Pages

Wednesday, 17 April 2013

: : Cap Jari : :

Pengenalan Diri Dalam Cap Jari
oleh: Harun Yahya




Ketika Allah s.w.t menyatakan dalam Al-Qur’an bahawa amat mudah bagi-Nya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;

“Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya? Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna.” [Al-Quran 75: 3-4]

Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana bentuk dan perincian set cap jari setiap individu adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup mempunyai satu set cap jari yang unik.
Bahkan, pasangan kembar dengan maklumat DNA yang serupa juga memiliki set cap jari yang tersendiri (berbeza). Cap jari berubah menjadi bentuk yang kekal sebelum proses kelahiran dan akan kekal sepanjang hayat melainkan di sana terbentuk parut yang kekal. 

Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting indikasi pengenalan diri yang eksklusif kepada pemiliknya malah pengetahuan tentang cap jari digunakan sebagai satu-satunya metode menentukan identiti yang tepat.

Ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke-19. 

Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah struktur garis melengkung yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau maksud yang spesifik. 

Bagaimanapun dalam Al-Qur’an, Allah mengisyaratkan cap jari, sebuah fakta yang tidak menarik minat sesiapa pun ketika itu, mampu menarik tumpuan kita kepada kepentingannya - kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...