Pages

Monday 11 March 2013

: : Air Asas Segala Hidupan : :

Air Asas Kepada Segala Hidupan
Oleh: Dr Danial


Air tidak hanya penting dalam proses kejadian langit dan bumi, ia juga penting bagi hidup-hidupan di dunia. Hal ini ditegaskan oleh Allah swt di beberapa tempat dalam Al-Quran, sebagai contoh, dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30. 

Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.” [Al-Anbiya’:30]

Ia juga terdapat dalam surah An-Nur ayat 45 yang bermaksud;

“Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air” [An-Nur:45]

Ayat-ayat ini menunjukkan, segala hidup-hidupan terjadi daripada air. Secara dasarnya memang benar, air dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan.

Mengikut BBC News dalam segmen Science and Nature (space) bertarikh 27 Mei 2006, pakar-pakar biologi bersepakat air adalah asas kepada kehidupan. Tanpanya kehidupan tidak boleh wujud dan sekiranya ia wujud, ia tidak boleh bersambung.

Justeru, bagi  memastikan sama ada kehidupan wujud di planet-planet lain, saintis mencari sumber air yang terdapat di planet-planet itu terlebih dahulu. Maklumat ini dilaporkan di www.bbc.co.uk/science

Hal ini diperkukuhkan lagi berpandukan satu laporan yang terdapat dalam Paleontologi Society Special Publication Volume 9 (1999), di bawah tajuk Evolution: Investigating The Evidence.

Dalamnya dinyatakan, “Permulaan hidupan sudah semestinya bermula di persekitaran yang mempunyai suhu yang rendah agar dengan itu air (liquid water) dapat wujud.

Air diperlukan kerana ia adalah asas kepada kehidupan. Hal ini disebabkan hanya air sahaja yang menjadi medium kepada proses-proses (yang berkaitan dengan kehidupan) dan hanya dengan air metabolisme boleh berlaku.”

Justeru, memandangkan setiap hidupan terbina daripada sel dan kehidupan sel bergantung kepada protoplasma dan protoplasma memerlukan air untuk hidup kerana 80 peratus daripadanya adalah air, oleh yang demikian tidak boleh wujud sebarang kehidupan tanpa air.

Maka sekali lagi penemuan sains mengesahkan kebenaran Al-Quran.

Sumber: Quran Saintifik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...