Mazhab
Oleh: Dr Zakir Naik & Syeikh Muhammad Sulthan al-Makki
Mengapa Umat
Islam Terbahagi Kepada Golongan / Pelbagai Mazhab?
Soalan
Sekiranya
orang Islam mematuhi satu Al-Quran yang sama, maka mengapa pula terdapat banyak
golongan dan mazhab yang berlainan di kalangan orang Islam?
Jawapan
1. Orang
Islam perlu bersatu.
Menjadi
suatu kenyataan bahawa umat Islam pada hari ini berpecah belah. Islam langsung
tidak menyokong perpecahan. Islam menganjurkan perpaduan di kalangan
pengikutnya.
“Dan berpeganglah kamu semuanya
kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai...” [Ali-Imran
3:103]
Setiap umat
Islam perlu mematuhi Al-Quran dan hadis sahih dan tidak berpecah belah sesama
sendiri.
2.
Berpuak-puak adalah dilarang dalam Islam.
Kitab suci
Al-Quran menyebut:
“Sesungguhnya orang-orang yang
memecah belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak
ada sedikit pun tanggungjawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah
(terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa
yang telah mereka perbuat.” [Al-An’aam 6:159]
Di dalam ayat ini
Allah SWT berfirman bahawa seseorang itu perlu menjauhkan diri daripada
golongan yang memecahbelahkan agama dan membahagikannya kepada puak-puak.
Jika ada yang
bertanya seoran Islam “Siapa kamu?”, jawapan biasa sama ada “Saya Sunni” atau
“Saya Shia”. Ada yang menampilkan diri sebagai Hanafi atau Syafi’i atau Maliki
atau Hanbali. Ada yang berkata “Saya seorang Deobandi” sementara beberapa yang
lain berkata “Saya seorang Barelvi”.
3.
Rasulullah seorang Islam.
Mungkin ada yang
bertanya orang Islam tersebut, “Apakah pegangan Rasulullah SAW? Adakah baginda
seorang Hanafi atau Syafi’i atau Hanbali ataupun Maliki? Tidak, baginda seorang
Islam sama seperti rasul-rasul dan utusan Allah sebelumnya.
Kitab suci Al-Quran
ada menyebut dalam surah 3 ayat 52 bahawa Nabi Isa AS adalah seorang Islam.
Selanjutnya dalam surah 3 ayat 67, Al-Quran menyebut bahawa Nabi Ibrahim AS
bukan seorang Yahudi ataupun Kristian tetapi seorang Islam.
4.
Al-Quran menyeru memperkenalkan diri sebagai seorang Islam.
a) Jika sesiapa
bertanyakan seseorang Islam persoalan agama, dia perlu menjawab, “Saya seorang
Islam, bukan Hanafi atau Syafi’i”. Al-Quran meneyebut:
“Siapakah
yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan
amal yang soleh dan berkata: ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang
berserah diri (Islam)?’” [Fusshilat 41:33]
b) Rasulullah SAW menghantar perutusan surat
kepada raja-raja dan pemerintah bukan Islam menyeru mereka agar menerima Islam,
baginda menyebut ayat Al-Quran yang berikut:
“...Maka katakanlah
kepada mereka: ‘Saksikanlah bahawa kami adalah orang-orang yang berserah diri
(kepada Allah) (Islam).” [Ali-’Imran 3:64]
5. Menghormati semua Ulama Agung Islam.
Kita mesti menghormati ke semua Ulama Agung
Islam termasuk empat Imam iaitu Imam Abu Hanifah, Imam Syafi’i, Imam Ahmad Ibn
Hanbal dan Imam Malik RA. Mereka merupakan Ulama Islam yang hebat dan semoga
Allah membalas kebaikan mereka membuat penyelidikan dan berusaha keras.
Tiada
sesiapa boleh membantah jika seseorang bersetuju dengan pandangan dan
penyelidikan Imam Abu Hanifah atau Imam Syafi’i dan lain-lain. Tetapi sekiranya
di soal, Apa agama kamu?” Jawapannya mestilah satu, “Saya orang Islam.”
6. Seseorang mungkin memperdebatkan dengan
mengambil hadis
Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh
Imam Abu Daud, hadis no.4579. Di dalam hadis ini, Nabi Muhammad SAW telah
bersabda, “umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan.” Hadis ini
menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menjangkakan akan wujud tujuh puluh tiga
golongan.
Baginda tidak mengatakan bahawa orang Islam harus bergerak aktif
membahagikan diri mereka kepada golongan. Al-Quran memerintahkan kita supaya
jangan berpecah belah. Sesiapa yang menurut ajaran Al-Quran dan hadis sahih dan
tidak berpecah belah adalah orang-orang yang berada di jalan yang benar.
Menurut hadis riwayat Imam At-Tirmidhi,
haids no.171, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Umatku akan berpecah kepada tujuh
puluh tiga golongan dan semua mereka akan masuk neraka kecuali satu golongan.”
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah
golongan manakah itu. Lalu baginda menjawab, “Iaitu yang bersamaku dan
sahabat-sahabatku.”
Al-Quran menyatakan beberapa ayat berkenaan
“Patuhi Allah dan patuhi Rasul.” Orang Islam yang sejati patut mematuhi hanya
Al-Quran dan Hadis Sahih. Dia boleh bersetuju dengan pandangan mana-mana Ulama
selagi mereka mematuhi ajaran Al-Quran dan Hadis Sahih.
Sekiranya pandangan tersebut menyalahi
perintah Allah atau sunnah Rasulullah, maka ia tidak bermakna walaupun betapa
tingginya ilmu Ulama tersebut. Sekiranya semua orang Islam memahami ajaran
Al-Quran dan berpegang teguh dengan Hadis Sahih, Insya-Allah masalah ini boleh
diselesaikan dan kita boleh menjadi umat Islam yang bersatu.
Sumber: 20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam
Ibnu Taimiyyah r.h
berkata di dalam Al-Fatawa Al-Mishriyah:
“Apabila
seseorang mengikuti imam tertentu, misalnya Abu Hanifah, Malik, Syafie, atau
Ahmad rahimahumullah, lalu dia melihat pada sebahagian persoalan ternyata
mazhab yang lain lebih kuat dan dia mengikuti mazhab lain tersebut, maka orang
ini telah berbuat baik dalam hal itu, dan ini tidak menjadi cacat bagi agama
dan keadilannya tanpa ada perselisihan lagi.
Bahkan
dia lebih patut berada dalam kebenaran serta lebih disukai Allah dan Rasul
daripada orang yang taksub (fanatik) kepada orang tertentu selain Nabi saw. Seperti
orang yang taksub kepada Abu Hanifah, lalu dia melihat perkataan imam ini yang
benar dan wajib diikuti (dalam segala hal) dan tidak boleh mengikuti pendapat
yang menyelisihkannya. Barang siapa berbuat demikian, maka dia termasuk orang
yang bodoh, bahkan boleh menjadi kafir. Kita berlindung kepada Allah swt
darinya.”[1]
Manakala Imam
as-Syafie r.h berkata:
“Barang
siapa taklid kepada orang tertentu dalam mengharamkan sesuatu atau
menghalalkannya, sementara telah ada hadis sahih yang menyelisihkannya, namun
taklid telah mencegahnya daripada mengamalkan sunah (hadis sahih), bererti dia
telah mengambil orang yang dia taklid kepadanya sebagai Rabb selain Allah swt,
menghalalkan baginya apa yang diharamkan Allah, dan mengharamkan atasnya apa
yang dihalalkan Allah. Inna lillaahi wa inna ilaihi raaji’un”[2]
No comments:
Post a Comment