Apakah Makan
Daging Dibenarkan Dalam Islam
Oleh: Dr Zakir Naik
Soalan
Membunuh haiwan
adalah suatu perbuatan kejam. Mengapa pula orang
Islam makan
makanan daging (bukan vegetarian)?
Jawapan
‘Vegetarianisme’
kini merupakan suatu aliran di serata dunia. Ramai yang mengaitkannya dengan
hak asasi haiwan. Sesungguhnya, ada juga sebilangan besar orang menganggap
pengambilan daging dan hasil bukan vegetarian sebagai pencabulan hak asasi
haiwan.
Islam
menyarankan belas dan ihsan ke atas semua makhluk hidup. Pada masa yang sama,
Islam menegaskan bahawa Allah SWT telah mencipta bumi dan tumbuhan dan binatang
yang menakjubkan untuk manfaat umat manusia. Terpulang kepada manusia untuk
menggunakan sumber alam secara bijaksana sebagai nikmat dan amanat Allah SWT.
1. Orang
Muslim boleh menjadi vegetarian tulen.
Seorang
Islam boleh menjadi seorang Islam yang baik walaupun menjadi pengamal
vegetarian tulen. Seorang Islam tidak diwajibkan mengamalkan pemakanan
vegetarian.
2.
Bagaimanapun, Al-Quran membenarkan seorang Islam untuk mengambil makanan bukan
vegetarian.
Ayat
Al-Quran berikut menjadi bukti hakikat ini:
“Hai
orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu. Dihalalkan bagi kamu
binatang ternak kecuali yang akan dibicarakan kepadamu..” [Al-Maaidah 5:1]
“Dan Dia telah
menciptakan binatang ternak untuk kamu, padanya ada (bulu) yang menghangatkan
dan berbagai-bagai manfaat dan sebahagiannya kamu makan.”
[An-Nahl 16:5]
“Dan sesungguhnya
pada binatang-binatang ternak benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi
kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya dan (juga)
pada binatang-binatang ternakan itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu dan
sebahagian darinya kamu makan”. [Al-Mu’minuun 23:21]
3.
Daging berkhasiat dan kaya dengan protein lengkap.
Makanan bukan
vegetarian merupakan sumber protein yang sangat baik iaitu ke semua 8 amino
asid yang diperlukan badan yang tidak disintesiskan oleh tubuh dan perlu
dibekalkan di dalam diet. Daging juga mengandungi zat besi, vitamin B1 dan
niasin.
4.
Manusia mempunyai gigi-gigi omnivor.
Jika diperhatikan
gigi haiwan herbivor seperti lembu, kambing dan biri-biri, anda akan menjumpai
persamaan ketara pada ke semuanya. Semua haiwan tersebut mempunyai gigi-gigi
yang rata iaitu bersesuaian untuk diet herbivor.
Jika anda
memerhatikan gigi-gigi haiwan karnivor seperti singa, harimau atau harimau
bintang, ke semuanya mempunyai gigi-gigi taring. Manakala bagi gigi-gigi
manusia terdapat gigi rata dan juga gigi bertaring. Oleh itu, gigi manusia
bersesuaian untuk kedua-dua makanan herbivor dan karnivor, iaitu dikenali
sebagai omnivor.
Mungkin ada yang bertanya,
jika Tuhan Yang Maha Kuasa mahukan manusia memakan sayuran sahaja mengapa Dia
juga memperlengkapkan diri kita dengan gigi taring? Secara logik, Tuhan
menjangkakan manusia memerlukan dan memakan kedua-dua makanan vegetarian dan
bukan vegetarian.
5.
Manusia mampu menghadamkan kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian.
Sistem pencernaan
haiwan herbivor hanya berupaya menghadam tumbuhan (vegetarian). Sistem
pencernaan haiwan karnivor hanya dapat menghadamkan daging (bukan vegetarian).
Tetapi sistem pencernaan manusia dapat menghadam kedua-dua makanan vegetarian
dan bukan vegetarian. Sekiranya Tuhan Yang Maha Kuasa hanya mahukan kita memakan
sayuran, mengapa Dia mengurniakan kita dengan sistem pencernaan yang dapat
menghadam kedua-dua makanan vegetarian dan bukan vegetarian?
6.
Kitab Hindu membenarkan pemakanan bukan vegetarian.
a. Terdapat ramai
penganut Hindu yang berpegang teguh kepada amalan vegetarian.
Mereka
berpendapat bahawa memakan makanan bukan vegetarian dilarang oleh agama. Tetapi
hakikatnya, kitab Hindu membenarkan pemakanan daging. Kitab itu juga menyebut
bahawa pendeta Hindu juga memakan bukan vegetarian.
b. Kitab Hindu Manu
Smruti, ada menyebut di dalam Bab 5, rangkap 30:
“Orang yang memakan
daging yang boleh dimakan tidak melakukan keburukan, walaupun dia memakannya
setiap hari, kerana Tuhan telah mencipta sebahagian untuk dimakan dan
sebahagian lagi pemakan daging.”
c. Rangkap
seterusnya Manu Smruti, ada menyebut di dalam Bab 5, rangkap 31:
“Memakan daging
boleh sebagai korban, secara tradisi, ini dikenali sebagai peraturan
dewa-dewa.”
d. Seterusnya Manu
Smruti, Bab 5, rangkap 39 dan 40 menyebut:
“Tuhan sendiri
mencipta haiwan korban untuk dikorbankan…., oleh itu membunuh untuk korban
bukanlah pembunuhan.”
e. Mahabharatta
Anushashan Parva, Bab 88 menceritakan perbincangan di antara Dharmaraj
Yudhishthira dan Pitamah Bhishma tentang makanan yang sepatutnya dipersembahkan
kepada Pitris (nenek moyang) semasa Shraddha (upacara kematian) untuk memuaskan
mereka. Perenggan itu menyebut seperti berikut:
“Oh, yang maha
hebat, beritahu saya, apakah benda, sekiranya dipersembahkan kepada Pitris
(nenek moyang yang telah mati), tidak mudah habis-habis! Havi apakah, sekali
lagi (jika dipersembahkan) bertahan sepanjang masa? Sesungguhnya, apakah (jika
dipersembahkan) menjadi abadi?”
“Bhisma berkata,
‘dengarlah kataku, wahai Yudhisthira, Havi tersebut adalah orang-orang yang
fasih dengan ritual Shradda dan buah-buahan yang bertaut kepada setiapnya.
Dengan biji-bijian dan beras dan barli dan Masha dan air dan akar dan
buah-buahan, jika diberikan kepada Shradda, Pitri, Oh Raja, akan memuaskan
mereka untuk tempoh masa sebulan.
Dengan persembahan ikan kepada Shradda, Pitri
akan berpuas hati selama dua bulan. Untuk daging kambing biri-biri, mereka akan
berpuas hati selama tiga bulan, dengan arnab empat bulan, dengan daging kambing
selama lima bulan, dengan bakon (daging khinzir) selama enam bulan dan daging
burung tujuh bulan.
Dengan daging kijang
yang dipanggil Prishata, mereka akan berpuas hati selama lapan bulan, dan yang
diperoleh daripada Ruru selama sembilan bulan, dan dengan daging Gavaya selama
sepuluh bulan. Untuk daging kerbau, mereka akan berpuas hati selama sebelas bulan.
Dengan daging lembu yang dipersembahkan di Shradda, mereka akan berpuas hati
selama satu tahun. Payasa yang dicampurkan bersama minyak sapi diterima oleh
Pitri sebagaimana daging lembu.
Dengan daging
Vadhrisnasa (kerbau yang besar), Pitri akan berpuas hati selama dua belas
tahun. Daging badak sumbu, yang dipersembahkan kepada Pitri pada hari ulang
tahun lunar kematian mereka, akan bertahan selamanya. Daun perasa yang
dipanggil Kalaska, kelopak bunga kanchana, dan daging kambing (merah) juga,
jika dipersembahkan akan memuaskan hati mereka selamanya. Oleh itu, jika ingin
memuaskan hati nenek moyang, persembahkan kepada mereka daging kambing merah’.”
7.
Agama Hindu dipengaruhi oleh agama lain.
Walaupun kitab Hindu
membenarkan pengikutnya memakan makanan bukan vegetarian, ramai penganut Hindu
mengamalkan sistem vegetarian kerana dipengaruhi agama lain seperti Jainisme.
8.
Tumbuhan juga bernyawa.
Beberapa agama telah
mengamalkan vegetarianisme tulen sebagai peraturan diet kerana mereka menentang
sama sekali pembunuhan makhluk hidup. Jika ada sesiapa yang mampu hidup tanpa
membunuh sebarang makhluk hidup saya akan menjadi orang pertama untuk mengamalkan
cara hidup sebegitu. Dahulu, manusia beranggapan tumbuhan tidak bernyawa. Pada
hari ini, fakta bahawa tumbuhan juga bernyawa diketahui umum. Oleh itu, logik
untuk tidak membunuh makhluk hidup tidak dapat dipenuhi sungguhpun mereka
menjadi vegetarian tulen.
9.
Tumbuhan juga dapat merasai kesakitan.
Mereka berhujah lagi
dengan berkata bahawa tumbuhan tidak dapat merasai kesakitan, oleh itu membunuh
tumbuhan adalah jenayah yang lebih ringan berbanding pembunuhan haiwan.
Hari ini, sains mendedahkan
bahawa tumbuhan juga dapat merasai kesakitan. Tetapi, tangisan tumbuhan tidak
boleh didengari manusia. Ini disebabkan ketidakmampuan telinga manusia untuk
mendengar bunyi yang tidak berada dalam lingkungan 20 hingga 20,00 Hertz. Apa
sahaja yang berada di bawah atau di atas lingkungan tersebut tidak akan dapat
didengari oleh manusia.
Seekor anjing boleh
mendengar sehingga tahap 40,000 Hertz. Oleh itu, wisel anjing yang mempunyai
frekuensi melebihi 20,000 Hertz tetapi kurang daripada 40000 Hertz tidak
kedengaran.
Wisel itu hanya
dapat didengar oleh anjing tetapi tidak kepada manusia. Anjing itu mengecam
wisel tuannya dan akan menghampirinya. Seorang petani di Amerika Syarikat telah
melakukan penyelidikan dan mencipta alat yang berupaya menukarkan tangisan
tumbuhan sehingga dapat didengari oleh manusia. Dia dapat menyedari dengan
segera apabila tumbuhan itu menangis untuk mendapatkan air.
Penyelidikan terkini
mendedahkan bahawa tumbuhan dapat merasai kegembiraan dan kesedihan. Tumbuhan
juga boleh menangis.
10.
Membunuh makhluk hidup yang mempunyai kurang dua deria bukanlah jenayah yang
lebih ringan.
Seorang vegetarian
pernah berhujah dengan mengatakan tumbuhan hanya mempunyai dua atau tiga deria
sahaja manakala haiwan mempunyai lima deria. Oleh yang demikian, jenayah
membunuh tumbuhan lebih ringan berbanding haiwan.
Katakan, saudara
lelaki anda dilahirkan pekak dan bisu dan kekurangan dua deria berbanding
manusia lain. Apabila dewasa dia dibunuh. Apakah anda akan meminta hakim
mengenakan hukuman lebih ringan kerana saudara lelaki anda mempunyai kurang dua
deria? Sebaliknya, anda akan mengatakan bahawa orang tersebut telah membunuh
seorang yang tidak bersalah dan berdosa dan hakim sepatutnya menjatuhkan
hukuman lebih berat terhadap pembunuh tersebut.
Al-Quran menyebut:
“Hai sekalian
manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi...” [Al-Baqarah
2:168]
11.
Populasi lembu ternakan yang berlebihan.
Jika setiap manusia
menjadi vegetarian ini akan mengakibatkan lebihan populasi lembu di dunia
kerana pembiakan dan penggandaan lembu sangat cepat. Allah SWT Yang Maha
Bijaksana mengetahui bagaimana mengimbangi ciptaan-Nya dengan cara Dia
menghalalkan daging lembu.
12.
Harga daging berpatutan kerana kebanyakan orang bukan vegetarian.
Saya tidak kisah
sekiranya beberapa orang menjadi vegetarian tulen. Namun begitu, mereka tidak
sepatutnya mengutuk pengamal bukan vegetarian sebagai kejam. Malahan jika semua
orang India menjadi bukan vegetarian misalnya, orang bukan vegetarian yang ada
akan kerugian kerana harga daging akan meningkat.
Sumber: 20 Soalan
Paling Lazim Tentang Islam
petani pun buat penyelidikan ke? apa cerita karut ni.tumbuhan pun menangis.janganlah mengarut sampai macamni
ReplyDeletePetani di Amerika..bukan Petani mcm kamu
Deletekalau bagi dua pilihan kepada orang islam iaitu bunuh kucing kesayangan atau cabut ubi keledek di belakang rumah? yang mana nampak kejam?woi brader pikirlah secara waras.tumbuhan memang hidup tapi takan rasa sakit
ReplyDeletememang binatang ternakan terasa sakit dan perit waktu disembelih.saya sanggup tidak makan apa jua daging sampai saya mati dan bila bila pun.saya tidak mahu mengemukkan daging saya dengan memakan daging binatang lain.
ReplyDeleteLebih baik tuan jangan makan apa apa..kesian tumbuhan kena rebus dan kunyah dengan tuan..jadilah manusia yang baik dengan tidak makan..
ReplyDelete