oleh: Harun Yahya
Susu ibu adalah sebuah sebatian yang tiada tandingan
diciptakan oleh Allah sebagai sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang
baru lahir dan sekaligus berperanan meningkatkan imuniti melawan penyakit.
Bahkan makanan bayi tiruan yang dihasilkan melalui
teknologi pemakanan terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi yang
sungguh menakjubkan ini.
Faedah dan manfaat susu ibu terhadap tumbesaran bayi
sentiasa ditemui. Satu dari fakta yang berjaya disingkap melalui dunia sains
ialah penyusuan susu ibu selama dua tahun setelah kelahiran adalah sangat
berfaedah.
Tuhan telah memberi sebuah maklumat penting yang baru
ditemui oleh sains kini, dengan ayat “….. menceraikan dari susuan setelah dua
tahun,” 1400 tahun lalu. Kitab suci Al-Quran menyebut:
“Dan Kami perintahkan kepada
manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya
dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan dari susuan setelah
dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya
kepadaKu lah tempat kembalimu.” [Al-Quran 31: 14]
No comments:
Post a Comment