Pages

Wednesday 5 December 2012

: : Makna Huruf Ringkas dalam Al-Quran : :

Makna Huruf Ringkas dalam Al-Quran
Oleh: Dr Zakir Naik

1. Huruf Ringkas (Alif Laam Mim)

Alif Laam Mim , Ya Sinn, Ha Meem, dan sebagainya, adalah diketahui sebagai Al-Muqattaat iaitu huruf ringkas. Terdapat 29 buah huruf (Alphabet) dalam Bahasa Arab (jika Hamza dan Alif dianggap sebagai dua huruf) dan terdapat 29 buah surah di dalam Al-Qur'an yang mengandungi huruf ringkas pada awalan mereka. 

Huruf ringkas ini kadang kala
berlaku untuk satu huruf sahaja, kadangkala dalam satu kombinasi dua huruf dan kadangkala dalam satu kombinasi tiga, empat atau lima huruf.

a. Tiga surah yang terdapat satu huruf di awalan mereka.

(i)         Surah Sad surah ke 38 dengan Sad
(ii)        Surah Qaf surah ke 50 dengan Qaf
(iii)       Surah Nun atau Qalam surah ke 68 dengan Nun

b. Kombinasi dua huruf berlaku pada 10 surah:

Tiga daripanya berlaku dengan setiap satu huruf:

(i)         Surah Ta Ha surah ke 20 dengan Ta Ha
(ii)        Surah Al Naml surah ke 27 dengan Ta Seen
(iii)       Surah Ya Seen surah ke 36 dengan Ya Seen

Ha Meem berlaku dalam tujuh berturutan Surahs daripada Surah 40 kepada Surah 46:

(i)         Surah Ghafir atau Surah Al Mu'min surah ke 40
(ii)        Surah Fussilat atau Surah Ha Meem surah ke 41
(iii)       Surah Al Shura surah ke 42
(iv)       Surah Al Zukhruf surah ke 43
(v)        Surah Al Dukhan surah ke 44
(vi)       Surah Al Jathiyah surah ke 45
(vii)      Surah Al Ahqaf surah ke 46

c. Terdapat tiga kombinasi tiga hurufmasing-masing berlaku pada 14 surah.

Alif Lam Mim berlaku dalam enam surah

(i)         Surah Al Baqarah surah ke 2
(ii)        Surah Ali ‘Imran surah ke 3
(iii)       Surah Al ‘Ankabut surah ke 29
(iv)       Surah Al Rum surah ke 30
(v)        Surah Luqman surah ke 31
(vi)       Surah As-Sajdah surah ke 32

Alif Laam Ra berlaku dalam enam surah yang berturutan iaitu Surah ke 10 hingga Surah ke 15

(i)         Surah Yunus surah ke 10
(ii)        Surah Hud surah ke 11
(iii)       Surah Yusuf surah ke 12
(iv)       Surah Al Rad surah ke 13
(v)        Surah Ibrahim surah ke 14
(vi)       Surah Al Hijr surah ke 15

Ta Seen Meem berlaku di dalam dua surah

(i)         Surah Al-Shura surah ke 26
(ii)        Surah Al-Qasas surah ke 28

d. Kombinasi bagi empat huruf berlaku dua kali

(i)         Surah Aaraf surah ke 7: Alif Laam Meem Sad
(ii)        Surah Anfal surah ke 8: Alif Laam Meem Ra

e. Kombinasi lima huruf berlaku dua kali

(i)         Surah Maryam surah ke 19 bermula dengan Kaf Ha Ya Ayn Sad
(ii)        Surah Al-Shura surah ke 42 bermula dengan Ha Meem Ayn Seen Qaf

Surah Al Shura surah ke 42 mempunyai kombinasi dua set huruf ringkas, set pertama ada dua huruf, manakala set kedua terdapat tiga huruf.

2. Makna-makna bagi Huruf Ringkas

Makna dan tujuan bagi huruf ringkas tersebut adalah tidak pasti. Di sana terdapat pelbagai penjelasan yang telah diberikan oleh cendekiawan-cendekiawan Islam melalui zaman-berzaman. Antara penjelasan-penjelasan tersebut adalah seperti berikut:

(i)         Huruf ini mungkin ringkasan untuk kata-kata tertentu contohnya, seperti Alif Laam Mim- Alif (untuk Allah (swt)), Laam (untuk Malaikat Jibril), Mim (untuk Muhammad (saw)) dan sebagainya.

(ii)        Huruf ini bukanlah merupakan satu ringkasan tetapi simbol-simbol dan nama-nama bagi Allah atau sesuatu yang lain.

(iii)       Huruf-huruf ini telah digunakan untuk berima (rhyming).

(iv)       Huruf ini mempunyai beberapa kepentingan berangka seperti huruf-huruf semitik (semitic) yang juga mempunyai nilai-nilai berangka. 

(v)        Huruf ini digunakan bagi menarik perhatian Nabi (saw) (dan kemudian pengikut-pengikutnya).

Beberapa jilid kitab telah ditulis tentang kepentingan bagi huruf ringkas ini.


3. Huraian terbaik bagi Huruf Ringkas

Salah satu penjelasan yang kukuh yang juga disokong oleh Tafsir Ibnu-Kathir, Zamakshari dan Ibnu Taiymiyah di antara kesemua penjelasan yang telah diberikan oleh pelbagai sarjana Islam, adalah seperti berikut:

Tubuh badan manusia merupakan gabungan dari berbagai unsur-unsur asas yang kita dapati daripada sumber semulajadi. Tanah liat (clay) dan debu (dust) juga merupakan gabungan daripada unsur-unsur asas yang sama. Masih lagi tidak munasabah untuk mengatakan dengan tepat bahawa manusia adalah sama dengan debu.

Kita mampu untuk mengetahui unsur-unsur yang terdapat dalam tubuh badan manusia umpamanya dengan menjalankan ujikaji seperti menambah beberapa gelen air, yang merupakan asas pembentukan badan manusia. Kita mampu untuk mengetahui tentang unsur-unsur dalam tubuh badan manusia itu. Namun, kita tidak mampu untuk mengetahui apabila disoal tentang rahsia kehidupan tubuh badan tersebut.

Begitu juga dengan Al-Qur'an, ia ditujukan kepada sesiapa yang menolak akan kuasa KetuhananNya. Ia menunjukkan kepada mereka bahawa Al-Qur'an ini, yang merupakan daripada bahasa mereka sendiri, lebih-lebih lagi menjadi kebanggaan bagi orang-orang Arab.

Al-Quran yang mempunyai huruf-huruf yang sama dengan huruf yang telah digunakan oleh orang Arab tadi, telah digubah untuk menerangkan sesuatu kepada mereka dengan sangat petah dan lancar.Orang-orang Arab sangat berbangga dengan bahasa mereka. Dan bahasa Arab ini berada pada kemuncaknya apabila Al-Qur'an itu telah diturunkan. 

Menerusi huruf Alif Laam Mim, Yaa Sin, Ha-Mim, dan sebagainya, (B. Melayu kita akan berkata A, B, C, D) Al-Qur'an itu mencabar manusia untuk mengeluarkan sekurang-kurangnya satu surah yang agak menyerupai Al-Qur'an dalam keindahan dan keanggunannya, andai mereka meragui tentang ketulenannya.

Pada mulanya, Al-Qur'an mencabar seluruh manusia dan jin untuk mendatangkan sebuah Kitab yang sebanding dengannya lalu menjelaskan bahawa mereka tidak akan mampu untuk melakukannya walaupun mereka saling bantu membantu antara satu sama lain. Cabaran ini disebut di dalam Surah Al Isra (17) ayat 88 dan dalam Surah At Tur (52) ayat 34.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".[Al-Quran 17:88]

Selanjutnya, Al-Quran mengulangi cabarannya di dalam Surah Hud (surah ke-11) ayat ke 13 dengan berkata datangkanlah 10 surah yang serupa dengannya, kemudian cabaran ini diulangi lagi di dalam Surah Yunus (surah ke-10) ayat ke 38, dengan berkata keluarkan satu surah sepertinya.

Akhir sekali, cabaran yang paling mudah diberikan oleh Al-quran adalah dalam Surah Al-Baqarah (surah ke-2) ayat ke 23 dan 24.

“Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.”

“Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.”[Al-Qur’an 2:23-24]

Untuk membandingkan dua orang pekerja mahir, mereka hendaklah diberikan dua bahan yang sama dan prestasi kerja mereka dinilai dari persembahan kerja yang sama. Sekiranya mereka adalah tukang jahit, mereka mesti disediakan dengan fabrik (kain) yang sama.

Begitu juga dangan bahan-bahan yang sama bagi bahasa Arab, huruf-huruf seperti Alif, Lam, Mim (B. Melayu A, B, C, D dan sebagainya) merupakan satu keajaiban bagi Al-Quran yang bukan sahaja tidak dapat dinafikan bahawa ianya adalah kata-kata Allah (swt), bahkan fakta menunjukkan walaupun huruf-huruf Al-Quran adalah sama dengan apa yang digunakan oleh orang-orang Arab, ianya (Al-Quran) tidak mampu untuk ditandingi oleh mereka. Walaupun orang-orang Arab sudah terkenal dengan keupayaan retorik, kepetahan dan kenyataan yang bernas mereka.

Katakanlah unsur-unsur tubuh badan manusia sudah kita sedia maklum dan boleh diketahui oleh kita, begitu juga dengan huruf-huruf yang terkandung di dalam Al-Quran, huruf Alif, Lam, Mim juga sudah diketahui umum oleh kita, dan senantiasa digunakan untuk menghasilkan perkataan.  

Sebagai kesimpulan nyawa manusia tidak boleh dicipta oleh manusia, walaupun manusia mengetahui unsur-unsur bagi tubuh badannya. Sama seperti kita tidak boleh menghasilkan kepetahan dan keindahan perkataan yang sama sebagaimana terdapat di dalam Al-Quran, walaupun kita mengetahui huruf-huruf yang telah digunakan oleh Al-Quran.

Ini adalah untuk membuktikan bahawa Al-quran datang dari Tuhan.

4. Kualiti menakjubkan Qur'an disebut sebaik sahaja selepas huruf-huruf ringkas ini.

Justeru, sebaik sahaja huruf-huruf ringkas ini dinyatakan di dalam Al-quran, ayat yang berikutnya bercerita tentang keajaiban Al-quran dan keunggulannya seperti di dalam Surah Al-Baqarah (surah ke-2) ayat 1 hingga 2.

 “Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;”[Al-Qur’an 2:1-2]



Terjemahan oleh: Mohd Aziz
Sumber: www.ilovezakirnaik.com 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...