Oleh: Huda Academy
1. Aturan
alam semesta
Apabila kita
merenung sifat alam yang wujud di bumi yang kita diami ini, kita boleh lihat
wujud aturan di mana-mana, baik dari kitaran air hinggalah pergerakan bumi
mengelilingi matahari. Semua memiliki aturan tertentu dengan cukup harmoni.
Mengulas tentang aturan yang terdapat di dalam alam semesta ini, seorang ahli
fizik terkemuka, Stephen Hawking menjelaskan
“semakin dalam penyelidikan kita tentang alam semesta semakin kita dapati bahawa ia ditadbir mengikut aturan yang sangat rasional”. Perkongsian ini diakui oleh majoriti ahli saintis.
“semakin dalam penyelidikan kita tentang alam semesta semakin kita dapati bahawa ia ditadbir mengikut aturan yang sangat rasional”. Perkongsian ini diakui oleh majoriti ahli saintis.
Oleh
sebab alam semesta ini memiliki aturan yang cukup hebat dan dikawal dengan
undang-undang yang amat rasional, timbul pertanyaan bagaimana perintah atau
undang-undang ini boleh wujud. Untuk memudahkan pembaca bagi merungkai
persoalan ini, kita ambil telefon bimbit sebagai analogi. Bagaimana telefon
boleh wujud? Telefon ini dihasilkan oleh manusia yang diperbuat daripada kaca,
plastik dan logam.
Kita
sedia maklum, kaca datang daripada pasir, plastik berasal daripada minyak
sementara logam di ekstrak daripada tanah. Katakan anda sedang berjalan di
padang pasir (di mana terdapat banyak hasil minyak, pasir dan logam di dalam
tanah) dan anda mendapati banyak telefon bimbit di sekeliling anda.
Adakah anda percaya ia wujud dengan sendiri? Kemungkinan ketika matahari bersinar, angin bertiup, kilat melanda, minyak terpam ke permukaan dan bercampur dengan pasir dan logam selepas berjuta tahun, telefon terjadi dengan sendiri secara kebetulan?
Adakah anda percaya ia wujud dengan sendiri? Kemungkinan ketika matahari bersinar, angin bertiup, kilat melanda, minyak terpam ke permukaan dan bercampur dengan pasir dan logam selepas berjuta tahun, telefon terjadi dengan sendiri secara kebetulan?
Penjelasan
sedemikian sukar untuk dipercayai. Jelas bahawa telefon tidak terjadi begitu
tetapi ada pengatur yang menyusun dan memproses bahan-bahan dengan begitu
teratur. Samalah apabila kita melihat aturan yang wujud dalam alam semesta ini,
tidakkah rasional untuk mengatakan bahawa alam semesta ini juga ada
pengaturnya?
Keberadaan
aturan alam semesta ini lebih baik dijelaskan dengan kewujudan pengaturnya
iaitu Tuhan. Tuhanlah yang mengatur alam semesta ini.
2. Pemikiran
Manusia
Apabila diteliti, sepanjang
sejarah dunia, majoriti rakyat telah percaya akan kewujudan Tuhan. Ia
menunjukkan ada sesuatu yang dibina di dalam minda manusia yang membuatkan
manusia mahu percaya. Lebih sedekat yang lalu beberapa fakta yang benar-benar
mengejutkan telah ditemui yang menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai
kepercayaan semula jadi tentang Tuhan.
Dr
Justin Barret, seorang penyelidik kanan di pusat Antropologi dan Minda,
Universiti Oxford berkata “sejak 10 tahun yang lalu bukti saintifik telah
menunjukkan kelihatan wujud lebih banyak pembangunan minda semula jadi
kanak-kanak telah berlaku dari apa yang pernah kita fikirkan, termasuklah
kecenderungan untuk melihat alam semula jadi ini adalah direka bentuk dengan
mempunyai tujuan dan wujud entiti intelek (Yang Maha Pencipta) di sebalik
kewujudan tersebut”.
Tambahnya
lagi, sekiranya kita menghantar segelintir (kanak-kanak) di sebuah pulau dan
mereka membesar dengan sendiri di sana, mereka itu juga turut percaya akan
kewujudan Tuhan.
Manakala
Dr Olivera Petrovich, pakar pembangunan psikologi, Universiti Oxford menyatakan
bahawa “kepercayaan adanya Tuhan adalah pemikiran yang terbina secara semula
jadi namun sebaliknya bagi orang atheis (golongan yang tidak percaya adanya
Tuhan). Mereka perlu membangunkan (mereka-reka) kepercayaan mereka sendiri”.
Oleh
yang demikian, dari mana kepercayaan asli ini datang? Penjelasan terbaik untuk
kepercayaan ini adalah bahawa Allah, Tuhan yang Maha Pencipta yang meletakkan
kepercayaan ini dalam pemikiran manusia.
Sementara,
Arnold Toynbee telah mengkaji sejarah manusia sepanjang zaman dan meletakkan
hasil penemuannya dalam karya monumen yang terdiri daripada sepuluh jilid.
Berdasarkan hasil kajiannya, beliau merumuskan bahawa dalam sejarah manusia,
agama berdiri sebagai pusat. Dalam sebuah rencana The Observer pada 24 Oktober
1954, beliau menulis:
“Saya
telah mula kembali percaya bahawa agama merupakan kunci kepada mesteri
kewujudan.”
Terjemahan: Mohd Aziz
No comments:
Post a Comment