Pages

Sunday, 15 May 2016

: : Kenapa Tidak Tuhan Menghapuskan Sahaja Syaitan ? : :

Kenapa Tidak Tuhan  Menghapuskan Sahaja Syaitan?
Oleh: Dr. Zakir Naik


Gambar sekadar hiasan

Soalan:

Kenapa Allah menentang Syaitan dan memberikannya kesempatan untuk menyesatkan kita, sedangkan Allah tahu bahawa sifat dari makhluk ini, bahawa manusia akan diperdaya, kenapa dia tidak langsung sahaja menghabiskan(menghapuskan) Syaitan pada waktu itu?

Jawapan

Anak ini bertanya dengan sangat baik, bahawa kenapa Allah swt menentang Syaitan dan memberikan kepada Syaitan kesempatan untuk memperdaya manusia? Kenapa tidak sahaja Allah menghapuskannya pada saat itu juga?

Untuk makluman anak muda, bukanlah Allah swt yang menentang Syaitan, namun Syaitanlah yang menentang Allah swt. Iblis pada asalnya adalah salah satu jin yang baik, yang sangat soleh dan taat, tetapi ia sombong.

Ketika Allah swt memerintahkannya untuk bersujud kepada Adam, dia berkata:

“Kenapa aku harus bersujud kepada orang yang diciptakan daripada tanah, sedangkan aku diciptakan daripada api..”

Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah, Al-A’raf, surah ke 7 ayat 12:

Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah." [Al-Quran 7:12]

Jadi dia sombong. Dia sangat taat pada awalnya, dia sangat soleh, dia (Iblis) adalah makhluk yang terbaik dari bangsa jin, sehingga dia bersama barisan para malaikat. Namun ketika Allah memerintahkannya untuk bersujud kepada Adam, dia tidak bersujud kerana kesombongannya.

Kemudian dia meminta penangguhan ketika Allah ingin menghukumnya. Dia berkata “berikan aku penangguhan.” Penangguhan ertinya penundaan terhadap hukumannya. “Kemudian aku akan menyesatkan manusia.” Jadi Allah berfirman “Aku akan memberimu penangguhan.”

Kemudian Syaitan memohon dengan Allah, “Tunda hukumanku. Dan jika engkau menunda hukumanku, aku akan menyesatkan manusia.” Oleh itu, Allah kemudian berfirman, “Aku menunda hukumanmu. Aku memberimu penangguhan sampai hari kiamat. Dan engkau (Syaitan) tidak akan boleh menyesatkan orang-orang Muslim yang berada di jalan-Ku (jalan yang lurus).
Tapi bagi yang bukan Muslim sejati, yang tidak taat kepada-Ku, kau boleh sahaja menyesatkan mereka.”

Sebagaimana firman Allah swt dalam surah alHijr, surah ke 15 ayat 32-43:

Allah berfirman: Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?”
Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya".
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau dari sekarang ke masa depan adalah (satu makhluk yang) diusir.
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat".
Iblis berkata:" Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)".
Allah berfirman: "Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh.
"Hingga ke hari - masa yang termaklum".
Iblis berkata: “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
"Dan sesungguhnya neraka Jahannam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurutmu).
[Al-Quran 15:32-43]

Jadi ketika Allah memberikannya kesempatan sampai hari kiamat, Allah telah menunda hukumannya. Oleh yang demikian, bagaimana Allah boleh menghapuskannya; sedangkan Allah sudah berjanji dan Allah tidak boleh mengingkari janjinya. 

Allah Maha Besar. Justeru iblislah yang menentang Allah s.w.t.

Selain itu, perlu untuk diketahui bahawa bagi manusia, kehidupan ini merupakan ujian untuk hari akhirat. Mereka yang beriman pada Quran dan Hadis Sahih akan berjaya dalam ujiannya dan akan menuju ke syurga. Namun, bagi mereka yang tidak mengikuti Quran dan Sunnah, mereka ini tidak berjaya dan tidak akan masuk ke syurga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...