Sistem
Yang Dirancang Dengan Sangat Terperinci
Sebagai
manusia kita tidak terlepas daripada melakukan perkara asas setiap. Kita makan,
minum, berjalan , bernafas dan lain-lain. Apakah kita pernah terfikir bagaimana
proses atau perkara asas ini terjadi. Malangnya, jarang orang hari ini yang
memikirkan bagaimana ia berfungsi. Seandainya kita makan, perkara utama yang
hanya bermain di fikiran adalah; Adakah makanan ini berkhasiat? Apakah
menyelerakan? Itu sahaja.
Selepas
itu, kita tidak lagi berfikir apa yang berlaku kepada makanan selepas kita
makan dan kita tidak lagi melihat atau membayangkan bagaimana makanan ini
diproses di dalam tubuh badan yang memberi manfaat yang amat besar kepada
kesihatan kita.
Ketahuilah
bahawa tiap-tiap kita manusia memiliki sistem penghadaman. Sistem penghadaman
ini berfungsi memproses makanan dengan terperinci sebaik sahaja selepas kita
masukkan makanan ke dalam mulut. Yakni, pada peringkat awal lagi, sewaktu kita
mengunyah makanan, air liur yang dilengkapi dengan enzim berfungsi membasahi
makanan dan selanjutnya membantu proses penghadaman.
Makanan
yang telah selesai dikunyah tadi kemudian akan ditelan yang seterusnya akan dibawa
melalui esofagus. Esofagus bertindak sebagai laluan utama yang membawa makanan
ke perut. Di perut ini lah makanan kemudian akan melalui proses yang lebih
rumit lagi. Di sini asid hidroklorik yang
sedia ada di dalam perut akan mencerna makanan.
Untuk
pengetahuan anda, asid hidroklorik ini begitu kuat, ia bukan hanya memiliki keupayaan
untuk mencernakan makanan , bahkan boleh untuk menghakis atau merosakkan
dinding perut.
Namun,
sudah tentu sistem perut dicipta atau direka dengan sempurna untuk mengatasi
masalah ini. Perkara ini berlaku dengan wujudnya satu rembesan yang dipanggil
mukus yang dirembeskan perut semasa proses penghadaman yang bertindak untuk
melindungi perut daripada kesan asid hidroklorik. Justeru, dinding perut
terhalang daripada dikikis asid.
Satu
perkara penting yang perlu dijelaskan di sini adalah; teori evolusi tidak mampu
untuk menghurai, mengemukakan serta merumuskan proses sistem penghadaman ini
sebagaimana yang diterangkan tadi. Teori evolusi hanya menyatakan bahawa
organisma kompleks pada hari ini telah berkembang daripada selular primitif yang
terjadi akibat pengumpulan perubahan struktur kecil secara beransur-ansur.
Walau
bagaimanapun, seperti yang dijelaskan secara terperinci sebelum ini; adalah
sistem perut tidak boleh sama sekali terjadi dengan bersahaja, bahkan telah
jelas bahawa sistem perut ini memerlukan langkah proses yang teratur dan
terperinci. Malah, ketiadaan walaupun satu proses, katakan tiada rembesan
mukus, sudah pasti ia selanjutnya akan membawa kepada kebinasaan sel, organ,
sistem serta keseluruhan tubuh badan.
Apa
yang perlu untuk kita fikir secara kritis atau renung dengan mendalam berhubung
dengan sistem penghadaman ini adalah; semua ini menunjukkan bahawa badan
manusia tidak ubah seperti kilang yang besar. Kilang yang terdiri daripada
banyak mesin kecil yang bekerja bersama-sama dalam suasana yang cukup harmoni.
Seperti
juga semua kilang mempunyai pereka, jurutera dan perancang, begitu juga badan
manusia. Perancang/Jurutera ini kita sebut sebagai " Tuhan Yang Maha Pencipta."
#worshipthecreatornotthecreation
Adaptasi
dari: islamreligion
No comments:
Post a Comment