Pages

Thursday 19 November 2015

: : Sistem Penghadaman : :

Sistem Yang Dirancang Dengan Sangat Terperinci


Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan perkara asas setiap. Kita makan, minum, berjalan , bernafas dan lain-lain. Apakah kita pernah terfikir bagaimana proses atau perkara asas ini terjadi. Malangnya, jarang orang hari ini yang memikirkan bagaimana ia berfungsi. Seandainya kita makan, perkara utama yang hanya bermain di fikiran adalah; Adakah makanan ini berkhasiat? Apakah menyelerakan? Itu sahaja.

Selepas itu, kita tidak lagi berfikir apa yang berlaku kepada makanan selepas kita makan dan kita tidak lagi melihat atau membayangkan bagaimana makanan ini diproses di dalam tubuh badan yang memberi manfaat yang amat besar kepada kesihatan kita.

Ketahuilah bahawa tiap-tiap kita manusia memiliki sistem penghadaman. Sistem penghadaman ini berfungsi memproses makanan dengan terperinci sebaik sahaja selepas kita masukkan makanan ke dalam mulut. Yakni, pada peringkat awal lagi, sewaktu kita mengunyah makanan, air liur yang dilengkapi dengan enzim berfungsi membasahi makanan dan selanjutnya membantu proses penghadaman.

Makanan yang telah selesai dikunyah tadi kemudian akan ditelan yang seterusnya akan dibawa melalui esofagus. Esofagus bertindak sebagai laluan utama yang membawa makanan ke perut. Di perut ini lah makanan kemudian akan melalui proses yang lebih rumit lagi.  Di sini asid hidroklorik yang sedia ada di dalam perut akan mencerna makanan.

Untuk pengetahuan anda, asid hidroklorik ini begitu kuat, ia bukan hanya memiliki keupayaan untuk mencernakan makanan , bahkan boleh untuk menghakis atau merosakkan dinding perut.

Namun, sudah tentu sistem perut dicipta atau direka dengan sempurna untuk mengatasi masalah ini. Perkara ini berlaku dengan wujudnya satu rembesan yang dipanggil mukus yang dirembeskan perut semasa proses penghadaman yang bertindak untuk melindungi perut daripada kesan asid hidroklorik. Justeru, dinding perut terhalang daripada dikikis asid.

Satu perkara penting yang perlu dijelaskan di sini adalah; teori evolusi tidak mampu untuk menghurai, mengemukakan serta merumuskan proses sistem penghadaman ini sebagaimana yang diterangkan tadi. Teori evolusi hanya menyatakan bahawa organisma kompleks pada hari ini telah berkembang daripada selular primitif yang terjadi akibat pengumpulan perubahan struktur kecil secara beransur-ansur.

Walau bagaimanapun, seperti yang dijelaskan secara terperinci sebelum ini; adalah sistem perut tidak boleh sama sekali terjadi dengan bersahaja, bahkan telah jelas bahawa sistem perut ini memerlukan langkah proses yang teratur dan terperinci. Malah, ketiadaan walaupun satu proses, katakan tiada rembesan mukus, sudah pasti ia selanjutnya akan membawa kepada kebinasaan sel, organ, sistem serta keseluruhan tubuh badan.

Apa yang perlu untuk kita fikir secara kritis atau renung dengan mendalam berhubung dengan sistem penghadaman ini adalah; semua ini menunjukkan bahawa badan manusia tidak ubah seperti kilang yang besar. Kilang yang terdiri daripada banyak mesin kecil yang bekerja bersama-sama dalam suasana yang cukup harmoni.

Seperti juga semua kilang mempunyai pereka, jurutera dan perancang, begitu juga badan manusia. Perancang/Jurutera ini kita sebut sebagai " Tuhan Yang Maha Pencipta."

#worshipthecreatornotthecreation

Adaptasi dari: islamreligion

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...