Pages

Friday 8 March 2013

: : Hukum Bergambar (Fotografi) : :

Hukum Bergambar (Fotografi)
Oleh: Prof. Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi



Soalan

Saya memiliki sebuah kamera untuk mengambil gambar pada majlis-majlis tertentu. Apakah mengambil gambar dengannya berdosa ataupun haram?


Jawapan

Mengenai mengambil gambar dengan kamera, bekas mufti Mesir Sheikh Muhd Bakhit al-Muti’l salah seorang ulama besar dan mufti pada masanya mengemukakan pendapatnya melalui satu risalah yang bertajuk ‘al-Jawab al-Kafi fi Ibahatil al-Taswir al-Fotografi’ bahawa mengambil gambar itu harus.

Menurut beliau lagi, berdasarkan realiti ia bukanlah satu aktiviti penciptaan sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadis:

“Dia mencipta seperti ciptaanku.”

Sebaliknya ia adalah proses menahan bayangan. Amatlah sesuai penduduk Teluk menamakannya “al-aksu” dan tukang gambar pula digelar “al-akkas”, ia bukan seperti yang dilakukan oleh pengukir atau penulis.

Oleh itu, ia tidak termasuk dalam hukum haram, bahkan ianya harus. Fatwa Syeikh Mohd Bakhit ini dipersetujui oleh kebanyakan ulama dan pendapat inilah yang saya pilih untuk dimuatkan ke dalam buku saya, “Al-Halal Wa al-Haram”.

Proses mengambil gambar ini seperti yang telah saya sebutkan sebenarnya tiada apa-apa halangan dengan syarat gambar itu halal, bukannya gambar wanita berbogel atau separuh bogel ataupun pemandangan yang tidak diharuskan syarak.

Namun, sekiranya dia merakam gambar anak-anaknya, sahabat-sahabat atau pun pemandangan alam semula jadi dan majlis keramaian, maka tiada apa-apa halangan.

Ada beberapa keadaan darurat yang mengharuskan penggambaran hatta di kalangan orang yang kuat berpegang kepada agama sekalipun seperti gambar pasport, kad pengenalan dan orang-orang yang diragui kerana seiras.  




Sumber: Fatwa Masa Kini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...