Oleh:
Dr Zakir Naik
Al-Quran beberapa kali menyebut bahawa Allah
swt adalah Maha Pengampun (Pemaaf) dan Maha Mengasihani, namun Al-Quran juga
menyebut beberapa kali bahawa Allah swt akan memberi hukuman yang tegas
(seksaan yang berat). Justeru, adakah Allah swt Maha Pengampun (Pemaaf) atau
Pendendam?
1. Allah swt adalah Maha Mengasihani
Al-Quran menyebut beberapa kali bahawa Allah
swt adalah Maha Mengasihani. Perkara ini jelas terbukti berdasarkan
kepada
kesemua 114 surah yang terdapat dalam Al-Quran kecuali Surah At-Taubah (surah
ke-9) yang bermula dengan formula (kata-kata) yang indah iaitu (Bismillah-hir-Rahman-nir-Rahim),
yang bermaksud Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
2. Allah swt adalah Maha Pengampun
Kitab suci Al-Quran menyatakan di dalam
beberapa ayat termasuk Surah An-Nisa (surah ke-4) ayat ke 25 dan Surah
Al-Maidah (surah ke-5) ayat ke 74 bahawa:
"..Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Al-Quran 4:25 & 5:74]
3. Allah swt memberi hukuman yang berat
terhadap orang yang ingkar (pesalah)
Allah swt selain mempunyai sifat yang Maha
Mengasihani dan Maha Pengampun, Dia juga tegas dalam member hukuman terhadap
orang yang ingkar (pesalah). Al-Quran menyatakan di dalam beberapa ayat bahawa
Allah swt akan memberi hukuman yang berat kepada orang-orang kafir dan orang
yang menolak kebenaran.
Dia juga akan memberikan hukuman (seksaan
yang amat pedih) kepada sesiapa yang mengingkari perintahNya. Beberapa ayat di
dalam Al-Quran menerangkan tentang pelbagai jenis hukuman berat yang akan
diberikan oleh Allah swt di dalam Neraka kepada sesiapa yang melanggar
perintahNya. Seperti ayat di dalam surah An-Nisa ayat ke 56 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang kufur
ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api
neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka
kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah)
sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."[Al-Quran 4:56]
4. Allah adalah Maha Adil
Persoalan adalah, adakah Allah swt Maha
Pengampun atau Pendendam? Satu perkara penting yang perlu dinyatakan di sini
adalah bahawa Allah swt selain Maha Mengasihani dan Maha Pengampun, Dia juga
perlu memberi hukuman yang tegas terhadap orang yang ingkar dan jahat,
disebabkan Dia adalah Maha Adil.
Al-Quran menyatakan di dalam surah An-Nisa:
"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali
menganiaya (berlaku tidak adil) sekalipun seberat zarah (debu).."[Al-Quran
4:40]
Al-Quran juga selanjutnya menyatakan di
dalam Surah Al-Ambiya':
"Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan
neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari
kiamat; maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun; dan jika
(amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangkannya
(untuk ditimbang dan dihitung); dan cukuplah Kami sebagai Penghitung."[Al-Qur'an
21:47]
5. Contoh: Guru yang memaafkan seorang
pelajar yang meniru di dalam peperiksaan.
Jika semasa satu peperiksaan, ada seorang
pelajar telah meniru dan guru yang mengawasi peperiksaan tersebut telah
menangkap pelajar yang meniru itu, kemudian guru tersebut berkata dia merupakan
seorang guru yang baik hati dan pengasih, oleh sebab itu, dia memaafkan pelajar
tersebut dan membenarkan pelajar tersebut untuk terus meniru.
Bagi pelajar yang belajar dengan penat lelah
dan bersungguh-sungguh untuk menduduki peperiksaan, mereka tidak akan berkata
bahawa guru itu baik hati dan pengasih tetapi mereka akan berkata guru itu
tidak adil. Tindakan kasihan guru tersebut akan menggalakkan pelajar lain untuk
turut meniru.
Jika semua guru adalah baik hati dan
pengasih dan membenarkan pelajar untuk meniru, maka sudah tentu tidak akan ada
pelajar yang akan belajar dengan tekun untuk menduduki peperiksaan kerana semua
pelajar akan lulus dengan cemerlang hasil daripada meniru.
Secara teori, keputusan peperiksaan pelajar adalah cemerlang kerana lulus dengan Kelas Pertama tetapi secara praktikal, pelajar-pelajar tersebut akan gagal di dalam kehidupan. Tujuan keseluruhan peperiksaan juga akan gagal.
Secara teori, keputusan peperiksaan pelajar adalah cemerlang kerana lulus dengan Kelas Pertama tetapi secara praktikal, pelajar-pelajar tersebut akan gagal di dalam kehidupan. Tujuan keseluruhan peperiksaan juga akan gagal.
6. Kehidupan ini merupakan ujian untuk hari
kemudian
Kehidupan di dunia ini adalah ujian untuk
hari akhirat. Al-Quran menyebut di dalam surah Al-Mulk:
"Dia yang menciptakan mati dan hidup
(kamu) - untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;
dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang
yang bertaubat)"[Al-Qur'an 67:2]
7. Sekiranya Allah swt memaafkan setiap
manusia dan tidak menghukum seorangpun, maka mengapa manusia harus mematuhi
perintah Allah swt?
Jika Allah swt memaafkan setiap manusia dan
tidak menghukum seorangpun, maka mengapa manusia harus mematuhi perintah Allah swt?
Saya akan bersetuju bahawa tidak ada seorang pun yang akan masuk ke Neraka,
tetapi dunia ini akan menjadi Neraka kepada kehidupan di dalamnya.
Jika semua manusia akan masuk ke Syurga, dan apakah tujuan dan keperluan manusia untuk hadir ke dunia ini. Justeru, kehidupan ini tidak boleh dikatakan sebagai ujian untuk hari kemudian (akhirat).
Jika semua manusia akan masuk ke Syurga, dan apakah tujuan dan keperluan manusia untuk hadir ke dunia ini. Justeru, kehidupan ini tidak boleh dikatakan sebagai ujian untuk hari kemudian (akhirat).
8. Allah swt akan memaafkan jika seseorang
itu bertaubat.
Allah swt hanya memaafkan jika manusia itu
bertaubat. Al-Qur'an menyebut di dalam surah Az-Zumar (surah ke-39), ayat 53
hingga 55.
"Katakanlah (wahai Muhammad):
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka
sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya
Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu
dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi
azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."
"Dan turutlah - Al-Quran - sebaik-baik.
(panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu
didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya."[Al-Qur'an
39:53 55]
9. Kriteria bertaubat
Terdapat empat kriteria untuk bertaubat:
Pertama, bersetuju (sedar) bahawa perbuatan itu adalah salah. Kedua,
hentikannya segera. Ketiga, tidak akan melakukannya lagi pada masa akan datang.
Dan akhir sekali, menggantikan semula barang yang dicuri atau yang dirosakkan
kepada sesiapa yang berhak.
Terjemahan oleh: Mohd Aziz
Sumber: www.ilovezakirnaik.com
No comments:
Post a Comment