Pages

Monday 28 October 2013

: : Hadis Qudsi : :

Hadis Qudsi


Takrif

Hadis qudsi ialah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah saw melalui sanad yang disandarkan kepada Allah swt.

Hadis ini dinamakan “Qudsi” (yang bermaksud suci atau tinggi) kerana ia disandarkan kepada Allah (suci daripada segala kekurangan). Ia juga dinamakan dengan al-hadis al-ilahi atau al-hadis ar-rabbani

Jika seseorang meriwayatkan satu hadis qudsi, dia bererti meriwayatkan dari Rasulullah saw yang disandarkan kepada Allah azza wa jalla. Maka, hendaknya orang itu berkata, “Rasulullah saw telah bersabda, Allah swt telah berfirman”.


Contoh Hadis Qudsi

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Allah swt berfirman: “Aku sesuai apa yang menjadi dugaan hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya bila dia menyebutKu. Bila dia menyebutKu di dalam dirinya, maka Aku pun menyebutnya di dalam diriKu. Dan bila dia menyebutKu di khalayak ramai, maka Aku pun menyebutnya di khalayak orang ramai yang lebih baik dari itu...”

Perbezaan Al-Quran dan Hadis Qudsi

1.       Al-Quran

          Lafaz dan maknanya adalah daripada Allah swt

          Hadis Qudsi

          Hanya maknanya daripada Allah swt sedangkan lafaznya adalah      daripada Nabi saw

2.       Al-Quran

          Ia dibacakan sebagai ibadah seperti bacaannya di dalam solat

          Hadis Qudsi

          Ia tidak dibacakan sebagai ibadah. Oleh itu, ia tidak boleh dibaca di dalam solat


Nilai ibadah membaca Al-Quran juga terdapat dalam hadis seperti berikut:

Dari Ibnu Mas’ud r.a, ia menuturkan, Rasulullah saw bersabda,

“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al-Quran), maka dengannya ia mendapat satu kebajikan. Dan satu kebajikan dibalas dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan ‘Alif Lam Mim’ itu satu huruf, akan tetapi ‘Alif’ satu huruf ‘Lam’ satu huruf dan ‘Mim’ satu huruf.”

[Diriwayatkan oleh Termizi, dan ia mengatakan, ‘Hadis hasan sahih’]

Untuk hadis qudsi tidak disuruh membacanya di dalam solat. Allah memberikan pahala membaca hadis qudsi secara umum saja. Jadi membaca hadis qudsi tidak memperoleh pahala seperti membaca Al-Quran bahawa pada setiap huruf mendapatkan sepuluh kebaikan, sebagaimana yang disebutkan hadis di atas.

           3.        Al-Quran

                     Tawatur[1] adalah syarat dalam penerimaan riwayat ayat-ayat Al-Quran

                     Hadis Qudsi

                    Tawatur adalah bukan syarat dalam penerimaan riwayat Hadis Qudis



Sumber:        1. al-muyasar fil ilmi mustolah al-hadis
                    2. Pengantar studi ilmu Al-Quran


[1] Dengan perawi yang ramai di dalam setiap peringkat. Adalah mustahil mereka berpakat untuk berdusta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...