Oleh: Syeikh Dr. Muhammad Musa
al-Syareef
Ibn al-Mubarak dilahirkan pada tahun 118 hijrah dan telah pulang ke
rahmatullah pada tahun 181 hijrah. Beliau hidup selama 63 tahun. Nama sebenar
beliau adalah Abdullah Ibn Mubarak Ibn Wadeh al-Handhali. Bapanya berasal dari
Turki manakala ibunya adalah dari Khurasan, Iran. Justeru, Ibn Mubarak tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan Arab namun beliau banyak menyumbang kepada kebaikan Islam dan umat Islam, lebih dari beratus-ratus juta orang Arab.
Turki manakala ibunya adalah dari Khurasan, Iran. Justeru, Ibn Mubarak tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan Arab namun beliau banyak menyumbang kepada kebaikan Islam dan umat Islam, lebih dari beratus-ratus juta orang Arab.
Beliau, dilahirkan dalam kemiskinan di sebuah perkampungan kecil di Merv.
Merv sebelum ini adalah sebuah bandar yang terkenal dan merupakan suatu tempat
yang dirahmati kerana ramai ulama dan imam besar yang lahir di sana. Cukup
dengan mengatakan bahawa Imam Ahmad adalah berasal dari Merv.
Bapa Ibn al-Mubarak iaitu al-Mubarak bekerja di ladang kebun delima milik
seorang lelaki dari Khurasan. Kisah bagaimana berlakunya peristiwa perkahwinan
antara ibu dan bapanya, menjelaskan bagaimana beliau lahir sebagai ulama yang
besar.
Suatu hari, Tuan kepada Al-Mubarak mengarahkan al-Mubarak untuk membawakan
sebiji buah delima dari kebunnya. Setelah mengambil buah itu dan memberikan
kepada tuannya, lalu tuannya itu merasai buah tersebut. Namun mengecewakan.
Didapati delima itu masam. Tuannya kemudian kembali memintanya untuk membawakan
delima yang lain. Yang lebih manis isinya. Sekali lagi, al-Mubarak membawa
kepada tuannya. Untuk kali kedua, rasanya masih sama. Masam.
Tuannya berasa sangat marah. Lalu disuruh lagi. Untuk ketiga kalinya, al-Mubarak
tetap membawa delima yang masam. Tuannya itu kemudian bertanya kepada al-Mubarak:
“Kenapa kamu membawa delima yang masam kepadaku? Apakah kamu tidak tahu
membezakan antara delima yang manis dengan yang masam?. al-Mubarak lalu
menjawab: “Tidak tuan!”. “Kenapa tidak tahu?”: soal tuannya lagi. Beliau lalu
berkata: “Demi Allah, saya tidak pernah merasa buah delima yang ada di kebun
ini”. Subhanallah!
Tidak sebentar beliau bekerja di kebun itu, tapi belum pernah beliau
merasainya. Apabila beliau ditanya mengapa tidak saja dia mencuba barang
sedikit. Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak diberi kebenaran untuk berbuat
demikian.
Amat kagum tuannya itu. Kagum akan kejujurannya. Melihat sendiri kejujuran al-Mubarak,
tuannya itu lalu memperisterikan suntinya dengan al-Mubarak.
Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: YouTube ~musa al-Syareef~
No comments:
Post a Comment