dan
Al-Quran.
Penciptaan alam semesta dalam masa enam hari
Dalam Bibel, kitab Kejadian bab 1 menjelaskan tentang penciptaan alam semesta dalam enam hari yang didarab 24 jam. Di sisi lain, Al-Qur'an menjelaskan bahawa alam semesta diciptakan dalam enam ‘ayyaam.’ Kata ayyaam memiliki dua makna: Pertama, ini mampu beerti sehari yang bersamaan dua puluh empat jam. Atau yang kedua, kata ini juga mampu beerti sebuah tempoh atau zaman yang merupakan jangka waktu yang sangat lama.
Ketika Al-Qur'an
menjelaskan bahawa alam semesta diciptakan dalam enam 'ayyaam', hal ini beerti bahawa
langit dan bumi diciptakan dalam enam tempoh yang panjang atau zaman. Dan para
ilmuwan pada zaman sekarang tentu tidak keberatan menerima pernyataan ini.
Sains moden memberitahu kita bahawa penciptaan alam semesta terjadi dalam tempoh
jutaan tahun, dan hal ini bertentangan dengan Bibel yang menyatakan bahawa
penciptaan alam semesta terjadi dalam enam hari didarab dua puluh empat jam.
Matahari diciptakan setelah siang
Bibel
menjelaskan dalam Kitab Kejadian fasal 1 ayat 3-5 bahawa fenomena siang dan
malam diciptakan Tuhan pada hari pertama. Cahaya yang beredar di alam semesta
adalah hasil dari reaksi yang rumit pada bintang-bintang. Dan menurut Bibel,
bintang-bintang ini diciptakan pada hari keempat (Kejadian 1: 14-19). Jadi
penjelasan Bibel ini tidak logik dan tidak ilmiah, dimana Bibel menyebutkan bahawa
hasilnya (fenomena siang dan malam) diciptakan pada hari pertama sementara
penyebabnya (sumber cahayanya) diciptakan tiga hari kemudian. Selain itu
keberadaan siang dan malam sebagai pertanda hari hanya mampu terjadi setelah
bumi diciptakan dan putarannya mengelilingi matahari. Berbeza dengan Bibel
dalam masalah ini, Al-Qur'an tidak memberikan urutan ilmiah dalam penciptaan.
Oleh kerana itu benar-benar tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa Muhammad
Nabi s.a.w menyalin ayat-ayat yang berkaitan dengan penciptaan alam semesta
dari Bibel tetapi tidak ikut menyalin kesalahan ilmiah yang terdapat dalam
Bibel.
Penciptaan matahari, bumi dan bulan
Menurut
Bibel, kitab Kejadian fasal 1 ayat 9-13, bumi diciptakan pada hari ketiga, dan
ayat 14-19 mengatakan matahari dan bulan diciptakan pada hari keempat. Bumi dan
bulan adalah bagian dari tubuh induk, iaitu matahari. Bumi dan bulan tidak
mungkin wujud sebelum adanya matahari. Oleh kerana itu penciptaan matahari yang
berlaku setelah penciptaan bumi adalah bertentangan dengan fakta ilmiah tentang
pembentukan sistem suria.
Tumbuh-tumbuhan diciptakan pada hari ketiga dan
matahari pada hari keempat
Menurut Bibel, kitab Kejadian fasal 1 ayat 11-13, tumbuh-tumbuhan diciptakan
pada hari ketiga berupa tunas-tunas muda, tumbuh-tumbuhan yang berbiji, dan
segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang berbiji. Dan
selanjutnya ayat 14-19 mengatakan bahawa matahari diciptakan pada hari keempat.
Bagaimana mungkin tumbuh-tumbuhan mampu hidup tanpa kehadiran matahari, seperti
yang disebutkan Bibel?
Jika nabi
Muhammad s.a.w memang penulis Al-Qur'an dan telah menyalin isinya dari Bibel,
bagaimana mungkin dia mampu menghindari kesalahan ilmiah yang terdapat dalam
Bibel? Jika kita menganalisis dengan mendalam, Al-Qur'an tidak mengandungi
ayat-ayat yang tidak sesuai dengan fakta-fakta ilmiah.
Matahari dan bulan memancarkan cahaya
Menurut
Bibel, baik matahari dan bulan kedua-duanya memancarkan cahaya mereka sendiri.
Dalam kitab Kejadian fasal 1 ayat 16 dikatakan, “Maka Tuhan menjadikan kedua
benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar (matahari) untuk
menguasai siang dan yang lebih kecil (bulan) untuk menguasai malam.”
Ilmu
pengetahuan moden menjelaskan kepada kita bahawa bulan tidak memiliki cahayanya
sendiri. Cahaya bulan adalah berasal dari pantulan cahaya matahari. Penjelasan
ini sama dengan penjelasan Al-Qur’an bahawa cahaya bulan adalah cahaya yang dipantulkan.
Bagaimana mungkin 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad s.a.w membetulkan kesalahan ilmiah dalam Bibel tentang cahaya bulan ini, dan dia tidak ikut
menyalin bahagian yang salah tersebut? Ini adalah suatu hal yang mustahil.
11. Adam (as) manusia pertama di bumi yang hidup 5800
tahun yang lalu
Sebagaimana
silsilah Yesus Kristus yang dijelaskan dalam Bibel, dari Yesus menuju ke Abram
/ Ibrahim (as) sampai kepada manusia pertama di bumi yaitu Adam (as), diketahui
bahawa Adam hidup di bumi sekitar 5800 tahun yang lalu:
- 1948 tahun jarak antara Adam (as) dan Abram (as)
- Sekitar 1800 tahun jarak antara Abram (as) dan Yesus (as)
- 2000 tahun dari Yesus (as) sampai masa sekarang
Bukti-bukti
yang kuat dari sumber arkeologi dan antropologi menunjukkan bahawa manusia
pertama hadir di bumi sekitar puluhan sampai ratusan ribu tahun yang lalu dan
bukanlah 5800 tahun yang lalu seperti yang dikemukakan oleh Bibel. Angka-angka
ini bahkan semakin membuat kita bingung kerana faktanya kalender Yahudi sudah
ada sekitar 5800 tahun yang lalu.
Al-Qur'an
juga membahas tentang Adam (as) sebagai manusia pertama di bumi tetapi tidak
menyebutkan tanggal atau masa kehidupannya di bumi seperti Bibel. Apa yang
dikatakan Bibel dalam hal ini benar-benar tidak ilmiah.
12. Nuh (as) dan banjir
Penjelasan
Bibel tentang banjir yang melanda Nuh (as) dan kaumnya terdapat dalam kitab
Kejadian fasal 6 ayat 7-8 yang menunjukkan bahawa banjir itu melanda seluruh
dunia dan menghancurkan setiap makhluk hidup di bumi, kecuali mereka yang
menaiki bahtera Nuh (as). Penjelasan Bibel menunjukkan bahawa peristiwa itu
terjadi sekitar 1656 tahun setelah masa Adam (as) atau 292 tahun sebelum
kelahiran Abram / Ibrahim, pada saat Nuh (as) berusia 600 tahun. Dengan
demikian banjir ini berkemungkinan terjadi pada tahun 21 atau 22 SM.
Kisah
banjir ini, seperti yang dijelaskan dalam Bibel, bertentangan dengan
bukti-bukti ilmiah dari sumber arkeologi yang menunjukkan bahawa dinasti kesebelas
di Mesir dan dinasti ketiga di Babilonia terus wujud tanpa pernah menghilang
dalam peradaban dan tampak bahawa tidak ada bencana alam besar yang terjadi di
abad ke-21 SM. Ini bertentangan dengan
penjelasan Bibel bahawa seluruh dunia telah terendam banjir. Sebaliknya,
penjelasan dari Al-Quran tidak bertentangan dengan bukti ilmiah atau data-data
arkeologi. Pertama, Al-Qur'an tidak menunjukkan tanggal tertentu atau tahun
terjadinya peristiwa itu. Dan kedua, menurut Al-Qur'an, banjir yang melanda nabi Nuh
(as) dan kaumnya bukanlah bencana universal yang melanda seluruh muka bumi.
Bahkan Qur'an secara khusus menyebutkan bahawa banjir itu adalah musibah tempatan
yang hanya melanda kaum Nuh (as).
Dengan
begitu, tidak logik untuk beranggapan bahawa Muhammad Rasulullah s.a.w telah
menyalin kisah banjir dari Bibel dan membetulkan kesalahan yang ada di dalamnya
lalu mengemukakan faktayang benar melalui Al-Quran.
13. Musa (as) dan Firaun
Kisah Nabi
Musa (as) dan Firaun sangat mirip antara Al-Qur'an dan Bibel. Kedua kitab suci
ini menjelaskan bahawa Firaun tenggelam ketika dia cuba untuk mengejar Nabi Musa
(as) yang memimpin pasukan Israel menyeberangi lautan di hadapan mereka. Berhubung
kejadian ini juga, Al-Qur'an memberikan informasi tambahan di dalam surah Yunus[10]:
92
"Maka
pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi
orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan dari manusia
lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami!" [Al-Qur'an 10:92]
Dr
Maurice Bucaille, setelah melakukan penelitian yang mendalam membuktikan bahawa
meskipun Ramses II diketahui telah menganiaya orang Israel sesuai dengan Bibel,
ia benar-benar meninggal saat Musa (as) tinggal di daerah Madian. Putra dari
Ramses II, Merneptah yang menggantikannya sebagai Firaun tenggelam ketika
mengejar Musa dan kaumnya. Pada tahun 1898, tubuh mumi/mumia Merneptah ditemui
di lembah raja-raja di Mesir. Pada tahun 1975, Dr. Maurice Bucaille dengan doctor-doktor
lainnya mendapat izin untuk memeriksa mumi/mumia Merneptah. Penemuannya
membuktikan bahawa Merneptah meninggal kerana tenggelam. Dengan demikian ayat
Alquran yang berbunyi “Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu supaya kamu
dapat menjadi pelajaran...”, telah terbukti kerana jasad Firaun tersebut
sekarang tersimpan di ruang royal mummies di Muzium Kairo, Mesir.
Ayat
Qur'an tersebut membuat Dr. Maurice Bucaille, yang tadinya adalah seorang Kristian,
kemudian mempelajari Al-Qur'an. Dia kemudian menulis sebuah buku berjudul the
Bible, the Qur’an and Science ', dan mengakui bahawa tidak mungkin manusia yang
menulis Al-Qur'an. Penulisnya pastilah Tuhan. Kerananya dia (Dr. Maurice Bucaille)
telah memeluk Islam.
14. Qur'an adalah kitab dari Allah
Bukti-bukti
ini cukup untuk menyimpulkan bahawa Al-Qur'an tidak meniru atau menciplak Bibel,
melainkan Al-Qur'an adalah Furqaan – pembeza untuk menilai yang benar dan
salah. Al-Quran mampu digunakan untuk meneliti ayat-ayat mana dari Bibel yang
kemungkinan memang benar-benar firman Tuhan.
Tuhan
sendiri bersaksi dalam surat As-Sajdah[32]: 1-3
“Alif Lam
Mim. Turunnya Al-Quraan yang tidak ada keraguan di dalamnya, (adalah) dari
Tuhan semesta alam. Tetapi mengapa mereka (orang kafir) mengatakan: "Dia
Muhammad mengada-adakannya." Sebenarnya Al-Quraan itu adalah kebenaran
dari Rabbmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada
mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; mudah-mudahan mereka
mendapat petunjuk." [Al-Qur'an 32:
1-3]
Diadaptasi dari www.lampuislam.org
No comments:
Post a Comment