Pages

Saturday, 5 January 2013

: : Uniknya Kitab Islam : :

Uniknya Kitab Bagi Umat Islam
Oleh; Syeikh Ahmed Deedat

Sebagai Muslim, tanpa ragu-ragu kita mengakui, bahawa dalam Kitab Bible terdapat tiga jenis kesaksian (kata-kata) berbeza yang dapat diketahui dengan mudah tanpa memerlukan apa-apa latihan khusus iaitu; 

1. Firman Tuhan
2. Perkataan Nabi Tuhan
3. Perkataan Sejarawan.

Kutipan ayat-ayat berikut, mengesahkan hal tersebut;


1. Firman Tuhan

a. “Aku akan membangkitkan seorang Nabi bagi mereka..Aku akan menaruh firmanKu..dan ia akan mengatakan kepada mereka segala apa yang Kuperintahkan kepadanya”  [Bible- Ulangan 18:18]

b. “Aku, Akulah Tuhan, dan tidak ada penyelamat selain daripadaKu”
[Bible- Yesaya 43:11]

c. “Berpalinglah kepadaKu dan biarkanlah dirimu diselamatkan, hai hujung-hujung bumi! Sebab Akulah Allah dan tidak ada yang lain.”
[Bible- Yesaya18:18]

Perhatikan kata ganti nama orang pertama dalam kutipan di atas, tanpa kesulitan anda akan menyetujui bahawa ayat-ayat tersebut seperti layaknya Firman Tuhan.

2. Perkataan Nabi Tuhan

a. “..Jesus berseru dengan suara nyaring: Eli, Eli lama sabakhtani?” (Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku?”). [Bible- Matthew 27:46]

b. “Jawab Jesus kepadanya, ‘Hukum yang utama ialah: Dengarlah, hai orang Israel, Tuhan kita, Allah adalah Tuhan yang Esa’.”  [Bible- Markus 12:29]

c. “Jawab Jesus kepadanya: ‘Mengapa kau katakan aku baik? Tidak ada seorang pun yang baik melainkan Allah sahaja’.”  [Bible- Markus 10:18]

Menerusi kutipan-kutipan di atas, adalah jelas menunjukkan bahawa ia adalah perkataan yang datang dari Jesus sendiri. Bahkan seorang nak kecil pun dapat menegaskan bahawa: Jesus “berseru”, Jesus “menjawab” dan Jesus “berkata” adalah perkataan dari orang yang dijadikan pesuruhNya iaitu perkataan Nabi Tuhan.

3. Perkataan Sejarawan

“Dan dari jauh, Ia (Jesus) melihat pokok Ara yang sudah berdaun. Ia (Jesus) mendekatinya untuk melihat kalau-kalau Ia (Jesus) mendapat sesuatu dari pokok tersebut. Tetapi waktu Ia (Jesus) tiba di situ, Ia (Jesus) tidak mendapat apa-apa selain daun-daun sahaja..”  [Bible- Markus 11:13] 

Kesaksian jenis ketiga ini terlalu banyak terdapat di dalam Bible, iaitu kata-kata orang ketiga (bukan kalam Tuhan mahupun Nabi Tuhan). Perhatikan kata ganti nama yang telah diberikan penekanan, itu bukanlah Firman Tuhan mahupun Perkataan NabiNya, tetapi itu adalah “perkataan sejarawan”.

Amatlah mudah bagi seorang Muslim membezakan ketiga-tiga kategori kutipan dari kenyataan-kenyataan di atas, kerana perkara tersebut juga terdapat dalam kepercayaan bagi umat Islam.

Dibandingkan dengan penganut agama lain, seorang Muslim paling beruntung kerana pelbagai jenis catatan seperti itu terdapat dalam kitab mereka secara terpisah sebagaimana berikut; 

1. Firman Tuhan


Perkataan Tuhan terdapat dalam Kitab Suci Al-Quran 

2. Perkataan Nabi Tuhan- ( Nabi Muhammad saw)


Perkataan Nabi Tuhan ini direkodkan dalam Kitab Hadis 

3. Perkataan Sejarawan

Bukti jenis ‘perkataan sejarawan’ ini berlimpah-limpah jumlahnya dalam banyak buku sejarah Islam yang berbeza, ditulis oleh beberapa orang yang berpengetahuan dan yang boleh dipercayai dan sebahagiannya ditulis oleh orang-orang yang kurang dipercayai. Namun, umat Islam dianjurkan untuk menyimpan kitab-kitab tersebut dalam buku yang terpisah! 

Umat Islam menjaga ketiga-tiga jenis tersebut secara terpisah, sesuai dengan tingkatan sumbernya, dengan tidak menyamakannya. Sebaliknya Bible berisi campuran berbagai-bagai gaya bahasa, yang turut mengandungi hal-hal yang mengaibkan, lucah dan cabul; semuanya terkumpul dalam satu tempat yang sama.

Seorang Kristian terpaksa mengakui persamaan spiritual terhadap semuanya, dan ini menyebabkannya menjadi tidak beruntung.

Sumber: The Choice by Ahmed Deedat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...