Pengharaman
Khinzir
Oleh: Dr Zakir Naik
Soalan
Mengapa
daging khinzir (babi) diharamkan dalam Islam?
Jawapan
Pengharaman
memakan daging khinzir memang diketahui umum. Fakta berikut menerangkan
pelbagai aspek larangan ini:
1. Al-Quran
mengharamkan daging khinzir.
Al-Quran
melarang memakan daging khinzir di dalam tidak kurang daripada 4 surah
berlainan. Larangan tersebut terkandung di dalam 2:175, 5:3, 6:145 dan 16:115.
“Diharamkan
bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih
atas nama selain Allah….”
[Al-Maaidah
5:3]
Ayat suci Al-Quran
di atas memadai untuk meyakinkan seorang Islam tentang pengharaman daging
khinzir.
2. Daging
khinzir dilarang di dalam Kitab Bible.
Orang
Kristian semestinya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang pemakanan
daging khinzir, di dalam buku Leviticus:
“Jangan
makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang
itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, jangan sentuh
bangkainya.”
[Leviticus 11:7-8]
Daging
khinzir juga dilarang di dalam Bible menurut buku Deuteronomy:
“Jangan
makan babi. Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang
itu tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan sentuh
bangkainya.”
[Deutoronomy
14:8]
Larangan
yang sama juga diulang di dalam Bible, di dalam buku Isaiah Chapter 65, rangkap
2-5.7.
3. Memakan
daging khinzir menyebabkan pelbagai penyakit.
Orang bukan
Islam yang lain dan ateis akan hanya bersetuju jika mereka dapat diyakinkan
melalui sebab, logik dan sains. Memakan daging khinzir boleh menyebabkan tidak
kurang daripada tujuh puluh jenis penyakit yang pelbagai.
Seseorang
itu boleh mendapat pelbagai Helminthes seperti cacing bulat, cacing
peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia
Solium, iaitu menurut istilah umum, cacing pita. Ia tersimpan di dalam usus
dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu
mencapai hampir ke semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, boleh mengakibatkan
hilang ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung, jika
memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan mengakibatkan kerosakan
hati. Ia boleh merosakkan hampir kesemua organ tubuh.
Satu lagi Helminthes
adalah Trichura Tichurasis. Tanggapan salah paling umum mengenai daging
khinzir ialah, jika ianya dimasak dengan betul, ovum-ovum tersebut akan mati.
Dalam satu projek penyelidikan yang dijalankan di Amerika, didapati daripada
dua puluh empat orang yang menghidap Trichura Tichurasis, dua puluh dua
telah memasak daging khinzir tersebut dengan betul. Ini menunjukkan bahawa ovum
yang terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang normal.
4. Khinzir
mempunyai bahan pembina lemak.
Daging
khinzir mempunyai sangat sedikit bahan pembina otot dan mengandungi lemak
berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saluran darah dan boleh menyebabkan
hipertensi (tekanan darah yang terlalu tinggi) dan serangan jantung. Tidak
menghairankan bahawa lebih 50% rakyat Amerika menghidap hipertensi.
5. Khinzir
adalah antara haiwan paling kotor di bumi.
Khinzir
hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia merupakan pembangkai
terbaik ciptaan Allah (S.W.T.) yang saya tahu. Di perkampungan India, mereka tidak
mempunyai tandas moden dan penduduk kampung membuang najis di tempat terbuka.
Selalunya najis tersebut dimakan oleh khinzir.
Mungkin ada
yang akan berhujah bahawa di negara-negara maju seperti Australia, khinzir
diternak di tempat yang bersih. Sungguhpun kawasan tersebut bersih, khinzir itu
ditempatkan bersama di dalam kandang. Tidak kira bagaimana anda mencuba menjaga
kebersihan khinzir, menurut tabii, mereka merupakan haiwan yang kotor. Mereka
makan dan menikmati najis mereka sendiri serta najis khinzir lain.
6. Khinzir
adalah haiwan paling menjijikkan.
Khinzir
merupakan haiwan paling menjijikkan di muka bumi ini. Khinzir satu-satunya
haiwan yang merelakan kawan-kawannya mengadakan seks bersama pasangannya.
Di Amerika, kebanyakan
orang memakan daging khinzir. Setiap kali selepas majlis tari menari, mereka
akan bertukar-tukar isteri, dan berkata,” Anda tidur bersama isteri saya dan
saya tidur bersama isteri anda.”
Mungkin kah
budaya memakan daging khinzir menggalakkan budaya khinzir. Kami, rakyat India
menganggap Amerika sebagai sebuah negara yang paling maju dan canggih. Apa sahaja
yang mereka lakukan, akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian. Menurut
rencana di dalam majalah Island, amalan bertukar-tukar isteri telah mula
menjadi kebiasaan di kawasan mewah Bombay.
Sumber: 20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam
No comments:
Post a Comment