Pages

Wednesday 13 March 2013

: : Syirik : :

Syirik
Oleh: Dr Zakir Naik


i. Definisi

Dari segi bahasa Syirik bermaksud berkongsi atau bersekutu. Dalam Islam, Syirik bermaksud menyekutukan Allah swt dengan sesuatu. (Contohnya; menyembah berhala, menyembah makhluk atau mengatakan bahawa terdapat tuhan selain Allah).

ii. Syirik merupakan dosa yang paling besar dan tidak diampuni oleh Allah swt

Kitab suci Al-Quran menyebut berkenaan dosa yang paling besar ini di dalam surah An-Nisa:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang amat besar.”
[Al-Quran 4:48]

Mesej yang sama diulangi di dalam surah An-Nisa ayat ke 116:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukan-Nya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan hukum-hukum-Nya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka Sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.”
[Al-Quran 4:116]

iii. Syirik membawa ke Neraka

Kitab suci Al-Quran menyatakan di dalam surah al-Maidah:

“Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni (anak) Maryam". Padahal Al-Masih (Jesus Kristus a.s) sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim.” [Al-Quran 5:72]

iv. Tidak ada penyembahan dan pengabdian melainkan kepada Allah swt

Kitab suci Al-Quran menyebut di dalam surah Ali-Imran:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): ‘Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan disembah selain dari Allah’. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: ‘Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam’.” [Al-Quran 3:64]



Kitab suci Al-Quran menyebut di dalam surah Al-Hajj:

“Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).”
[Al-Quran 22:73]

Terjemahan: Mohd Aziz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...