Pages

Thursday 6 December 2012

: : Nasihat : Berbuat Baik pada Ibu : :

Nasihat : Berbuat Baik pada Ibu
Oleh: Sheikh Saleh al-Maghamsi

Tuan-tuan yang saya rahmati…Saya akan menyampaikan tiga nasihat sepanjang hayat kepada anda. Kita berharap moga-moga Allah swt mencatatkan bagi kita kebaikan menerusinya. Seandainya ibu anda masih hidup, berilah sepenuh perhatian atau tumpuan kepadanya untuk membuatkan dia gembira.

Demi Allah, antara amalan paling mulia yang dapat mendekatkan diri anda kepada Allah dan menghasilkan keberuntungan yang besar adalah
membuat ibu bapa anda bahagia, terutama ibu anda.

Suatu hari, seorang lelaki
telah mendatangi Ibnu Abbas dan memberitahunya bahawa dia telah membunuh seseorang. Lalu lelaki tersebut berkata: “Wahai sepupu Rasulullah, apakah saya masih boleh bertaubat?” Membalas pertanyaan tersebut Ibnu Abbas kemudian berkata: “Apakah ibu kamu masih hidup?” Dia menjawab: “Tidak”. Ibnu Abbas selanjutnya berkata: “Wahai anak saudaraku, perbanyakkanlah memohon keampunan kepada Allah swt dan tingkatkanlah amal perbuatan yang baik”.

Sebelum Ibn Abbas sempat meninggalkan tempat tersebut, Ata’ Ibnu Yasser, murid beliau cepat-cepat bertanya: “Wahai sepupu Rasulullah, saya nampak bahawa Tuan bertanya kepada lelaki tadi tentang ibunya, kenapa demikian?”. Ibnu Abbas lalu berkata: “Demi Allah, aku tidak tahu perbuatan yang lebih dikasihi dan dihargai oleh Allah dengan berbuat baik kepada ibu.” Itulah nasihat saya yang pertama...


Allah swt merakamkan di dalam Al-Quran, Surah al-Isra’, ayat 23:

“Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh", dan janganlah engkau menyergah (mengherdik) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” [Al-Quran 17:23]

Terjemahan oleh: Mohd Aziz
Sumber: YouTube ~al-Maghamsi~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...