Pages

Thursday 17 January 2013

: : Sperma Atau Tanah : :

Sperma atau Tanah
Oleh: Dr Zakir Naik

Soalan

Adakah manusia diciptakan daripada sperma atau tanah?


Pada suatu tempat Al-Quran menyebut bahawa manusia diciptakan daripada sperma, manakala pada ayat yang lain Al-Quran menyatakan bahawa manusia diciptakan daripada tanah. Bukankah kedua-dua kenyataan ini dilihat bercanggah? Selain itu, bolehkah tuan membuktikan secara saintifik bahawa manusia diciptakan daripada tanah? 
Jawapan

1. Manusia dicipta daripada sperma dan tanah.

Berhubung penciptaan manusia daripada setitis air mani yang hina (sperma), Al-Quran menyatakan pada beberapa tempat antaranya di dalam surah Al-Qiyamah, surah ke 75 ayat 37;

"Bukankah dia berasal dari air mani yang ditumpahkan (ke dalam rahim)?" [Al-Quran 75:37]

Selanjutnya Al-Quran turut menyebut di beberapa tempat yang lain bahawa manusia daripada tanah, contohnya di dalam surah Al-Hajj surah ke 75 ayat 5;

“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya kami telah menciptakan kamu dari tanah..” [Al-Quran 22:5]


Hasil kemajuan dalam bidang sains, umum telah mengetahui bahawa semua unsur-unsur yang terdapat di dalam tubuh badan manusia; iaitu unsur-unsur asas adalah sama dengan apa yang terdapat pada bumi (tanah); baik dalam kuantiti yang kecil mahupun yang besar. Inilah penjelasan saintifik bagi ayat Al-Quran yang menyebut bahawa manusia diciptakan daripada tanah. 

Persoalan berhubung sebahagian ayat-ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa manusia dicipta daripada sperma, manakala sebahagian ayat yang lain menyebut daripada tanah; bukanlah suatu percanggahan. Ini kerana percanggahan bermaksud kenyataan yang bertentangan atau bercanggah. Antara lain ia membawa maksud; tidak boleh terdapat dua kenyataan betul secara serentak.

2. Manusia diciptakan daripada air 

Terdapat juga pada tempat-tempat yang tertentu Al-Quran turut menyebut bahawa manusia diciptakan daripada air; sebagaimana yang dinyatakan di dalam surah Al-Furqan surah ke 25 ayat 54;


“dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air..” [Al-Quran 25:54] 

Hasil penyelidikan hari ini telah membuktikan dan mengesahkan bahawa ketiga-tiga kenyataan tersebut adalah benar. Manusia diciptakan daripada sperma, tanah adan air.

3. Ia bukan satu percanggahan (contradiction) namun sebaliknya adalah pertentangan (contradistinction[1])

Analoginya, katalah saya memberitahu tentang keperluan untuk membuat secawan teh; untuk membuatnya kita memerlukan serbuk daun teh. Kita juga memerlukan air untuk membuatnya. Kedua-dua kenyataan ini tidak bercanggah; kerana baik air atau serbuk teh kedua-duanya diperlukan untuk membuat secawan teh. Tambahan pula, seandainya kita mahu teh itu lebih manis, kita juga boleh menambah gula. 

Oleh itu, tidak ada percanggahan di dalam Al-Quran; apabila ia mengatakan bahawa manusia dicipta daripada sperma, tanah dan air. Ia bukanlah suatu percanggahan tetapi pertentangan. Pertentangan bermaksud; bercakap tentang dua konsep yang berbeza mengenai perkara yang sama tanpa sebarang konflik.

Sebagai contoh, seandainya saya mengatakan bahawa lelaki itu adalah seorang yang lazimnya jujur dan khianat; ia adalah suatu percanggahan (contradiction). Sebaliknya apabila saya mengatakan bahawa lelaki itu adalah seorang yang jujur, amanah dan penyayang; maka ia adalah pertentangan (contradistinction).

Terjemahan: Mohd Aziz
Sumber: www.ilovezakirnaik.com




[1] a distinction made by contrasting different qualities (Collins Eng. Dictionary)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...