Soalan Tentang Terrorisme (Keganasan)
Pemuda:
Tuan telah berbicara tentang terrorisme (keganasan), dan kita sedia maklum apa yang
berlaku di Afghanistan, Pakistan dan Iraq. Kita telah mendengar daripada berita
bahawa di sana pernah berlaku wanita sedang memasak untuk anak-ankanya,
tiba-tiba datang pengebom, lalu membunuh mereka semua.
Justeru saya ingin bertanya kepada tuan, satu
soalan yang ringkas, apakah ini semua? Adakah ia (sebahagian amalan dalam)
Islam atau orang yang melakukan perkara tersebut tidak memahami Islam atau
mereka memiliki persepsi tersendiri terhadap Islam?
Dr Zakir Naik:
Saudara ini telah bertanya tentang perbuatan
seseorang yang mengebom wanita yang sedang memasak untuk anak-anaknya di
Pakistan, Afghanistan atau Iraq. Saya akan memberikan jawapan dari kaca mata
Islam, lupakan tentang berita yang disampaikan oleh media tentang Islam sama
ada ia benar atau sebaliknya.
Dalam Islam, Al-Quran memberi jawapan kepada
persoalan tersebut. Di dalam surah al-Maidah, surah ke 5 ayat 32, Allah swt
berfirman:
“..Bahawasanya
sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan
membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka
seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga
keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga
keselamatan hidup manusia semuanya..”
[Al-Quran 5:32]
Justeru, menurut Al-Quran,
membunuh seseorang yang tidak berdosa tanpa sebarang alasan adalah dilarang. Haram.
Sekiranya datang
pengebom (penembak) dan mengebom wanita yang sedang memasak, perbuatan itu 100%
haram di dalam Islam sama ada di lakukan di Afghanistan, Pakistan, Amerika atau
Dubai.
Tidak kira sama ada
seseorang yang melakukan perbuatan tersebut adalah orang Islam, atau orang
Amerika, baik dilakukan atas nama propaganda atau konspirasi, membunuh manusia
yang tidak berdosa adalah di larang di dalam Islam.
Sumber: YouTube
No comments:
Post a Comment