Pages

Friday 4 January 2013

: : Awas Perangkap Syiah : :

Awas Perangkap Syiah
Oleh: Syeikh Adnan Al-Aroor


Untuk makluman tuan-tuan sekalian, perkara pertama yang Syiah akan lakukan di dalam dakwah mereka adalah mengajak kita untuk mencintai ‘Ahlu Bait’ (Ahli keluarga Rasulullah saw)

Ia umpama memasang perangkap untuk tikus dengan meletakkan umpan keju untuk memikatnya.

Selanjutnya, perkara kedua, mereka akan menceritakan kisah-kisah dusta bagaimana Ahlu Bait ditindas hanya untuk menyentuh emosi dan membuatkan kita menangis.

Kemudian, perkara ketiga, Syiah akan membuatkan kita meragui pegangan kita selama ini.

Wahai kaum Muslimin, berhati-hatilah kerana hal ini amat serius dan sangat merbahaya!

Saya sekali lagi ingin tegaskan bahawa; pertama mereka akan mengajak untuk mencintai Ahlu Bait, kemudian kedua mereka menyentuh emosi kita dengan cerita-cerita palsu tentang penindasan terhadap Ahlu Bait dan ketiga mereka akan membuatkan kita ragu-ragu.

Selanjutnya perkara keempat, Syiah akan menyuntik perasaan dendam dan secara tidak langsung mereka melatih kita untuk berbunuhan dan menyebabkan pertumpahan darah.

Keindahan Sunnah

Sekarang saya ingin menunjukkan kecantikan Ahli Sunnah wal Jemaah, dan lihatlah keindahan yang terdapat dalam kaum Muslimin.

Dalam Ahli Sunnah, para sahabat ra dan baginda Nabi saw adalah kawan, tetapi bagi Syiah mereka adalah musuh Nabi saw.

Menurut Al-Quran, Allah swt telah menyatukan hati para sahabat dan Ahlu Bait, namun sebaliknya bagi Syiah, mereka membenci sesama sendiri.

Menurut Ahli Sunnah mereka saling membantu di antara satu sama lain, namun menurut Syiah mereka menentang antara satu sama lain.

Maka itulah kecantikan atau keindahan Ahli Sunnah.

Kita sebagai Ahli Sunnah melihat Islam telah lengkap dan sempurna apabila Allah swt telah berfirman di dalam surah Al-Maidah, surah ke 5 ayat 3:

“..Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu..” [Al-Quran 5:3]

Namun, menurut Syiah Islam belum sempurna dan yang menyempurnakannya adalah 12 imam (selepas kewafatan Rasulullah saw). Di manakah perkara ini dinyatakan di dalam Al-Quran?

Sumber: YouTube
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...