Pages

Saturday 23 March 2013

: : Hukum Menggunakan Pencelup Kuku : :

Hukum Menggunakan Pencelup Kuku
Oleh: Prof. Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi


 Soalan

Apakah pendapat tuan tentang wanita-wanita yang mencelup kuku dengan bahan pewarna yang dinamakan pencelup kuku. Apakah ia halal atau haram?

Jawapan

Jika jarak antara orang yang bertanya ini dekat, nescaya kami tidak memakan masa yang lama untuk menjawabnya. 

Adapun pencelup kuku itu menghalang air untuk sampai ke kulit iaitu anggota wuduk, oleh itu tidak sah wuduknya, diikuti pula tidak boleh mendirikan sembahyang.

Wanita yang sembahyang lima kali sehari semalam mestilah berwudhuk dan suci. Tidak mungkin dia mempunyai masa untuk memakai pencelup kuku ini kerana dari segi kesannya ia tidak boleh mendirikan sembahyang.

Sesiapa yang tidak mengendahkan sembahyang yang merupakan tiang agama dan yang menjadi perbezaan antara Islam dan kafir. 

Tidak mengapalah dia (orang kafir) bertabaruj atau berhias dengan pencelup kuku atau yang tidak dihalalkan syarak kerana dia sememangnya sudahpun menjadi kafir seperti yang telah dinyatakan.

Sumber: Fatwa Masa Kini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...