Oleh: Dr Zakir Naik
Sesetengah panganut Polyteism berhujah dengan mengatakan bahawa kewujudan lebih daripada satu Tuhan adalah logik. Sekarang timbul persoalan, bolehkah wujud lebih dari satu Tuhan. Mari kita tunjukkan kepada mereka bahawa jika terdapat lebih daripada satu Tuhan, maka
tuhan-tuhan
tersebut akan mempertikai antara satu sama lain. Tiap-tiap ‘Tuhan’ akan cuba
memenuhi kehendak masing-masing dan akan menentang Sesetengah panganut Polyteism berhujah dengan mengatakan bahawa kewujudan lebih daripada satu Tuhan adalah logik. Sekarang timbul persoalan, bolehkah wujud lebih dari satu Tuhan. Mari kita tunjukkan kepada mereka bahawa jika terdapat lebih daripada satu Tuhan, maka
kehendak yang lain.
Perkara ini dapat diperhatikan dalam mitologi agama Politeism dan Panteism. Andai kata ‘Tuhan’ dikalahkan atau tidak berupaya untuk mengalahkan ‘Tuhan’ lain, ‘Dia’ sudah tentu bukan lagi ‘Tuhan’ yang Maha Kuasa. Juga popular di kalangan agama-agama Polyteism adalah tentang idea tuhan yang banyak, masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Sebagai contoh, tiap-tiap ‘Tuhan’ bertanggungjawab kepada bahagian tertentu dalam kewujudan manusia seperti ada 'Tuhan-Matahari', 'Tuhan-Bulan', 'Tuhan-Hujan' dan sebagainya.
Ini menunjukkan salah satu daripada ‘Tuhan’ itu tidak cekap terhadap perkara-perkara yang lain dan juga jahil akan peranan dan tanggungjawab ‘tuhan-tuhan’ yang lain. Jahil dan tidak cekap tidak boleh ada pada Tuhan.
Justeru, jika terdapat lebih daripada satu tuhan, ia sudah pasti akan membawa kepada kekeliruan, kekacauan, huru-hara dan kemusnahan alam semesta. Namun, alam semesta yang wujud adalah dalam keadaan yang cukup harmoni.
Berkenaan perkara ini Allah swt menyebut di dalam Al-Quran:
“Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka Maha suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.”
[Al-Quran 21:22]
Sekiranya terdapat lebih dari satu Tuhan, nescaya ‘tuhan-tuhan’ tersebut akan membawa segala makhluk yang mereka ciptakan.
Kitab suci Al-Quran menyebut:
“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersamaNya; (Kalaulah ada banyak tuhan) tentulah masing-masing tuhan itu akan membawa segala makhluk yang diciptakannya, dan tentulah sebahagian daripada mereka akan bertindak mengalahkan sebahagian yang lain. Maha suci Allah dari apa yang disifatkan oleh mereka (yang musyrik) itu.” [Al-Quran 23:91]
Oleh itu, kewujudan hanya satu Tuhan yang Maha Esa, Unik, Maha Kuasa, Maha Besar adalah merupakan satu idea yang logik.
Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: Concepts of God in Major Religions

No comments:
Post a Comment