Oleh:
Syeikh Saleh al-Maghamsi
Suatu
hari saya telah menjalani pembedahan jantung. Pada hari kedua pembedahan, saya
telah bangun atau sedar. Saya lihat badan saya siap dijahit dan segala-galanya
telah selesai. Sekumpulan pakar dari unit rawatan rapi datang untuk memeriksa
saya tepat pada masa saya sedar.
24
jam selepas pembedahan, seorang doktor di sebelah saya perasan
terdapat masalah dengan darah saya. Doktor ini lalu memberitahu doktor yang kedua. Kemudian doktor yang kedua memberitahu pula doktor yang ketiga. Ia seterusnya berlanjutan sehingga kepada 14 orang doktor datang mengelilingi saya untuk memeriksa kes tersebut.
terdapat masalah dengan darah saya. Doktor ini lalu memberitahu doktor yang kedua. Kemudian doktor yang kedua memberitahu pula doktor yang ketiga. Ia seterusnya berlanjutan sehingga kepada 14 orang doktor datang mengelilingi saya untuk memeriksa kes tersebut.
Kesemua
mereka hairan, apa seterusnya yang patut dilakukan. Bagi saya, perkara ini
langsung saya tidak tahu. Namun, saya dapat lihat reaksi muka mereka berubah.
Saya dapat mendengar peralatan elektronik di belakang saya yang memberi isyarat
yang tidak baik walau saya tidak dapat lihat. Ekspresi muka pakar-pakar
memberitahu saya sesuatu yang buruk telah berlaku.
Pakar-pakar
tadi kemudiannya memanggil seorang pakar warga Sudan bernama Adam. Dia
seorang doktor yang cukup dihormati. Dari apa yang dia perhatikan, dia
mengandaikan terdapat darah beku selepas pembedahan dalam tubuh saya. Lalu,
secara ringkas, dia berkata kepada saya: “Oh Syeikh Saleh, kami mesti membawa
semula kamu ke bilik pembedahan, terdapat darah beku yang mesti dikeluarkan
segera.”
Sudah
tentu, berita mengejutkan saya ini bagaikan petir datang menyambar. Waktu itu,
Allah memberi petunjuk kepada saya supaya berharap agar operasi kedua berjaya
dan selamat. Untuk kali kedua, ketakutan mula menjalar dan saya mula membaca
dua kalimah syahadah:
“Asshadualla
ila ha illallah..Waasshadu anna muhammadar rasulullah”
(Aku
bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi
Muhammad pesuruh Allah)
Kemudian
saya menganggukkan kepala tanda bersedia untuk di operasi. Peranti elektronik
disambungkan ke badan saya dengan berhati-hati. Para doktor mula memakai
topeng, dalam masa yang sama seorang jururawat warga Lubnan di sebelah saya
memanggil saya: “Saleh”. Dia tidak tahupun saya seorang Syeikh.
Dia
(jururawat) tadi berkata: “Saleh, dengar sini, ucaplah selawat ke atas
junjungan Nabi, nanti semuanya akan mudah”. Jadi, cepat-cepat saya menyebut
seperti orang ramai menyebutnya:
“Allahumma
solli `ala muhammadin wa`ala aali muhammad”
(Ya
Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya)
Demi
Allah, sebaik sahaja saya berselawat, darah beku mulai hilang. Isyarat peranti
turut berubah! Doktor mulai cemas, apa yang telah berlaku! Sesuatu telah
berlaku. Justeru, doktor Adam dipanggil semula. Apabila dia datang, dia melihat
skrin dan memeriksa darah. Selepas itu, beliau berkata: “Oh Syeikh Saleh, apa
yang akan kami lakukan untuk menyelamatkan kamu, Allah swt lebih dahulu
melakukannya.”
Sudah
tentu, kita sekarang bukan memperkatakan isu tentang Saleh, tetapi isu wanita
(jururawat Lubnan) tadi, bahawa Allah swt telah memberkati beliau untuk
mengingatkan saya.
Allah
swt berfirman di dalam Al-Quran, surah Al-Ahzab, ayat 56:
“Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi
(Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya
serta ucapkanlah salam penghormatan dengan sepenuhnya.” [Al-Ahzab : 56]
Terjemahan:
Mohd Aziz
Sumber:
YouTube ~al-Maghamsi~
No comments:
Post a Comment