Pages

Sunday, 1 September 2013

: : Cinta Allah : :

Cinta Allah
Oleh: Sheikh Salih al-Maghamsi



Tuan-tuan yang budiman..seorang hamba, andai dirinya telah mendapat redha Allah, ini bermakna Allah kasih akan dirinya. Junjungan besar Nabi Muhammad saw telah bersumpah dengan nama Allah bahawa seorang hamba yang dikasihi Allah, tidak akan dihumbankan ke dalam neraka. 


Oleh yang demikian, wahai saudara ku muslimin dan muslimat yang dirahmati sekalian, jadikanlah kasih sayang Allah perkara utama dalam hidup kalian. Andai Allah mengasihi kalian, nescaya kalian berada dalam keselamatan.

Dan andai seseorang ingin tahu, berapa banyak dia mencintai Allah. Lihatlah apakah pilihannya jika dia diberi dua pilihan. Pilihan pertama Allah suka. Pilihan kedua dia suka. Mana satukah yang akan dipilihnya?

Telah diriwayatkan bahawa Musa a.s berkata kepada Tuhannya (Allah swt): “Saya lihat dalam kitab Engkau ya Allah bahawa Engkau telah memuji Ibrahim, Ishaq dan Ya’cob.” 


Allah swt selanjutnya berkata: “Tatkala Aku menurunkan sesuatu kepada Ibrahim, dan dia diberi dua pilihan, salah satu adalah Aku, nescaya dia (Ibrahim) akan senantiasa memilih Aku (lebih daripada yang lain). 

Manakala Ishaq, dia mempunyai keyakinan penuh terhadap diriKu. 

Sementara Ya’cob pula, setiap kali Aku menambah kesusahan (ujian) kepadanya, dia senantiasa akan menambah sangkaan baik pula terhadap-Ku.”

Allah swt merakamkan di dalam surah Taubah, surah ke 9 ayat 24:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). [Al-Quran 9:24]

Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: YouTube ~al-Maghamsi~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...