Pages

Friday, 8 November 2013

: : Penyembelihan Dalam Islam : :

Penyembelihan Dalam Islam
Susunan: Mohd Aziz


Pengenalan

Allah swt telah berfirman di dalam surah al-Maidah, surah ke 5 ayat ke 3:

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.

Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.

Pada hari ini, aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Al-Quran 5:3]

Dalam Islam, undang-undang utama dalam hal keharusan (kehalalan) memakan daging adalah bahawa ia mesti disembelih mengikut mandat atau syariat agama. Adalah haram bagi memakan mana-mana daging haiwan yang mati (sebagaimana yang diterangkan oleh ayat 3 surah al-Maidah) seperti akibat tercekik, mati kerana pukulan ganas, terjatuh atau ditanduk haiwan yang lain mahupun mati akibat dimakan oleh haiwan liar. Justeru, untuk menjadikan daging haiwan halal di makan, maka ia perlu disembelih.

Apa itu Sembelihan?

Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih tanpa memutuskan saraf tunjang dengan menggunakan alat yang tajam seperti pisau berserta niat kerana Allah.

Kaedah ini merupakan kaedah yang paling berperikemanusiaan untuk menyembelih haiwan ternakan bagi mendapatkan dagingnya. Kaedah penyembelihan ini juga merupakan satu-satunya kaedah yang disahkan oleh kongres Amerika Syarikat, seperti yang dinyatakan dalam seksyen 1901 dan 1902 (b), Bab 48, Tajuk 7, yang tertulis seperti berikut:

“The Congress finds that the use of humane methods in the slaughter of livestock prevents needless suffering; results in safer and better working conditions for persons engaged in the slaughtering industry; brings about improvement of products and economies in slaughtering operations; and produces other benefits for producers, processors, and consumers which tend to expedite an orderly flow of livestock and livestock products in interstate and foreign commerce.”  

Yang bermaksud:

“Kongres mendapati bahawa penggunaan kaedah penyembelihan ternakan yang berperikemanusiaan mampu mencegah penderitaan yang sia-sia; menghasilkan keadaan kerja yang lebih selamat dan lebih baik untuk orang-orang yang terlibat dalam industri penyembelihan; mendatangkan penambahbaikan produk dan ekonomi dalam operasi penyembelihan; dan menghasilkan faedah lain untuk pengeluar , pemproses, dan pengguna yang cenderung untuk mempercepatkan aliran yang teratur ternakan dan produk ternakan bagi dagangan antara dalam dan luar negara.”

Oleh yang demikian di Amerika Syarikat, penyembelihan yang dijalankan secara berperikemanusiaan telah diisytiharkan sebagai dasar dalam sudut etika penyembelihan dan pengendalian ternakan.

Adakah Haiwan Sakit Ketika Penyembelihan?

Dalam satu kajian yang bertajuk “Attempts to Objectify Pain and Consciousness in Conventional (captive bolt pistol stunning) and Ritual (halal, knife) Methods of Slaughtering Sheep and Calves” atau “Percubaan untuk merealisasikan sakit dan sedar bagi kaedah penyembelihan secara konvensional (kejutan atau tembakan dengan pistol bolt) dan ritual agama (sembelihan dengan pisau) bagi biri-biri dan lembu” oleh Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya Dr Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hanover, Jerman, kedua-dua penyelidik berkenaan telah mengimplankan beberapa elektrod pembedahan di pelbagai titik tengkorak beberapa haiwan ternakan bagi menyentuh permukaan otak haiwan tersebut.

Haiwan-haiwan berkenaan selanjutnya dibiarkan untuk pulih dalam beberapa minggu. Selepas itu, haiwan-haiwan tersebut kemudiannya di sembelih dalam dua keadaan. Pertama, penyembelihan menurut syariat Islam, manakala yang lainnya mengikut kaedah konvensional iaitu dengan memberi kejutan dengan pistol bolt sebelum di potong.


Pistol bolt atau lebih dikenali dengan nama Captive Bolt Pistol turut dikenali dengan pelbagai nama yang lain seperti cattle gun (penembak ternakan) atau stunner (alat kejutan). Prinsip asas di sebalik senjata ini adalah serangan secara paksa di dahi menggunakan bolt untuk mendorong haiwan ternakan supaya tidak sedarkan diri.


Bolt adalah rod berat yang  diperbuat daripada aloi tidak berkarat, seperti keluli tahan karat. Bolt yang terdapat pada pistol ini berkemungkinan akan memusnahkan sebahagian daripada otak haiwan itu. Selain itu, bekalan darah ke otak ternakan juga akan terputus selepas ditembak dengan pistol bolt ini. Pistol bolt ini telah dicipta pada tahun 1903 oleh Dr Hugo Heiss, bekas pengarah di pusat penyembelihan di Straubing, Jerman.

Semasa proses eksperimen penyembelihan tersebut, bacaan electroencephalography (EEG)[1] dan electrocardiogram (ECG)[2] direkodkan bagi mendapatkan data keadaan otak dan jantung semua haiwan semasa kaedah penyembelihan secara Islam dan konvensional (kejutan pistol bolt). Keputusan-keputusan berikut telah diperoleh:

1.       Tiga saat yang pertama semasa proses penyembelihan secara Islam, didapati bacaan EEG tidak menunjukkan apa-apa perubahan pada graf sebelum haiwan tersebut disembelih, maka ia menunjukkan bahawa haiwan itu tidak merasa sebarang kesakitan ketika atau sebaik sahaja selepas pemotongan (sembelihan) itu.

2.       Untuk tiga saat yang berikutnya, EEG mencatatkan bacaan haiwan yang disembelih berada dalam keadaan tidur nyenyak- tidak sedarkan diri. Ini adalah disebabkan oleh kuantiti darah yang besar yang mengalir keluar dari badan.

3.       Selepas 6 saat tersebut, EEG selanjutnya mencatatkan paras sifar, menunjukkan tiada rasa sakit sama sekali.

4.       Walaupun bacaan EEG menunjukkan paras sifar, namun haiwan tetap menggelentar dan degupan jantung berlaku dengan kuat. Perkara ini berlaku bukan disebabkan kesakitan yang dirasai haiwan, tetapi kerana tindakan refleksi saraf tunjang untuk mengalirkan darah keluar dengan cepat. Darah yang keluar akan menyegarkan lagi daging haiwan. Daging kurang darah lebih segar dan bersih kerana darah adalah agen kuman.

Manakala haiwan yang disembelih secara konvensional iaitu dengan memberi kejutan dengan pistol bolt terlebih dahulu kepada haiwan tersebut sebelum dipotong, keputusan-keputusan berikut diperoleh:

1.       Haiwan-haiwan tersebut kelihatan tidak sedarkan diri tidak lama selepas dikenakan kejutan.

2.       Bacaan EEG menunjukkan kesakitan yang teruk dialami oleh haiwan sebaik sahaja dikenakan kejutan.

3.       Jantung haiwan yang dikenakan kejutan berhenti berdegup lebih awal berbanding dengan haiwan yang disembelih mengikut kaedah Islam. Perkara ini akan menyebabkan pengekalan lebih banyak darah dalam daging. Darah yang masih terdapat dalam daging adalah tidak bersih untuk pengguna.

Justeru, keputusan kajian telah menunjukkan bahawa haiwan yang disembelih mengikut kaedah konvensional, iaitu dengan mengenakan kejutan terlebih dahulu telah meletakkan haiwan dalam kesakitan yang tidak perlu. Untuk itulah, dalam syariat Islam, kaedah ini tidak digunakan.

Rujukan

1. Al-Quran
2. www.islamreligion.com
3. Wikipedia





[1] Electroencephalography (EEG) is the recording of electrical activity along the scalp. EEG measures voltage fluctuations resulting from ionic current flows within the neurons of the brain. In clinical contexts, EEG refers to the recording of the brain's spontaneous electrical activity over a short period of time, usually 20–40 minutes, as recorded from multiple electrodes placed on the scalp. Diagnostic applications generally focus on the spectral content of EEG, that is, the type of neural oscillations that can be observed in EEG signals. In neurology, the main diagnostic application of EEG is in the case of epilepsy, as epileptic activity can create clear abnormalities on a standard EEG study. A secondary clinical use of EEG is in the diagnosis of comaencephalopathies, and brain death. A third clinical use of EEG is for studies of sleep and sleep disorders where recordings are typically done for one full night, sometimes more. EEG used to be a first-line method for the diagnosis of tumorsstroke and other focal brain disorders, but this use has decreased with the advent of anatomical imaging techniques with high (<1 mm) spatial resolution such as MRI and CT. Despite limited spatial resolution, EEG continues to be a valuable tool for research and diagnosis, especially when millisecond-range temporal resolution (not possible with CT or MRI) is required.

[2] An ECG is used to measure the rate and regularity of heartbeats, as well as the size and position of the chambers, the presence of any damage to the heart, and the effects of drugs or devices used to regulate the heart, such as a pacemaker. Most ECGs are performed for diagnostic or research purposes on human hearts, but may also be performed on animals, usually for diagnosis of heart abnormalities or research.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...