Dialog Islam & Kristian
Ketika berlangsungnya satu sesi ceramah yang disampaikan oleh saudara
Pierre Vogel di Belanda, seorang anak muda telah mengejek ceramah tentang Islam
tersebut. Melihat situasi anak muda tersebut, saudara Pierre Vogel telah
mengundang anak muda itu ke pentas untuk berdialog bagi mendapatkan pencerahan.
Berikut merupakan isi dialog tersebut;
Pierre Vogel :
Saya mempunyai satu pertanyaan untuk anda, adakah anda percaya Jesus itu Tuhan?
Anak muda :
(Ya) Jesus itu Tuhan, anak Tuhan dan dia mati untuk dosa-dosa kita.
Pierre Vogel :
Ok, jadi anda percaya bahawa Jesus itu Tuhan.
Anak muda :
Ya, memang benar.
Pierre Vogel :
Baiklah..anda percaya Jesus itu Tuhan..hebat!..soalan saya selanjutnya..adakah
Tuhan tahu segala-galanya?
Anak muda :
Ya
Pierre Vogel :
Baiklah..Tuhan tahu segala-galanya..adakah Jesus juga tahu segala-galanya?
Anak muda :
Ya
Pierre Vogel :
Ok..Adakah Tuhan berbohong
Anak muda :
Tidak..
Pierre Vogel :
Justeru, itu bererti Jesus juga tidak berbohong kan?
Anak muda :
Ya
Pierre Vogel :
Ok! Di dalam Gospel Mark 13:32, Jesus telah ditanya tentang bilakah berlakunya
hari kiamat itu terjadi..lalu Jesus menjawab..”Tidak seorang pun tahu bila
harinya atau bila masanya. Malaikat di syurga dan Anak (Jesus) pun tidak, hanya
Tuhan saja yang tahu”..jadi adakah Jesus telah berbohong di sini atau adakah
dia tidak tahu?
Anak muda :
Dia (Jesus) tidak tahu.
Pierre Vogel : Lol, Dia (Jesus) tidak tahu? Ini
bermakna dia bukan Tuhan, kerana anda memberitahu Tuhan tahu segala-galanya.
Jawapan terakhir dari saudara Pierre Vogel ini menggamitkan suasana ceramah
dengan laungan “Allahuakbar” dari para penonton.
Sumber: YouTube
No comments:
Post a Comment