Oleh: Dr Zakir Naik
Soalan
“Bukankah Tuhan itu Maha Kuasa dan berkuasa untuk melakukan apa sahaja; termasuklah menjadi manusia?”
Penjelasan
Pendirian dan pandangan ini wujud disebabkan terdapat sesetengah manusia percaya bahawa, Tuhan Yang Maha Kuasa, tidak dapat menyedari dan menyelami kelemahan dan perasaan manusia melainkan Tuhan sendiri turun ke bumi sebagai manusia bagi menetapkan peraturan-peraturan untuk umat manusia.
Pemikiran logik yang mengelirukan ini, telah
menipu berjuta-juta manusia yang tidak terkira banyaknya sepanjang zaman.
Marilah sama-sama kita menganalisis hujah ini
dan melihat samada ianya mempunyai alasan yang kukuh atau sebaliknya.
1. Pencipta menyediakan manual arahan (buku
panduan)
Katakan saya mengeluarkan perakam kaset video
(VCR/Video Cassette Recorder ). Adakah saya perlu menjadi VCR untuk mengetahui
apa yang baik atau apa yang buruk bagi VCR?
Apa yang perlu saya buat adalah menyediakan
manual arahan, saya tidak perlu menjadi VCR untuk mengetahui baik dan buruk
tentang VCR.
Saya akan menulis arahan: “Jika hendak
menonton video, masukkan kaset dan tekan butang ‘Play’. Jika hendak
mempercepatkan tayangan tekan butan ‘FF’ (Fast Forward). Jangan jatuhkan dari
tempat tinggi, jika tidak ia rosak. Jangan biarkan terkena pada air, jika tidak
ia rosak.”
Saya menulis manual arahan tersebut yang
menyenaraikan pelbagai arahan yang perlu dan tidak perlu untuk mesin itu.
Sebagaimana Tuhan kita, Allah swt Yang Maha
Pencipta juga tidak perlu untuk menjadi manusia untuk mengetahui apa yang baik
dan buruk terhadap manusia.
Tuhan memilih untuk menyediakan buku panduan
kepada manusia. Buku panduan yang terakhir dan penutup bagi umat manusia ini
adalah Kitab Suci Al-Quran. ‘Perintah-perintah’ serta ‘Larangan-larangan’ telah
dijelaskan di dalam Al-Quran.
Allah (swt) tidak perlu datang sendiri untuk
memberikan manual arahan. Dia memilih seorang lelaki dari kalangan manusia
untuk menyampaikan mesej dan berkomunikasi dengan beliau di peringkat yang
lebih tinggi melalui pengantar bahasa wahyu. Lelaki terpilih sedemikian adalah dipanggil Rasul dan Nabi
Allah.
2. Tuhan & manusia; dua entiti yang
sangat berbeza
Tuhan dan manusia merupakan dua entiti yang
amat berbeza. Kerana perbezaan ini, kita tidak mungkin dapat menerima hakikat adanya
‘Tuhan-Manusia’. Kita hanya dapat menerima sama ada ia adalah Tuhan atau
manusia. Mustahil Tuhan dan manusia berlaku serentak. Ini kerana Tuhan dan manusia memiliki kualiti yang sangat berbeza;
a. Tuhan adalah abadi (kekal dan tidak mati);
sebaliknya manusia pasti akan mati. Mustahil bagi manusia akan kekal. Justeru,
adakah logik adanya manusia yang abadi (kekal) dan boleh mati pada masa yang
sama?
b. Tuhan tidak ada permulaan dan pengakhiran;
sebaliknya manusia ada permulaan. Bolehkah wujud manusia yang ada permulaan dan
tidak ada permulaan pada masa yang sama?
c. Tuhan tidak makan; sebaliknya manusia
tidak boleh hidup tanpa makanan. Kitab suci Al-Quran di dalam surah Al-An’am
surah ke 6 ayat ke 14 menyebut:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Patutkah aku mengambil (memilih)
Pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan Dia pula
yang memberi makan dan tidak diberi makan..”
[Al-Quran 6:14]
d. Tuhan tidak tidur dan mengantuk;
sebaliknya manusia perlu kepada rehat dan tidur. Kitab suci Al-Quran di dalam
surah Al-Baqarah surah ke 2 ayat ke 255 menyebut:
“Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan
(sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur..”
[Al-Quran 2:255]
3. Tuhan tidak akan melakukan perkara yang
bukan bersifat ketuhanan
Oleh kerana Tuhan merupakan sumber bagi
Keadilan, Kasih Sayang dan Kebenaran, maka sifat-sifat kejahatan adalah tidak
layak bagi Tuhan. Tuhan tidak melakukan perkara-perkara yang bukan bersifat
ketuhanan.
Justeru, kita tidak boleh membayangkan bahawa Tuhan berbohong, berlaku tidak adil (zalim), melakukan kesilapan, atau mempunyai sebarang kelemahan seperti manusia.
a. Tuhan tidak berlaku zalim
Justeru, kita tidak boleh membayangkan bahawa Tuhan berbohong, berlaku tidak adil (zalim), melakukan kesilapan, atau mempunyai sebarang kelemahan seperti manusia.
a. Tuhan tidak berlaku zalim
Tuhan boleh bertindak melakukan ketidakadilan (zalim) jika Dia memilih untuk melakukan perkara tersebut, tetapi Tuhan tidak akan
melakukannya kerana ketidakadilan merupakan perkara yang bukan bersifat
ketuhanan. Al-Quran menyatakan dalam Surah An-Nisa ayat ke 40:
“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (berlaku tidak adil
terhadap seseorang) sekalipun seberat zarah. Dan kalaulah (amal yang seberat
zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari
sisiNya, pahala yang amat besar”
[Al-Quran 4:40]
Tuhan boleh untuk berlaku tidak adil (zalim) jika Dia
mahu, tetapi sekiranya Tuhan berlaku tidak adil maka Ia tidak layak menjadi
Tuhan.
b. Tuhan tidak melakukan kesilapan
b. Tuhan tidak melakukan kesilapan
Tuhan boleh untuk melakukan kesilapan jika
Dia mahu. Tetapi Tuhan tidak akan melakukan kesilapan, kerana melakukan
kesilapan adalah bukan sifat atau perbuatan bagi Tuhan.
“…Tuhanku tidak akan salah (silap) ...”
[Al-Quran 20:52]
Sekiranya Tuhan melakukan kesilapan, maka Dia
tidak layak menjadi Tuhan.
c. Tuhan tidak lupa
Tuhan boleh lupa jika Dia mahu berbuat
demikian. Tetapi Tuhan tidak akan lupa tentang apa sahaja kerana perbuatan lupa
merupakan bukan sifat bagi Tuhan.
Mesej yang sama di dalam Al-Quran yang
menyebut:
“..Tuhanku tidak akan salah (silap) dan tidak (pula) lupa”
[Al-Quran 20:52]
4. Tuhan hanya melakukan perbuatan (perkara)
yang bersifat Ketuhanan sahaja
Konsep Ketuhanan dalam Islam adalah Tuhan
Maha Kuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Al-Quran menyatakan di dalam beberapa
ayat, antaranya [Al-Quran 2:106; 2:109; 2:284; 3:29; 16:77; dan 35:1]
“Sesungguhnya Allah Maha Kuasa ke atas tiap-tiap sesuatu”
[Al-Quran 2:106; 2:109; 2:284; 3:29; 16:77; dan 35:1]
Selanjutnya, Al-Quran menyatakan di dalam
Surah Al-Buruj ayat ke 16:
“Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya”
[Al-Quran 85:16]
Kita mesti ingat bahawa
Allah swt hanya berkehendak atau berkeinginan melakukan perkara yang bersifat
ketuhanan sahaja dan bukan perkara yang tidak bersifat ketuhanan.
5. Kesimpulan
Justeru, secara logik menyembah Tuhan dalam
bentuk manusia adalah satu kesilapan, oleh itu ianya perlu ditegah dalam apa
jua bentuk dan cara sekalipun.
Sebab itulah Al-Quran telah memberi tentangan
kepada semua bentuk Anthropomorphism[1].
Kitab suci Al-Quran menyatakan di dalam Surah As-Syuraa ayat ke 11 yang
bermaksud:
“.. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan
(ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Melihat”
[Al-Quran 42:11]
“La ilaha illa Llah” (tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah)
Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: YouTube
No comments:
Post a Comment