Pages

Tuesday 8 January 2013

: : Agama Kristian : :

Konsep Tuhan Bagi Agama Kristian
Oleh: Dr Zakir Naik


Kristian merupakan sebuah agama samawi yang mempunyai pengikut hampir 1.2 bilion di seluruh dunia. Perkataan Kristian adalah diambil sempena nama Jesus Kristus (Jesus Christ) atau Isa al-Masih a.s. Kitab Injil (Holy Bible) adalah kitab suci bagi penganut agama Kristian.  

Kitab Injil dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Kitab Perjanjian Lama (Old Testament) dan Kitab Perjanjian Baru (New Testament). Kitab Perjanjian Lama adalah kitab suci bagi penganut agama Yahudi yang didakwa mereka sebagai Taurat. Kitab Perjanjian Lama ini merekodkan kisah para Nabi dan Rasul yang berketurunan Yahudi sebelum kedatangan Jesus Kristus a.s. Manakala Kitab Perjanjian Baru mengandungi rekod kehidupan Jesus Kristus a.s.

Kedua-dua kitab ini iaitu Kitab Perjanjian Lama & Kitab Perjanjian Baru adalah diletakkan bersama-sama dalam Kitab Injil yang keseluruhannya  mengandungi 73 buah buku (books). Walau bagaimanapun, Kitab Injil pengikut mazhab Protestant seperti Kitab Injil Versi King James (King James Version) hanya mengandungi 66 buah buku kerana mereka mendakwa 7 buah buku yang terdapat dalam Kitab Perjanjian Lama adalah Apocrypha atau diragukan kesahihannya. 

Oleh yang demikian, Kitab Perjanjian Lama bagi penganut Kristian Katolik mempunyai 46 buah buku manakala bagi penganut Kristian Protestan hanya terdapat 39 buah buku. Namun, jumlah buku yang terdapat dalam Kitab Perjanjian Baru bagi kedua-dua pengikut ini adalah sama iaitu 27 buah.

Kedudukan Jesus Kristus a.s dalam Islam

Kedudukan Jesus Kristus a.s sangat dihormati dalam Islam. Berikut merupakan pernyataan Islam terhadap Jesus Kristus a.s:
i)            1. Islam merupakan satu-satunya agama bukan Kristian (non-Christian faith) yang menyatakan kepercayaan dan keimanan kepada Jesus Kristus a.s. Sesungguhnya, seorang Muslim tidak dianggap Muslim jika dia tidak percaya kepada Jesus Kristus a.s
ii)           2. Kami (umat Islam) percaya bahawa dia adalah salah seorang Rasul Allah swt yang agung.
iii)          3. Kami (umat Islam) percaya bahawa dia dilahirkan secara luar biasa iaitu tanpa percantuman benih dari lelaki (tanpa bapa), yang mana ramai penganut Kristian pada zaman moden ini tidak mempercayainya.
iv)          4. Kami (umat Islam) percaya bahawa dia adalah al-Masih yang bermaksud Kristus.
v)           5. Kami (umat Islam) percaya dia boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan izin Allah swt
vi)          6. Kami (umat Islam) juga percaya bahawa dia dapat mengubati penyakit buta dan sopak dengan izin Allah swt.

Seseorang mungkin berkata, jika kedua-dua penganut agama Kristian dan Islam menyayangi dan menghormati Jesus Kristus a.s, oleh itu di mana sebenarnya perbezaan ketara antara kedua-dua agama ini? 

Perbezaan utama antara Kristian dan Islam adalah orang-orang Kristian mendakwa Jesus Kristus a.s adalah Tuhan.

Satu kajian yang terperinci terhadap kitab suci bagi penganut Kristian iaitu Kitab Injil membuktikan bahawa Jesus Kristus a.s tidak pernah mendakwa dirinya sebagai tuhan.

Hakikatnya, tidak ada satu ayat pun di dalam keseluruhan kitab Injil, di mana Jesus Kristus sendiri yang berkata “Saya Adalah Tuhan” (I’m God) atau “Sembahlah saya” (Worship me). 

Namun, kitab Injil ini mempunyai beberapa kenyataan yang merujuk kepada ucapan Jesus Kristus a.s. Berikut merupakan kenyataan-kenyataan Jesus Krsitus a.s tersebut:

“My Father is Greater than I”
“Bapa-Ku lebih besar daripada Aku”
[John 14:28]

“My Father is Greater than all”
“Bapa-Ku lebih besar daripada sesiapapun”
[John 10:29]

“…I cast out devils by the spirit of God…”
“..Aku mengusir syaitan dengan kuasa roh Tuhan..”
[Mathew 12:28]

“…with the finger of God cast out devils…”
“..Aku mengusir syaitan dengan kuasa Tuhan..”
[Luke 11:20]

“I can of mine own self do nothing: as I hear, I judge; and my         judgement is just; because I seek not my own will, but the will of the Father,  which hath me.”

“Aku tidak dapat berbuat apa-apa dari diri-Ku sendiri; Aku menghakimi sesuai dengan apa yang Aku dengar, dan penghakiman-Ku adil, sebab Aku tidak menurut kehendak-Ku sendiri, melainkan kehendak Dia (Tuhan) yang mengutus Aku”.
[John 5:30]

Misi Jesus Kristus a.s- Kedatangannya bagi memenuhi hukum

Jesus Kristus a.s tidak pernah mendakwa dirinya adalah Tuhan. Beliau sendiri dengan jelas menerangkan misi sebenar kedatangannya. Jesus Kristus a.s di utus oleh Tuhan adalah untuk mengesahkan hukum atau undang-undang Yahudi yang ada sebelumnya. Perkara ini jelas terbukti berdasarkan kenyataan Jesus a.s di dalam Injil Matius (Gospel of Matthew):

“Think not that I am come to destroy the law, or the Prophets; I am not come to destroy, but to fulfil.”

“Janganlah kamu menyangka, bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para Nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.”

“For verily I say unto you, till heaven and earth pass, one jot or one title shall in no wise pass from the law, till all be fulfilled.”

“Kerana Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.”

“Whosoever therefore shall break one of these least commandments, and shall teach man so, he shall be called the least in the Kingdom of heaven; but whosoever shall do and teach them, the same shall be called great in the Kingdom of Heaven”

“Karena itu siapa yang meniadakan salah satu perintah hukum Taurat sekalipun yang paling kecil, dan mengajarkannya demikian kepada orang lain, ia akan menduduki tempat yang paling rendah di dalam kerajaan Syurga, tetapi sesiapa yang melakukan dan mengajarkan segala perintah-perintah hukum Taurat, ia akan menduduki tempat yang tinggi di dalam kerajaan Syurga.”

“For I say unto you, That except your righteousness shall exceed the righteousness of the scribes and Pharisees, ye shall in no case enter into the kingdom of heaven.”

“Maka Aku berkata kepadamu: Jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar daripada hidup keagamaan ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk ke dalam kerajaan Syurga.”
[The Bible, Mathew 5:17-20]

Tuhan mengutus Jesus Kristus a.s

Kitab Bible menyebut misi Kenabian Jesus (Nabi Isa) a.s di dalam ayat-ayat berikut:

"… and the word which ye hear is not mine, but the Father’s which sent me."

“…dan firman yang kamu dengar itu bukanlah dari pada-Ku, melainkan dari Bapa yang mengutus Aku.”
[The Bible, John 14:24]

"And this is life eternal, that they might know thee the only true God, and Jesus Christ, whom thou has sent."

“Inilah hidup yang kekal, yaitu bahawa mereka mengenal Engkau, satu-satunya Tuhan benar, dan mengenal Jesus Kritus yang telah Engkau utus.”
[The Bible, John 17:3]

Jesus menafikan walaupun cadangan menyebut beliau adalah Tuhan. Sebagaimana yang disebut oleh Kitab Bible berkenaan sebuah kisah seperti di bawah:

“And behold, one came and said unto him, ‘Good Master, what good thing shall I do, that I may have eternal life?’
“And he said unto him, ‘Why callest thou me good? There is none good but one, that is, God: but if thou wilt enter into life, keep the commandments.”

“Ada orang datang kepada Jesus dan berkata: Guru yang baik, perbuatan apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?’
“Dan Jesus menjawab: ‘Kenapa memanggil saya baik, hanya satu yang baik iaitu Tuhan. Tetapi jika kamu ingin masuk ke dalam kehidupan (syurga), turutilah segala perintah.”
[The Bible, Mathew 19:16-17]

Jesus Kristus a.s tidak mengatakan bahawa untuk memperoleh kehidupan yang kekal abadi di syurga, manusia harus percaya kepadanya sebagai Tuhan yang Maha Kuasa atau menyembahnya sebagai Tuhan atau percaya bahawa dia yang akan menebus dosa-dosa manusia. 

Sebaliknya Jesus menyebut bagi mendapatkan jalan untuk selamat (path to salvation) haruslah memelihara suruhan-suruhan. Perkara ini benar-benar berbeza antara dogma (ajaran) Kristian yang menyebut bahawa jalan untuk selamat adalah melalui pengorbanan Jesus, berbanding dengan apa yang di sebut oleh Jesus Kristus a.s sendiri.

Jesus dari Nazaret- Seorang lelaki yang ditentukan (dipilih) oleh Tuhan

Kenyataan berikut dari kitab Bible menyokong kepercayaan Islam bahawa Jesus Kritus a.s adalah seorang Nabi Tuhan.

“Ye men of Israel, hear these words; Jesus of Nazareth, a man approved of God among you by miracles and wonders and signs, which God did by him in the midst of you, as ye yourselves also know.”

“Hai orang-orang Israel, dengarlah perkataan ini: Yang aku maksudkan ialah Jesus dari Nazaret, seorang yang telah ditentukan  oleh Tuhan di kalangan kamu dengan mukjizat dan keajaiban serta tanda-tanda yang Tuhan lakukan sendiri di tengah-tengah kamu, seperti yang kamu tahu.”
[The Bible, Acts 2:22]

Perintah pertama- Tuhan adalah Esa (Satu)

Kitab Bible tidak menyokong sama sekali kepercayaan trinity dalam agama Kristian. Salah seorang pengikut Taurat pernah bertanya kepada Jesus Kristus a.s berkenaan apakah perintah yang pertama. Menjawab pertanyaan tersebut, Jesus a.s telah mengulangi perkataan sama yang telah disebut oleh Musa a.s iaitu:

“Shama Israelu Adonai Ila Hayno Adna Ikhad”

Ia adalah petikan bahasa Ibrani yang bermaksud:

“Hear, O Israel: The Lord our God is one Lord”

“Dengarlah, wahai kaum Israel: Tuhan kita adalah Tuhan yang Esa (satu)”
[Mark 12:29]

Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: Concept of God in Major Religions

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...