Pages

Tuesday 29 October 2013

: : Puasa Dari Sudut Saintifik : :

Pendedahan Puasa Secara Saintifik


Seorang pakar pemakanan & rawatan alternatif, Paul C. Bragg dari Amerika Syarikat telah menulis dalam bukunya yang bertajuk Miracle of Fasting tentang keajaiban berpuasa. Dalam tulisannya berhubung puasa sebagai rawatan kepada penyakit atau masalah fizikal Paul menyebut:

“Puasa telah diamalkan oleh manusia dan haiwan sejak permulaan masa lagi. Pada zaman dahulu, manusia primitif tidak mempunyai kaedah lain untuk menjalankan rawatan penyembuhan kecuali dengan puasa. Seandainya mereka mendapatkan kecederaan atau sakit, mereka akan segera berpuasa, kerana puasa adalah satu naluri semula jadi untuk memelihara diri. Di samping berpuasa mereka juga menggunakan rawatan herba dari hutan sebagai tonik dan antiseptik.

Selain itu, saya juga percaya bahawa puasa adalah ibu kepada rawatan atau ubat semula jadi! Kerana, seperti yang kita dapat lihat dan perhatikan, puasa yang dijalankan dengan betul mampu membersihkan badan dan selanjutnya mengembalikan kesihatan selepas segala-galanya telah gagal.

Dalam lebih 70 tahun menyelia aktiviti puasa, saya telah melihat keajaiban yang berlaku kepada orang-orang yang menjalani rawatan dengan berpuasa, yang benar-benar boleh dipanggil ajaib.

Puasa bukan sahaja kaedah rawatan yang tertua untuk melawan masalah fizikal, tetapi ia juga adalah rawatan yang terbaik daripada semua ubat-ubatan, kerana ia tidak mempunyai kesan sampingan. Puasa adalah proses yang paling asli dan semula jadi dalam proses pembersihan dan penyucian tubuh badan.”


Sumber: Miracle of Fasting

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...